Pengikut

Ahad, 20 November 2011

Google & Digi...Tawaran Terkini...!

Hi...rakan blog semua, hari ni rasa rajin pulak terlebih buat entri...bukan apa bila dah ada isu tu dan tengah ada mood dan masa, so apa lagi on aje la....

Kali ini sekali lagi aku nak ucapkan syabas kepada satu lagi syarikat telekomunikasi di negara kita...Pada post aku yang lepas, tentang Maxis dengan alat pengesannya, dalam entri "MAXIS KAU PENYELAMAT" , boleh lawat link di bawah jika ada yang terlepas...


bahan harian metro



Kali ni credit harus diberikan kepada syarikat DIGI pulak dengan termentrinya kerjasama DIGI dengan GOOGLE....macam tak caya je kan...tapi itu lah hakikatnya...dalam dunia yang penuh dengan kemajuan IT sekarang.


Digi dan Google telah berkongsi dan melahirkan satu lagi cara yang mudah untuk berkomunikasi melalui pesanan SMS. Difahamkan dengan adanya perkhidmatan ini, semua pengguna Google boleh terus menghantar pesanan SMS kepada pengguna telefon bimbit...satu lagi kemajuan tercapai.

Di harap semua syarikat yang ada sekarang akan memperkenalkan lebih banyak perkhidmatan yang boleh memberikan faedah kepada masyarakat dunia dan Malaysia amnya.

" TAHNIAH DAN SYABAS SEKALI LAGI UNTUK DIGI DAN GOOGLE."

RM100...TAK SETTLE LAGI...??

Ingatkan cerita RM100 dah settle...dan beban ibubapa pun dah ringan dengan bantuan ini, rupanya timbul perkara lain pulak.....tu la masyarakat kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang di kurniakan oleh Allah Yang Maha Esa.

Tahun depan confirm dah tak ada bantuan seumpana ini akan di peruntukkan lagi....Harap ibubapa jadilah orang yang bertamadun, janganlah kerana RM100 ni macam RM1 juta...ingatlah ini duit bukan kamu yang punya tapi anak kamu yang punya....ya ...ANAK KAMU YANG PUNYA.




Malu lah kepada masyarakat sekeliling...janganlah dedahkan kehinaan diri dan keluarga. Ingatlah bahawa ini akan menjadi contoh kepada anak-anak kita kelak.

Sepatutnya sebagai seorang bapa....kita kena lebih bijak memimpin keluarga kita, janganlah kerana RM100 kewibawaan kita sebagai pemimpin tergadai...bersabar dan berfikirlah dengan lebih waras lagi...