Pengikut

Jumaat, 23 Disember 2011

DATUK NAJIB ...TOLONG LAH..!!!

Bila bercerita pasal sukan... bagi penutup tahun 2011 ini rasanya banyak kejayaan telah dicatat oleh pasukan negara kita dan secara langsung akan membuatkan hasrat Perdana Menteri kita untuk melahirkan jaguh bertaraf dunia akan membuahkan hasil....



Pada entri saya yang lepas.. saya ada menyatakan bahawa hasrat PM ini akan membuahkan hasil jika ada perubahan keatas sikap sesetengah pengurusan badan sesuatu sukan itu.

Kali ini ingin saya menyuarakan buah fikiran saya terhadap kenyataan jaguh no 1 negara  iaitu Datuk Lee Chong Wei yang berhasrat ingin mendapatkan kembali bimbingan sifunya iaitu Datuk Misbun Sidek....

Kita tengok saja lah apa kesudahannya......jika perkara ini di halusi pada awal hasrat pengunduran Datuk Misbun dulu...rasanya perkara ini tidak akan timbul...dan jaguh kita tidak akan kecundang sekarang.



Memang benar tahap ketangkasan seseorang itu akan berkurangan bila tiba masanya,tapi adakah masa itu dah tiba atau disebabkan sesuatu perkara makan ianya berlaku.

Kita ambil contoh Datuk Nico David...dengan latihan yang berterusan dan tanpa banyak campur tangan, dia boleh memberikan persembahan yang tidak pernah mengeciwakan kita semua.

Harap perkara yang sedang berlaku dapat di atasi segera...dan bagi pegawai sukan dan jurulatih semua,  tidak mengulangi perkara ini lagi pada tahun 2012...biarlah kepincangan ini di selesaikan segera tak kira lah siapa salah...

Bagi pegawai...janganlah kerana berkududukan dan mempunyai kuasa penuh, mereka boleh membuat sesuatu keputusan itu mengikut kemahuan sendiri sahaja...berundinglah dan selalu fikirkan perkara yang baik dan yang buruk jika sesuatu keputusan itu di buat

Bagi jurulatih pula jangan lah kerana mempunyai kepakaran membentuk seseorang atlet itu hingga berjaya, membuatnya menyombong diri dan demand dengan berbagai permintaan....

Jika dah tidak mampu untuk memikul tanggungjawab ini...kedua-dua mereka ini ...berundurlah demi sukan dan negara yang tercinta.