Pengikut

Selasa, 10 Januari 2012

BALASAN AKAN TIBA JUA....


Salam buat rakan blog semua.....rasa lama jugak tak buat entri, maklumlah sibuk sikit dengan minggu persekolahan ni....

Bercerita pasal persekolahan, saya berharap anak-anak kita dapat menimba ilmu bukan saja untuk bekalan di masa hadapan tapi yang lebih penting untuk membentuk seseorang itu menjadi anak dan insan yang sempurna dari segi didikan moral dan agama.

Di harap semua ibubapa cari lah sedikit ruang dan masa walaupun sibuk mencari kekayaan agar dapat bersama anak-anak, kerana kelalaian dan sikap tak kisah kita akan merugikan kita kelak.

Lihat saja lah keratan akhbar hari ini, rasa amat sedih dan malu kerana di zaman yang serba maju ini, masih ada lagi golongan yang tidak tahu mengenang jaga kedua orang tua yang telah melahirkan dan membesarkan mereka .

Saya percaya kebanyakan dari mereka ini terdiri daripada golongan yang cerdik pandai....tetapi ke mana hilangnya nilai berterimakasih dan kasih sayang mereka hingga sanggup membuang ibubapa mereka.

Lebih menyedihkan lagi....ibubapa yang perlukan perhatian dari anak-anak semasa mereka sakit diperlakukan sebagai sampah dan dibuang ke hospital-hospital.

Ingatlah wahai mereka yang terlibat.....tidakkah dulu semasa kecil, kedua ibubapa mu menjaga mu bagai menatang minyak yang penuh....dan bila demam, mereka tidak lena dan lalu makan kerana memikirkan dirimu yang sedang sakit. Apakah ini balasan yang kita beri untuk kedua ibubapa kita.

Seperkara lagi....saya merasa amat malu, sebagai seorang umat islam yang kita tahu islam adalah agama yang indah dan penuh dengan kasih-sayang.....tetapi bila melihat perangkaan indeks yang di keluarkan....orang islam mendahului dalam perkara ini.

Ayuh lah bangsa ku....sudahlah, hentikan tabiat burukmu ....ingat.... kita juga akan menjadi seorang ibu dan bapa yang akan mempunyai anak-anak. Apa yang akan kita rasakan jika, anak-anak kita kelak membuat dan membuang kita seperti mana yang kita pernah lakukan. Insaf lah.....sayangilah ibubapa mu....rawatlah mereka di masa mereka sakit. Lindungi dan kenanglah jasa mereka kitika mereka masih ada.