Pengikut

Khamis, 6 Oktober 2011

ILMU & RINGGIT...FIKIRLAH

 Ni lah dia ...menuju ke tahun 2020, Kerajaan telah berusaha dan berbelanja jutaan ringgit bagi menyediakan kemudahan Jaringan yang serba moden supaya rakyat 1MALATSIA tidak ketinggalan di mata dunia telah benar-benar di munafatkan dengan sepenuhhya oleh mereka yang celik IT.

Sedap bunyi ayat nya....tapi isi kandungnya macam mana ..INDAH KHABAR DARI RUPA.

Dulu zaman Mat Kilau, zaman Tok Janggut..mereka kena pergi bertapa di gunung-ganag dan hutan-rimba untuk mendapatkan sesuatu ilmu...malahan sekarang pun kena belanja ribuan ringgit dan masa untuk melengkapkan diri dengan pelajaran di pusat pengajian tinggi...kena ada guru dan pensyarahnya...baru lahir insan yang berilmu.

Tapi sekarang...anda ada duit...anda boleh jadi Mat Kilau, anda boleh jadi Tok Janggut.....



 Pelik kan,  rakan blog ada cuba ke ?, ok ke ilmu ni...sah lepas ni kalis peluru.

Ayuh lah Bangsa ku jangan persiakan akal fikiran yang telah di kurniakan, berfikirlah jangan kerana inginkan kelebihan dari orang lain kita sanggup membelakangkan Agama dan Pencipta kita.

Jika ingin disanjung oleh masyarakat dan di pandang mulia di sisi agama, berusahalah di landasan yang betul dan jangan di persiakan masa hidupmu.

 Dulu jaringan internet terhad, ingin kan jaringan bebas...bila sudah ada, lain ceritanya...saya percaya masih banyak lagi perkara-perkara sebegini di luar sana,.

Di harap Suruhanjaya Telekom Dan Komunikasi buat lah sesuatu supaya benda-benda yang menyesatkan anak bangsa kita yang sedang lalai sekarang ini dapat di bendung. Bagi SSM pula usah di beri atau perbaharui lesen mereka walaupun denda yang dikeluarkan mampu mereka bayar. 

Ingat lah bangsa ku....NEGARA MAJU KERANAMU, BANGSA HANCUR ANGKARA MU.