Pengikut

Isnin, 26 September 2011

" LU...PARK , GUA..TAMPAR !!!! "

Apo kabor semua rakan blog ? rasa lama tak buat posting baru...sorry la ya sibuk sikit.

Bahan saya kali ni...kita tengok la sendiri keratan kosmo ni....apa yang bermain di fikiran rakan blog semua?





Saya rasa masyarakat kita sekarang perlu banyak di dedahkan kepada kesedaran sivik serta nilai-nilai menghormati tak kira tua atau muda. Jika kita lihat di kebanyakan sekolah waktu kesedaran sivik ini terhad dan tidak di titik berat kan oleh pihak sekolah dan PPD atau lebih tepat Kementerian Pelajaran.

Apa yang saya lihat dan alami, jika matapelajaran bahasa arab tidak lulus, walaupun semua matapelajaran teras mendapat kepujian (90% dan keatas), dan jumlah markah keseluruhan menduduki tempat pertama, pelajar ini secara tak langsung akan jatuh kedudukannya dan akan tergolong dalam kumpulan yang gagal atau lebih tepat tidak menguasai.....apa ini semua??? tidakkan  syarat ini akan menjatuhkan semangat pelajar tersebut...tak pa lah nanti ada masa kita cerita pasal ni....

So macam mana kita nak tanam sikap bermoral jika dari awal tidak kita bendung...kalau bahasa arab mereka boleh buat, macam mana dengan sivik.....fikir-fikir kan la...

Saya pernah membaca pra syarat untuk menduduki rumah flat oleh salah satu majlis perbandaran tempatan...katanya untuk memohon rumah flat tersebut pemohon mestilah tergolong dalam golongan mereka yang tidak ber kereta....ini adalah untuk memastikan bahawa pemohon itu benar-benar layak dan kurang kemanpuan...tetapi cuba kita tinjau sekeliling kota raya kita yang pesat dengan pembangunan rumah flat atau pangsaruri...

Apa yang dapat kita lihat deretan kereta di letakkan sesuka hati sehingga ada di letakkan di bahu jalan yang di wartakan., mana taknya satu keluarga sampai dua tiga buah kereta...ada juga pengalaman saya berkunjung kerumah kenalan yang tinggal di salah sebuah rumah ini, semasa nak pulang kereta di halang oleh kereta penghuni tetap rumah tersebut, alasan nya saya mengambil tempat letak keretanya...ada juga kes apabila nak parking kereta handbreak tak boleh tarik...last-last bila nak balik....tu dia jauh ya amat kereta tu bergerak.

Jadi rasa nya siapa yang salah dalam kes yang berlaku di akhbar KOSMO diatas...anak muda tu kah ? Orang tua itu kah? atau pihak pemaju atau perbandaran tempatan ?

Saya percaya kebanyakan rakan blog yang tinggal di bandar-bandar besar pernah mengalami perkara yang sama...oleh itu ber sabarlah jangan di ikut kan hati muda tu...dan bagi yang tua tunjukkan lah contoh yang baik jaga adab pertuturan, dan bagi pemaju dan perbandaran tempatan fikir lah dulu kemudahan asas sebelum mendirikan perumahan awam..baru lah laungan 1MALAYSIA benar-benar terlaksana...