Pengikut

Jumaat, 14 Oktober 2011

DIA RAKUS , AKU BUAS ....!!

SEMASA BERCINTA MENGHARAPKAN PERHUBUNGAN BERAKHIR DI JINJANG PELAMIN, KEINGINAN INI CUKUP DIRASAI LEBIH-LEBIH LAGI WANITA. NAMUN BEGITU, BUKAN SEMUA PERHUBUNGAN MAMPU BERTAHAN DAN KEKAL LAMA. MUNGKIN PERKARA INI TIDAK BEGITU DIRASAI OLEH KAUM LELAKI KERANA SIKAP EGONYA.

Ramai juga yang masih tidak tahu cara sebenar untuk mengekalkan sebuah persahabatan malahan bertambah ramai yang gagal menlayarai bahtera yang dibina atas nama perkahwinan....mana silapnya ? apa sebabnya? Kita sering membaca dan mendengar di dada akhbar mengenai keretakan rumahtangga di sebabkan kecurangan pasangan masing-masing...susah nak menunding jari siapa yang silap,  isteri atau suami. Yang jadi mangsa anak-anak, yang mendapat malu ibubapa, yang mengeleng kepala jiran tertangga...tapi apa kesudahannya selain dari mendapatkan hak masing-masing di mahkamah, kenapa tidak ke mahkamah dan fail kan kes untuk meneliti kesilapan masing-masing hingga membawakan kepada keretakan rumahtangga ini.???

Anda bernasib baik kerana tidak berada dalam situasi begini...tapi renungkan lah sejenak dan cuba fikirkan bersama, puncanya sebuah perhubungan yang dulunya indah tiba-tiba karam dipertengahan.

Kenapa agaknya pasangan masing-masing berubah arah...bukan kah dulu, kau lah segalanya, tanpamu hidupku sepi, tak mendengar suaramu hidup ku tak bererti dan banyak lagi...

Suami..kau ketua keluarga, mana kewibawaan mu sebagai ketua...kenapa amanah Allah kau persiakan...pernahkah kau berdiri di hadapan cermin dan bertanyakan diri sendiri...apa kesalahan yang telah kau lakukan, adakah semua tanggung-jawab sebagai seorang suami dikau penuhi, bukan saja dari segi batin malah zahirnya sekali. Bagaimana dengan kemudahan yang dikau berikan adakah mencukupi atau sekadar Kais pagi, makan pagi. Kais petang, makan petang. Dan banyak lagi yang kurang sebenarnya...ketepikan ego mu seketika, belajarlah menghargai pandangan dan pendapat isteri...tak rugi malahan akan lebih bahagia sebuah keluarga itu. Kawal lah emosi mu bila menghadapi masalah. Jangan lah menggunakan kegagahan mu hanya untuk menghukum isteri....Akhirnya kamu yang rugi bila terpaksa menanggung apa yang kau lakukan.

Isteri...mana maruahmu ?...mana taat setia mu kepada suami ? kenapa di ikut nafsu yang banyak itu ? bukankah dikau dijadikan dari rusuk lelaki...hormati dan patuhi lah apa yang di amanahkan semasa menjadi seorang isteri...memang benar tangan wanita boleh mengegarkan dunia...tapi ingat lah wanita juga lah yang menghancurkannya. Kelebihan mu menjadi umat pertama memeluk islam jangan di persiakan hingga menjadi umat yang pertama memasuki neraka. Jika berhadapan dengan situasi, berfikirlah...bukan kan kamu yang lebih ramai mengenggam ijazah...jangan di ikut hasutan iblis..jangan bertuhankan syaitan yang selalu menghasut kamu..cukuplah dengan kejayaannya menghasut HAWA, jangan di ulanginya lagi.....
Ingatlah lagu P.Ramlee..."Suami isteri harus bersabar rumah tangga mendapat berkat / Sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri"..(macam tu lah lebih kurang liriknya). Suami isteri yang bahagia melahirkan generasi yang sihat. RumahKu adalah SyurgaKu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan