Salam buat semua rakan blog...diharap semuanya okey dah nak hujung-hujung tahun ni. Ramai juga rakan blog yang semakin rancak menulis dengan entri masing-masing dan yang best nya dah ramai dapat cek dengan hanya menulis blog. Selamat Manju Jaya buat semua....
Kali ini, saya nak bercakap sikit tentang harapan yang amat tinggi dari orang nombor satu negara, iaitu Perdana Menteri kita terhadap sukan negara.
Seronok melihat kesungguhan PM yang mahu melihat semua atlet untuk semua jenis sukan di negara ini bertaraf dunia...kata-kata beliau bukan omong kosong kerana beliau telah memperuntukan sejumlah wang yang besar untuk pembangunan sukan negara melalui badget 2012.
Tapi......kalau kita ada seorang saja pemimpin yang berkobar-kobar sedangkan badan-badan induk sukan masih lagi bergaduh dan tidak sehaluan, rasanya pembelanjaan yang besar ini akan menjadi sia-sia saja.
Diharap dengan kehadiran tahun baru nanti....semua pegawai tertinggi di badan-badan sukan ini bersatulah...janganlah bila mendengar ada peruntukan yang besar, mereka menjadi gelap mata. Berebutlah jawatan yang tinggi ini jika anda benar-benar berkemampuan untuk membangunkan sukan tersebut dan bukan kerana gaji dan habuan.
Sebenarnya kita mempunyai ramai atlet yang sudah berada di taraf dunia tapi disebabkan perkara-perkara yang berlaku membuat mereka mati dan terumbang-ambing.
Oleh yang demikian berubahlah....bangkitlah dan bersatulah demi sukan yang kita sayangi.....