Pengikut

Selasa, 20 September 2011

Apa patut kita buat ?

 Salam untuk semua, Terlebih dahalu mari lah kita membaca Al-Fatihah buat adik Muhammad Fakhrul semuga roh nya berada di sisi orang2 yang disayang Allah.

                                               sumber harian metro 19/09/11 - edisi utara

Cerita saya kali ini adalah mengenai "mobile tiang gol", teringat saya ketika ke sekolah dulu tiang gol hanya menggunakan kayu yang di tanam ke dalam tanah dan seingat saya tidak pernah dengar sesiapa pun mati di hempap tiang gol...sekarang....? apa yang telah berlaku, di mana silap nya dan haruskah kita tunggu dan lihat lagi perkara yang sama berlaku...cuba kita bayangkan anak kita yang lengkap dengan pakaian sukan ke sekolah atau padang tidak balik pada tengahari atau maghrib untuk selamanya....tak ada lagi laungan.."Ali balik dah maghrib ni'''sambung esok pulak" fikir-fikir kan lah...

Apa yang silap nya ? adakah pihak Kerajaan tempatan, Kementerian Pelajaran hanya akan berdiam diri dan terus melihat angka ini terus meningkat...2000 seorang, 2008 seorang, 2010 seorang dan 2011 satu lagi (sember harian metro).

Adakah kerana kawasan sekolah di dirikan di atas tanah yang terhad hingga semua kegiatan menggunakan padang yang sama...so "mobile tiang gol" ini senang di usung kesana kesini...atau mungkin pemaju ingin mengaut untung yang banyak sehingga tidak ada langsung padang permainan di sediakan...kalau macam tu kita kena back to basic la guna tiang kayu yang ditanam...sebab masing-masing tidak mahu bertanggung jawab memikirkan keselamatan bakal pemimpin negara bila mereka berada di padang permainan.

Diharap pihak-pihak tertentu berusaha lah dengan bersungguh-sungguh untuk mengelakkan perkara ini berlaku lagi...Kalau masih menggunakan "mobile tiang gol" ni perlu jaga ciri-ciri keselamatannya. jangan lah sampai Perdana Menteri arah baru  nak mengelabah....tak payah lah nak suruh dia fikirkan perkara ini...kesian dia banyak lagi perkara yang besar-besar yang perlu beliau fikirkan....so renung-renung kan lah.

Beraya Ke Duit Raya ?

Hi.....mcm mana semua rakan blog....masih sibuk buat open house lagi ke? tu la ya, nak raya sakan pun tak boleh kena pi kerja kalau tak tahun depan tak boleh beli baju dan peralatan baru.
     
Kali ni saya nak story sekit pasal balik kampung berhari raya...memang lah seronok tak terkata...sebab dapat jumpa keluarga dan sanak saudara...tapi kesian saya dengan cerita kakak ipar saya yang pulang ke kampung di Taiping, Perak.....nak tau kenapa?, begini ceritanya.........'''''(

Kakak ipar saya ni mempunyai tiga orang anak, semuanaya hero, saham pun boleh tahan jugak!!! tapi sorry la ya "NA" semua dah ada yang booking. Nak di pendekkan cerita, pada suatu malam si hero yang tengah dan paling kacak....tu katanya..telah mengalami sakit pening2 dan muntah2 (amboi macam kena morning sicknees pulak...udah la awak tu lelaki) sakit nya itu membuatkan kami sekeluarga risau..jalan terakhir di ambil oleh ibunya dengan membawanya ke hospital...apalagi ke unit kecemasan la sebab dah malam.

Ini yang nak di jadikan cerita...malam tu ramai ya Allah orang yang sakit...si hero ni dah beberapa kali muntah dan ada rasa nak pengsan...si ibu tadi cuba berjumpa doktor supaya di cepat kan rawatan...tapi apa boleh buat semua orang sakit...so kena la tunggu. Kakak saya yang tinggal di Putrajaya menanyakan saya  untuk ke klinik berbayar..........jeng,jeng,jeng....kat Taiping rupa nya tak ada klinik berbayar selepas jam 11.00 malam, yang ada pun klinik berbayar macam hospital tawakal di Kuala Lumpur..( Taiping Medical Centre, Appolo Hospital dan satu lagi kalau tak silap Colombia Hospital) amboi orang Taiping, hangpa semua kaya2 noh...

Bayangkan lah....kalau ada kecemasan bagi mereka yang kurang kemampuan dengan kerenah birokrasi pihak hospital kerajaan...jangan lah tunggu orang dah jatuh pengsan di kerusi menunggu baru nak bertindak...untuk pihak Kementerian Kesihatan terutama negeri Perak buat lah sesuatu, bagi pihak klinik berbayar cari lah jalan agar di musim perayaan dan cuti umum buka lah 24 jam....tempat dah ada cuma nak atau tak nak je.....FIKIR-FIKIR LAH YA....

Berbalik kepada kisah si hero tadi...ibunya telah membawanya ke "klinik" berbayar iaitu Taiping Medical Centre setelah hampir 2 jam menunggu di Hospital Taiping....yang kelakarnya setelah pendaftaran di buat staff bertugas meminta kami tunggu sebab nak call doktor...tahu apa yang jadi...doktor dari unit kecemasan hospital taiping yang datang....si hero tadi kena masuk air satu pain dan tahu bayaran nya berapa...RM180.00 (habis duit raya si hero tadi...kena la bayar bulan-bulan kepada ibunya), tak pa lah kakak ipar saya ada duit, tapi bagaimana dengan keluarga yang tak mampu dan perlukan rawatan segera......???? so renung-renung kan la...sampai berjumpa lagi.