Pengikut

Isnin, 6 Februari 2012

ANAKKU DALAM BAHAYA !!!!

Bersempena dengan cuti sekolah yang akan tiba tidak berapa lama lagi, disini ingin saya berkongsi pandangan saya terhadap apa yang di tulis di salah satu akhbar harian.

Saya amat bersetuju dengan apa yang di tulis oleh pemberita mengenai kepekaan kita dalam memilih barangan permainan untuk anak yang kita sayangi.


Di pasaran kini terdapat berbagai jenis permainan samaada mahal atau pun murah tetapi,  tahukah kita bahawasanya terdapat sebahagian besar alat permainan ini bukan saja mahal tetapi ianya boleh mendatangkan kemudaratan kepada anak kita hingga boleh membawa kepada kematian.

Cuba rakan blog semua pergi ke bilik atau tempat dimana anda menyimpan alat-alat permainan ini....duduk seketika dan cuba asing-asing kan antara yang selamat dimainkan oleh anak-anak kita, dengan yang boleh mendatangkan kemudaratan. Antara nya yang boleh mencederakan, kerana mempunyai buju yang tajam dan yang diperbuat daripada bahan yang bahaya kepada kesihatan anak-anak.

Kita sering mempunyai cita rasa yang tinggi dalam membeli alat permaianan untuk anak-anak, selalunya kita lebih memilih kepada benda yang cantik dan ada juga yang memilih harga yang mahal kerana inginkan kelainan untuk anak-anak kita dari anak jiran. Jarang sekali kita mengutamakan keselamatan terutama barang itu kecil kerana pada fikiran kita bayang yang kecil itu tidak membahayakan. Tetapi perlu diingatkan bahawa barang yang kecil lebih mudah terdedah kepada kecelakaan.





So....untuk musim cuti ini, jika adalah diantara kita ada yang bercadang untuk membelikan sesuatu untuk si jantung hati kita, di harapkan lebih berhati-hati dan peka kepada keselamatan anak-anak.

Ada permaiana yang mempunyai bahan toksik, ada yang mempunyai buju yang tajam, ada yang kecil dan  mudah tertelan dan yang paling ketara sekali mainan berbentuk pistol yang mempunyai peluru bebola kecil.





Bercakap mengenai mainan berbentuk pistol...saya ada satu cerita yang amat melucukan...ianya terjadi kepada semua anak lelaki ku dimana bila mereka pulang ke kampung dan bermain tembak-tembak bersama sepupu mereka...anak saya memegang pistol mainan dengan cara terbalik iaitu memembak diri sendiri. Habis satu rumah ketawakan mereka. Ini lah akibatnya bila saya tidak pernah membelikan mainan berbentuk pistol dan pedang kepada ketiga-tiga anak lelaki saya. 





Tapi apapun andaian semua rakan blog, saya puas kerana mereka tidak terdidik dengan alatan keganasan, kerana saya pecaya bila tiba masanya, mereka dengan sendirinya akan  tahu kebaikan dan keburukan senjata bernama pistol dan pedang ini.