Pengikut

Rabu, 26 Oktober 2011

RTM BUAT SILAP LAGI

Melihat pada tajuk pada dada akhbar ini memang ringkas dan padat.

Biasalah dalam kehidupan kita seharian dengan adat ketimuran, maaf- memaafkan tu adalah satu adab resam kita. Tak kira lah sama ada kesalahan itu besar atau kecil.

bahan harian metro

Saya bukannya nak menyalahkan bulat-bulat sikap RTM...tetapi ini adalah dari kaca mata saya...

Kita sedia maklum sekarang ni terlalu banyak rancangan yang di alih bahasa...dan untuk membuatnya mesti lah melalui beberapa proses  kerja yang rumit.

Melalui kerja ini, ada satu proses yang di panggil "dubbing" iaitu proses memasukkan suara yang di alih bahasa, jadi mustahil perkara ini tidak dapat di kesan dari awal...tak tahu lah saya jika mereka menutup mata bila merakamkan suara.

Yang paling ketara sekali, masa proses "editing", ni lagi besar peranan nya kerana mereka harus teliti filem tu setiap saat dan berulang kali, sebelum mengunting mana yang tak perlu di tayang, jadi tidak timbul perkara terlepas pandang.

Proses yang terakhir sekali, pratonton sebelum di terbitkan...ini dilakukan untuk memastikan sesuatu cerita itu di buat dengan kemas dan  tak adalah suara keluar dulu, baru mulut pelakun bergerak.

Jadi..diharap jangan lah tahu meminta maaf sahaja...Masyarakat sekarang lebih peka dan terpelajar. Jangan jadikan budaya meminta maaf satu cara yang mudah untuk menutup kesalahan. Sebagai satu badan yang besar sebenarnya tidak timbul perkataan "terlepas pandang " jika kita mencintai kerja yang kita buat dan lebih bertanggungjawab dan tidak mengamalkan kaedah menutup sebelah mata dengan alasan masyarakat penonton tak perasan.

YANG PALING PENTING...perlu diingatkan rancangan kanak-kanak sekarang ini, bukan saja di tonton oleh anak-anak saja, tetapi sudah ramai ibubapa bersama mereka bila menonton kerana dengan masa yang terhad dan sibuk mencari duit inilah salah satu cara untuk merapatkan kasih sayang antara ibubapa dan anak.