Pengikut

Khamis, 21 Jun 2012

SETIAP HARI TIDUR DALAM " PLANE "

SALAM BUAT SEMUA, DI HARAP SEMUA BAIK-BAIK JE SAMBIL MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN. RASA GATAL PULAK TANGAN NI , APA TAK NYA DAH LAMA TAK MENAIP BUAT ENTRI BARU. HARI NI SAYA NAK BUAT ENTRI BAGI SEGMENT RELEX SEKEJAP MACAM ENTRI YANG LEPAS-LEPAS....KALAU ADA YANG TERLEPAS MEMBACA NYA SAYA SERTAKAN SEKALI LAGI ENTRI-ENTRI TERSEBUT DI BAWAH INI.....SELAMAT MEMBACA 


ENTRI KALI INI SAYA NAK BERCERITA PASAL GELAGAT ANAK SULONG SAYA.....FARHAN SYAHMI NAMANYA.....DIA NI PELIK SIKIT....KALAU NAK TIDO MALAM, DIA ADA SATU PERANGAI YANG BERBEZA DENGAN ADIK-ADIK DIA....NAK TAU APA BENDANYA YANG PELIK TU ?.....DIA NI SUKA MENUTUP KEDUA-DUA BELAH MATANYA....PADA AWAL-AWAL DULU, DIA SUKA GUNAKAN BAJU ATAU SELUAR NYA ....HABIS BAJU YANG TERSUSUN KEMAS DI AMBILNYA.....TAPI SEKARANG, SETELAH SAYA MEMBELIKANNYA PENUTUP MATA.... DAH TAK BERSEPAH LA TEMPAT BAJUNYA.....AMBOI MIMPI NAIK KAPAL TERBANG AGAKNYA.


YANG TAK TAHANNYA....DIA NI AMAT MENYAYANGI KUCING...KALAU BALIK SEKOLAH TAK LEPAS DENGAN KUCING.......

NAK TAU TAK....KUCING KESAYANGANNYA JUGA MEMPUNYAI TABIAT TANG SAMA SEMASA TIDO...IAITU MENUTUP MATA....NAK TENGOK MACAM MANA KUCING KESAYANGANNYA YANG BERNAMA ALVIN TU MENUTUP MATANYA SEMASA TIDO......CUBA TENGOK GAMBAR DI BAWAH NI.......





SO MACAM MANA.....PANDAI PULAK TU KUCING NI CARI SPONSER NAK TIDO....APA PUN SELAMAT BERMIMPI......



2 ulasan: