Salam & Hi buat rakan blog semua....wow ! hampir 3 minggu saya tak membuat entri. Bukan apa keadaan seharian agak sibuk sikit. Ada juga melayari dan membaca kawan-kawan punya entri bila ada masa free....missed you all....sorry ya...!!!
Ok back to my blog....untuk entri kali ini, saya amat tertarik dengan berita yang di tulis oleh En. Alias Abd Rani....agak menarik juga tajuk dan cerita yang di bawa oleh beliau.
Jika kita mebaca sepintas lalu agak lucu jugak...ya la apa tidak nya...dah keluar duit belanja ribuan ringgit dengan majlis yang di hadiri oleh sanak saudara dan rakan kenalan...akhirnya hanya mampu bertahan selama 4 hari.....cuba kita bayangkan apa yang bermain di fikian mereka yang hadir dan yang paling sengsara kepada mereka dan keluarga yang terlibat.
Tapi setelah saya membaca keseluruhan cerita ini...dapatlah saya membuat rumusan sendiri untuk renungan rakan blog semua.
Yang paling utama sekali yang saya nampak adalah faktor umur dimana ianya sedikit sebanyak mempengaruhi tahap kematangan seseorang untuk memgalas tanggungjawab berkeluarga. Bayangkan si isteri ini baru berusia 15 tahun dan si suami pula 21 tahun.
Bagi ibubapa pula, jangan lah membuat sesuatu keputusan itu tanpa memikirkan hati dan perasaan anak-anak...cuba kita selidik dulu adakan mereka ini sanggup dan sudah bersedia. Saya rasa pihak Jabatan Agama Islam terutama jurunikah dan saksi juga harus lebih peka agar angka bilangan mereka yang bercerai tidak bertambah.
Jika alasan pasangan yang berkahwin muda mendakwa pasangan masing-masing menghadapi masalah memberi kepuasan nafkah batin, rasanya jarang berlaku kerana usia mereka masih muda.
Apa pun puncanya diharap mereka yang terlibat berbanyak lah bersabar dan harapan saya agar bertemu jalan penyelesaian yang terbaik..