SYABAS MAXIS....sekali lagi berjaya menyediakan satu-satunya gadget yang amat mambantu kepada rakayat Malaysia amnya.
Bukan hanya menumpukan kepada keuntungan semata-mata, malahan Maxis juga membuktikan bahawa kehadiran syarikat telekomunikasi juga boleh membantu kita mengurangkan kes jenayah seperti kes kehilangan kanak-kanak.
Dengan menyebarkan berita kehadiran KIDDY TRACK di mata masyarakat, ianya sedikit sebanyak akan mengingatkan si penjenayah di luar sana dan akan lebih merasa takut untuk menculik.
Sekarang ibubapa boleh menarik nafas panjang dan tidak perlu risau jika ingin pergi bersiar-siar atau membeli belah. Walaupun ada bayaran di kenakan tetapi perlu diingatkan mana yang lebih berharga, WANG RINGGIT yang boleh kita cari atau ANAK-ANAK kesayangan kita.
Syabas dan Terimakasih sekali lagi kepada MAXIS.
CARTA BAGAIMANA KIDDY TRACK DILAKSANAKAN |