Pengikut

Selasa, 20 Disember 2011

PEKA LAH ELAKKAN MAUT


Mempunyai kenderaan sendiri sekarang ini telah menjadi satu keperluan asas bagi setiap mereka yang berkerjaya, tidak kira lelaki atau pun wanita, bujang atau dah berumahtangga.....kereta atau motor adalah satu cara pengangkutan yang melancarkan pergerakan kita untuk menjalani kehidupan seharian.

Semalam saya ada terbaca mengenai satu kemalangan maut telah berlaku di Kuala Lumpur, semuga roh si mangsa di tempatkan bersama-sama orang yang dikasihi....AL FATIHAH...


Apa yang menyentuh hati saya adalah kerana kemalangan ini mungkin tidak akan berlaku jika kita lebih peka dan berdisplin apabila menggunakan kenderaan di jalanraya.

Selalu sangat saya lihat dengan mata sendiri, bila memandu kereta, masih terdapat kecuaian yang amat remeh dan kecil masih berlaku kepada segolongan pemilik kereta.

Contohnya...pemandu di keratan akhbar ini, sepatutnya tahu berapa banyak lagi minyak yang ada di dalam tangkinya...kadang-kadang ada juga seseorang itu memandu dengan anak-anak kecil yang sedang bermain di tempat duduk belakang, sambil pintu keretanya tidak rapat.

Rasanya pihak pengeluar kereta telah sediakan lampu amaran berwarna merah siap dengan gambar sekali di Dashboard mereka ....tapi kerana dengan sikap sambil lewa pemamdu tadi, peratusan kemalangan sedang menunggu di hadapan amat tinggi.

Di harap selepas ini ....jika adalah di antara rakan blog yang masih mempunyai sikap ini....diminta berubahlah demi keselamatan keluarga, diri dan pengguna jalanraya yang lain.