Masuk hari ini dah berapa pusingan agaknya pihak Kerajaan Pusat menyalurkan wang BR1M, kalau perlawanan tinju yang melibatkan peninju Muhamad Ali rasanya dah KO jadinya.
Begitu lah juga jadinya dengan BR1M. Bantuan ini bukan saja telah membantu untuk meringankan beban kepada semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa atau agama....jika bekelayakan maka dapatlah habuan ini.
Becerita pasal berkelayakan, ini lagi satu isu yang besar. Kalau dulu masa di peringkat awal, kecoh tentang borang salinan tak boleh digunakan, lepas itu timbul pula pasal definasi pendapatan satu isi rumah dan sekarang bila nak bagi duit, timbul pulak pasal kelayakkan.
Pagi tadi semasa saya sedang bersarapan bersama orang rumah...kecoh pasal ada segelintir kumpulan yang tak dapat bantuan ini, sedang sibuk menghasut dan membawa mulut meluahkan rasa marah kenapa mereka tak dapat....Yang paling sedihnya bila seorang warga tua berbangsa cina hanya menanyakan di mana tempat untuk mengambil wang itu, tapi mereka yang tidak ada perasaan malu ini dan yang lagi malu berbangsa melayu, membalas pertanyaan warga tua tadi, dengan jawapan rasa tidak kepuasan hati mereka kerana tak dapat. Tersipu-sipu lah warga tua tadi sambil meninggalkan mereka.
Itu lah bangsa ku.....tidak bolah menggunakan akal fikiran...lama-kelamaan bangsa ku ini di pijak oleh bangsa lain.Kenapa jadi begini...kerana wang, kita hilang pertimbangan, kita lupa maruah diri dan didikan agama kita yang diwarisi.
Cuma saya nak tanya kepada mereka ini....pernah tak mereka terfikir di mana silapnya semasa mereka mengisi borang dulu, adakah memenuhi syarat-syaratnya. Bukan apa berlaku di tempat saya kerana sikap tamak seorang warga tua dan berstatus ibu tunggal telah menyuruh anaknya yang belum berumahtangga , mengisi borang dan menyatakan bahawa si anak ini tadi menanggungnya.....ok....nampak tak adalah silapnya, tetapi yang menjadi masalahnya, dia sendiri..... si ibu ni tadi telah mengisi satu lagi borang dan menamakan dirinya sebagai ibu tunggal dan warga emas.
Bila keputusan tentang permohonan kedua-duanya ditolak. Nak menyalahkan Kerajaan tak adil.
Ada juga cerita di tempat saya, kumpulan ini tadi mrnyalahkan Kerajaan memilih kasih kerana apabila di lihat bangsa lain pergi mengambil wang ini, semuanya menaiki kereta-kereta mewah sedangkan mereka hanya pergi menaiki motor atau basikal sahaja....
Apa yang boleh saya katakan...baguslah macam tu, teruskan sikap hasad dengki ini....
Bangsa lain tadi, memberi pelajaran yang cukup kepada anak-anak mereka hingga berjaya dan hasilnya anak-anak mereka hidup mewah....bolehlah menaiki kereta besar.....
Kita pula, jika asyik mendidik anak dengan maki hamun anak tadi akan membesar dengan acuan kita dulu....mungkin dah lewat nak betulkan kesilapan kita dan hasinya naiklah basikal serta anak ini tadi jadilah mat-mat rempit. Mungkin tak semua bangsa ku begini ...tapi yang nyatanya lebih separuh dalam masyarakat ku adalah mereka....so siapa yang silap....?????