Dah masuk hari ketiga seluruh rakyat Malaysia berpusu-pusu mengambil dan menghantar borang BR1M, seronok tengok terasa macam pergi mengundi pulak. Rata-rata saya mendengar berita ini menjadi topik hangat di mana-mana terutama di kedai mamak dan pasar.
Dah menjadi trend baru bila jumpa kawan atau saudara, lepas berjabat tangan bertanya khabar, soalan dah ambil ke belum borang BR1M tu....
Tapi ada satu perkara yang paling mencuit hati saya apabila mendengar dua orang rakan bertengkar di kedai kopi bila bersarapan beramai-ramai....nak tau apa yang mereka gaduhkan.....??????
- Pemuda A : Kau dah ambik borang ke ?
- Pemuda B : Dah..hari pertama borang kuar.... aku dah antar, sebelum pejabat LHDN bukak aku dah tunggu, takut ramai orang.
- Pemuda A : Aik...cepatnya tak tunggu aku pun.
- Pemuda B : Kalau lambat hantar , nanti lambat dapat.
- Pemuda A : (menyindir Pemuda B kepada rakan-rakan lain)...Hai pasal duit laju...
- Pemuda C : Biasalah ...bab duit dia nombor satu.
- Pemuda A : Setahu aku bila pangkah dia tak menyokong kerajaan, asyik mengutuk je...tapi bab duit ambik pulak..!!!
- Pemuda C : Tu la manusia.....tak pernah berterima kasih...
- Pemuda A : Nasib baik Kerajaan bagi kat semua...kalau kerajaan guna senarai nama...aku rasa darurat Malaysia dibuatnya....
Pemuda B terus bangun dan melontarkan perkataan kesat kepada kawan-kawannya lalu berlalu.
Ini lah moralnya ...kadang-kadang saya rasa amat bertuah kerana mempunyai Kerajaan yang ada sekarang tak macam apa yang berlaku di negara-negara yang bergolak....kat Malaysia senang nak cari duit, senang nak kesana kemari bebas membuat aktiviti-aktiviti kekeluargaan dan banyak lagi....So renung-renungkan lah.....