Salam buat rakan blog semua.....Entri kali ini sekali lagi kita cerita tentang nak cuti sekolah. Seronok kalau nak bercerita pasal musim sekolah yang akan tiba dalam bulan Mac nanti...Yang paling best nya kenduri kahwin la.
Kali ini saya ingin bercerita mengenai satu artikel yang saya baca dari sebuah majalah dan pengarangnya adalah En Shaidan.
Beliau telah menceritakan bahawa terdapat seorang pemuda yang telahpun mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihan tetapi malangnya menghadapi kemurungan selepas kahwin, malahan pemuda ini merasa fobia dengam keluarga pihak isterinya dan telah bersumpah tidak akan menjejakkan kaki kerumah mertuanya itu.
Kenapa boleh jadi begitu...bukankah bila berkahwin secara amnya, keluarga mertua telah menjadi keluarga kita...?
Semuanya ini adalah berpunca dari nilai sesebuah hantaran itu terlalu tinggi hingga tak masuk akal dan membebankan pihak lelaki....akhirnya selepas kahwin, terpaksa mengikat perut dan menanggung hutang. Lebih menyedihkan lagi rumahtangga yang seharusnya harmoni, menjadi perang dingin.
Pengarang juga telah mendapatkan pandangan dari seorang Pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM iaitu Che Maryan Ahmad.
Jawapannya amat jelas bahawa di dalam islam tidak terdapat pun hantaran kahwin atau mahar yang di wajibkan keatas pengatin lelaki. Yang pasti dan menjadi hak mutlak pengantin perempuan adalah " Mas Kahwin ".
Menurut Pn Che Maryam lagi "Wang Hantaran" bukanlah budaya kita orang islam tetapi di cedok dari barat dan budaya baru ciptaan manusia.
PN CHE MARYAM AHMAD |
Yang paling menarik dan penting sekali, sebagai seorang perempuan, beliau sendiri cukup tidak setuju dengan hantaran tinggi kerana nilai seorang perempuan diukur melalui nilai wang hantaran ini.
So....bagi bakal-bakal pengantin di luar sana dan bagi mereka yang sedang merancang untuk mengakhiri zaman bujang atau bagi mereka yang sedang mengaru-garu kepala memikirkan macam mana nak cari duit untuk berkahwin, fikirlah dan berbincang lah dengan bakal isteri serta bakal keluarga mertua.
Bersederhanalah....memang betul sanding hanya sekali... itu pun jika kekal...kalau tak, tiga empat kali jugak naik pelamin. Ingatlah Islam sendiri menegah kita dari membazir dan benda yang mudah usah di perpayahkan, ikutlah kemampuan kita sendiri, walaupun hanya sekadar bernikah di masjid. Yang penting kita dan pasangan akan melalui liku-liku kehidupan berumahtangga.
Ini lah juga salah satu sebab mengapa sejak kebelakangan ini kita baca di akhbar tentang kes perceraian, isteri lari dari rumah, pasangan di pukul, anak di sepak terajang dan banyak lagi....
Di sebabkan tekanan hidup dan beban hutang, badai mula melanda mahligai yang di bina oleh arkitek "dasar cinta dan sayang" tetapi tukangnya adalah "kebendaan serta menunjuk-nunjuk".