Pengikut

Jumaat, 9 September 2011

Beraya cara tahun 2011

Selamat Hari Raya buat semua rakan blogger. So macam mana raya tahun ini? pasti menyeronokkan bermaaf-maafan bersama keluarga dan kenalan sambil makan ketupat rendang.
Bagi diri ku tahun ini tak macam tahun lepas sebab kena beraya di hospital.... bukan aku yang sakit tapi ahli keluarga yang sakit. Yang tak best nya bukan seorang je yang kena masuk wad, tapi dua orang, lepas tu duduk wad sebelah-sebelah...apa lagi aku pulak kalah kan doktor lah kejap ada di wad D5 kejap lagi ada di wad C5,,,,sampai doktor pelik tengok aku ada kat dua-dua wad bila dia buat pemeriksaan. 
Untuk isu yang nak aku kongsi kali ini adalah tentang kecuaian yang berlaku di hospital tersebut semasa menlakukan kerja....bayangkan tengah kesibukan waktu melawat pada hari raya, tapi keselamatan tetap di pandang ringan....ni berlaku di hospital kerajaan...so harap jamgan sampai ada kemalangan jiwa berlaku baru nak bertindak...cuba lah tengok foto yang sempat saya rakamkan ketika berada di tingkat 5 hospital tersebut....

Cuba rakan-rakan blogger teka apa kesalahan yang telah mereka lakukan ? bayangkan kalau ada anak-anak kecil menghampiri pintu lift tersebut....antara kesalahan yang aku perhatikan adalah :-
1. Tiada papan tanda penyelenggaran sedang di jalankan.
2. Tiada pembantu atau seorang pekerja menjaga di pintu lift tersebut.

Jadi...renung-renungkan lah...sampai jumpa lagi.