Pengikut

Jumaat, 18 November 2011

RM100 PUN NAK PERSOAL...!!!!

Salam dan Hi...kepada rakan blog semua....lama rasanya tak buat entri...seminggu dua ni masa tak berapa teratur sikit, sebab terpaksa menghadapi dua masalah iaitu bapa mertua di masukkan ke hospital Taiping dan Mama pula menjalani pembedahan di Sentosa Hospital, Kuala Lumpur....mudah-mudahan kedua-duanya cepat sembuh...Amin


Untuk entri kali ni nak cerita sikit tentang keseronokan murid-murid dan terutama ibubapa kerana dapat bantuan RM100 dari pada Kerajaan. Harap-harap dapatlah meringankan beban ibubapa menghadapi prapersekolahan yang baru tahun 2012....Happy New Year.




Dalam keseronokan murid-murid dan rasa berterimakasih dari ibubapa...diharap PIBG jangan lah mengambil kesempatan samaada keluarga itu dari keluarga yang berharta atau sebaliknya....banyak lagi cara  yang boleh pihak PIBG fikirkan untuk menambah dana tabung PIBG, antaranya melalui kedai buku sekolah.

 

Tapi apa yang kurang menyenangkan saya dan mungkin ada di antara rakan blog yang terlepas untuk membaca keretan akhbar di bawah, adalah kerana terdapat pihak yang menpersoalkan dari mana datangnya dana untuk memberi bantuan ini.

Tak payahlah nak libatkan politik dalam memberi pelajaran kepada anak-anak kita. Saya percaya semua Ahli Yang Berhormat pun mempunyai anak yang perlu ke sekolah....tapi rasanya ramai yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah berbayar....ya lah orang ada duit...tapi fikirkan lah bagai masyarakat yang menyokong  Yang Berhormat semua hingga boleh duduk di kerusi Dewan Parlimen. Mereka tak punya wang yang banyak dan mempunyai banyak perkara yang perlu di buat dimana semuanya melibatkan wang.

Jadi saya sarankan sekali lagi...jika nak berpolitik pun, politik lah tapi tak payah nak menpersoalkan wang RM100 ni datang dari mana...tahulah pucuk pimpinan Kerajaan Pusat memikirkannya dan sebelum bantuan di luluskan, perkara ini telahpun di bahaskan dan di teliti....kalau wang rasuah tu tahu pulak Yang Berhormat nak menutupnya dan memberi bermacam-macam alasan....so fikir-fikirkan lah...


PELAJAR ADALAH WARIS PEMIMPIN AKAN DATANG....TANPA PELAJARAN SEMPURNA...TIDAK AKAN LAHIR PEMIMPIN YANG BERKALIBER...