Pengikut

Jumaat, 23 September 2011

MUNGKIN TAK PERNAH MAKAN ! ! !




Hai today gua nak story sikit ...tapi kali ni kita relex kan minda....
Gua nak tanya hangpa pernah ke utara ke ? Kalau pernah cer tengok kuih ni....!!!!???





Best wo  rasa dia...hingga menjilat jari...Orang utara letak nama kuih ni sebagai " PUTU WAP "...eeeerrr bukan putu piring atau putu  bamboo macam kat Kay Ell ...dia lain sikit...biasanya putu di K.L tu ada gula merah atau gula melaka...tapi yang ini hanya kelapa di dalamnya. Gua dah cari merata kat KL tapi tak ada nya nak dapat.

So kalau hangpa semua nak rasa ke lah pi ke utara..."cuba cuba cari makan"

SAYANGI LAH BAKAL PEMIMPIN ! ! !

Merujuk kepada tajuk untuk kali ni rasa macam bagi ucapan dari menteri kepada rakyat je.....

Tapi tu lah hakikatnya...cuba rakan blog teliti foto yang dapat saya rakam kan, sekali pandang macam biasa je tapi cuba teliti baik-baik, apa yang dapat kita lihat ?.


Rasa nya isu ini telah lama di bahas kan, baik di peringkat warung kopi atau di dada akhbar..menteri pun dah tahu, tapi mana silapnya....menteri ke ?, peniaga ke ? atau ibubapa yang tak ambil peduli.... Ya lah tak jadi apa-apa lagi so benda ni perkara terpencil...mungkin nak beli cap SIRIM tak cukup duit tapi nak beli rokok dengan harga RM10 boleh, malah sampai dua tiga kotak sehari....( tu pun dah dapat beli kan yang ada cop SIRIM ).

Entah lah....apa yang mereka fikirkan...mungkin dulu dia orang tak pernah pakai so untuk anak-anak dia orang pun sama la...mewarisi lah konon nya.

Jika adalah di antara rakan-rakan blog yang masih mengamalkan perkara di atas...PLEASE...la demi anak yang kita sayang...jangan ingat kita je yang nak protect kepala kita dengan barang SIRIM anak pun sama juga...Kalau di negara barat...topi baseball, skateboard pun dah ber kualiti...tapi di negara kita naik kenderaan masih guna helmet budak main roller skate...so fikir-fikir kan lah...

Tak payah la tunggu menteri bagi arahan lagi...kita perlu peka sebab yang guna darah daging dan pewaris kita, sayangi lah dan hargai lah nyawa mereka........wassalam..