SALAM 1 MALAYSIA BUAT RAKAN BLOG SEMUA.....MACAM MANA CUTI SEKOLAH DAH TAMAT....ADA YANG MASIH BERCUTI LAGI KE.....MANA LAH TAU KOT NAK SAMBUNG SEHARI DUA LAGI.
CUTI KALI INI coachnike28 TAK ADA PLAN MANA-MANA PUN ...DAH MEMANG ADA KAT KAMPUNG , BAWA ANAK-ANAK JALAN-JALAN SAMBIL MAKAN-MAKAN JE.
OK LAH NAK STORY SIKIT KAT YOU ALL SEMUA...MASIH LAGI CERITA SEORANG BAPA DAN SEORANG ANAK....HARI AHAD YANG LEPAS , SAYA TELAH PERGI KE SEBUAH MINI MARKET UNTUK MENCARI SABUN DAN ROTI UNTUK ANAK-ANAK. YOU ALL TAU APA YANG TERJADI DI DEPAN MATA SAYA.....?????
SEDANG SAYA DOK MEMILIH SABUN APA YANG NAK DI BELI, TIBA-TIBA KEDENGARAN SUARA TANGISAN SEORANG ANAK KECIL....BUKAN TABGISAN LAGI SEBAB BOLEH DENGAR SATU MINI MARKET TU....DARI JAUH SAYA MENCARI-CARI DARI ARAH MANA DATANGNYA SUARA TERIAKAN ITU.....RUPA NYA DATANG DARI KAUNTER CASHIER.
KELIHATAN SEORANG BUDAK LELAKI YANG BERBADAN GEMPAL DAN MEMAKAI BAJU PRASEKOLAH SEDANG MERAYU KEPADA BAPANYA UNTUK MEMBELI COKLAT DING DANG.....RAKAN BLOG SEMUA TAU KAN BAGAIMANA RUPA COKLAT ITU KAN....KALAU NAK TAHU BOLEH LAYARI LINK INI
" tora datang lagi bersamading dang "
|
BAHAN ZarulUmbrella.com |
BERBALIK KEPADA CERITA KITA TADI..... PUNYA LAH BAGUS SI BAPA NI TADI, SETELAH MEMBELI SEKOTAK ROKOK DAN PAPER, DIA PUN MENARIK TANGAN ANAKNYA YANG SEDANG MENANGIS MEMINTA COKLAT ITU KELUAR DAN MENUJU KE KERETA.
TIBA DI KERETA, SI ANAK TADI TAK NAK NAIK KERETA DAN MENANGIS SAMBIL MENGETUK-GETUK PINTU KERETA. YANG SI BAPA TERUS MASUK KE DALAM KERETA SAMBIL MENAKSA ANAK INI MASUK.
TAU JE LAH BUDAK ...SELAGI TAK DAPAT, SELAGI TU LAH DIA MENGHENTAK-HENTAKKAN KAKINYA. SI BAPA TADI TIDAK MENGHIRAUKAN TANGISAN DAN PERMINTAAN ANAKNYA, TETAPI MEMGUGUT UNTUK MENINGGALKAN ANAK ITU , SAMBIL MENEKAN-NEKAN PEDAL MINYAK KERETA TADI.
AGAKNYA TERLALU MARAH...SI BAPA TADI MENGERAKKAN KERETANYA KEHADAPAN DENGAN PERLAHAN-LAHAN DENGAN HARAPAN DAPAT MENIPU ANAK NYA....AKAN TETAPI ANAK NYA TIDAK MENGHIRAUKAN PERBUATAN BAPANYA DAN TERUS MENANGIS.
APA YANG TERJADI SETERUSNYA HINGGA MEMBUATKAAN PERASAAN SAYA TERSENTUH..????
DALAM SI BAPA TADI MENGERAK-GERAKKAN KERETANYA KEDEPAN DAN KEBELAKANG SAMBIL MENEKAN-NEKAN PEDAL MINYAK.....TIBA-TIBA KERETA ITU TADI TERBABAS KEHADAPAN DENGAN LAJUNYA DAN YANG MENYEDIHKAN TAYAR BELAKANG KERETA TESEBUT TELAH MELENYEKKAN KAKI ANAKNYA SENDIRI.
APA LAGI MENJERIT KESAKITAN LAH SI ANAK ITU TADI....ORANG RAMAI YANG ADA DI SITU TERUS BERLARI KE ARAH ANAK YANG REBAH TADI SAMBIL MEMANGGIL BAPA NYA YANG MASIH ADA DI DALAM KERETA.
BARU NAK MENGELABAH SI BAPA TADI MENDUKUNG ANAKNYA UNTUK DI BAWA KE HOSPITAL......
MORALNYA CERITA INI ....MACAM BIASALAH, KALAU LEBIH PENTINGKAN ROKOK DARI ANAK SENDIRI....LAIN KALI JANGAN ADA ANAK....ATAU JANGAN BAWA ANAK KE KEDAI JIKA TAK PUNYAI CUKUP DUIT.....TAHU NIAT TU BAIK NAK BAWA ANAK BERSIAR-SIAR NAIK KERETA....TAPI KALAU NAK BERSIAR-SIAR SEMATA-MATA NAK BELI ROKOK JE...TAK PAYAH LAH BAWA ANAK TU...ELOK DI BIARKAN DIA DI RUMAH DAN MELAYAN CERITA KARTUN LAGI BAGUS.
SO.... DI HARAP RAKAN BLOG SEMUA TAK BERKELAKUAN SEPARTI INI....JANGAN SAMPAI ANAK KITA TERSENTUH HATINYA KERANA TAK DAPAT MAKAN....MAKAN TU SATU PERKARA YANG WAJIB BAGI KITA SEBAGAI SEOANG BAPA UNTUK ANAK DAN ISTERINYA.....RENUNG-RENUNGKAN LAH.