Pengikut

Rabu, 12 Disember 2012



SALAM BUAT SEMUA.......

LAMA BENAR RASANYA HAMBA TAK MEMBUAT ENTRI, ENTAH APA KENA NYA PAGI 
12 /12/12 NI, TERASA NAK BUAT SATU ENTRI YANG PALING RINGKAS......

SAYANG ABANG UCAPKAN TAHNIAH DAN SEMUGA CEPAT SEMBUH, AGAR KITA BOLEH PERGI BAWA ANAK-ANAK BERSIAR-SIAR LAGI.......

BORING LAH RASANYA KENA DUDUK RUMAH SELAMA 100 HARI....ANYWAYS... ABANG MERASA BERTUAH DAN MENJADI ORANG PALING BAHAGIA SEKALI DALAM KELUARGA KITA KERANA AYANG SELAMAT MELAHIRKAN ANAK KITA YANG KE ENAM....

TERIMA KASIH ANJA.....WILL ALWAYS LOVE YOU .....GET WELL SOON.


Isnin, 9 Julai 2012

ROTI YANG KITA MAKAN

SEBELUM COACHNIKE MEMULAKAN CERITA UNTUK KALI INI....RASANYA BELUM TERLAMBAT LAGI INGIN MEMBUAT SEDIKIT UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA RAKAN DI FB , DENGAN UCAPAN HARI JADI TEMPOH HARI DAN YANG PALING ISTEMEWA SEKALI BUAT INSAN TERRSAYANG, KERANA DI DALAM KESIBUKANNYA SEHARIANNYA, BELIAU MASIH BERKESEMPATAN UNTUK MEMBUAT SATU ENTRI YANG MENARIK DI BLOGNYA, SEMATA-MATA UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI JADI KEPADA COACHNIKE......JOM SKODENG ENTRINYA ....

OK LAH....RASANYA DAH LAMA COACHNIKE TAK BERBUAL PASAL KEADAAN SEKELILING....ASYIK CERITA PASAL BOLA JE......KALI INI COACHNIKE NAK CERITA PASAL ROTI PULAK.......

ADA LAH HARI TU, COACHNIKE PERGI SHOPPING SIKTI KAT SEBUAH PASARAYA YANG NAMANYA SUDAH DI KENALI DI MALAYSIA INI....TAK BANYAK PILIHAN BILA KITA MASUK SEBUAH PASARAYA DI PEKAN KECIL BERBANDING DI KUALA LUMPUR, WALAUPUN DI BAWAH STORE YANG SAMA. TAPI BOLEH LA...DARI PEKAN YANG TAK ADA LANGSUNG PASARAYA INI.

SETELAH HABIS MEMILIH BARANG-BARANG COACHNIKE PUN KE KAUNTER PEMBAYARAN....NAK TAU APA YANG KITA TERLEPAS PANDANG......RASANYA SEMUA RANGKAIANNYA DI MALAYSIA MEMBUAT BENDA YANG SAMA.....APA AGAKNYA BENDA ITU YA??????

CUBA KITA PERHATIKAN BETUL-BETUL GAMBAR YANG TELAH COACHNIKE SEDIAKAN....RASANYA TAU KOT BARANG APA TU....

AGAKNYA ...MANA NILAI-NILAI SEBUAH STORE YANG SERING DI KUNJUNGI BOLEH MEMBELAKANGKAN KEBERSIHAN TERUTAMA MAKANAN.

MEMANAG NAMPAK REMEH PERKARA INI....TAPI TAU TAK KITA BERAPA RAMAI ORANG YANG LALU LALANG DI SEBELAHNYA.....DAN ADA JUGA KANAK-KANAK YANG MENYEPAK-YEPAK LANTAI DAN ADA JUGA DIANATA KITA MEMICIT-MICIT HUJUNG ROTI INI, AGAKNAYA BERSIH KE JARI MEREKA TU.....SO SIAPA YANG SALAH ????....PEMILIK PASARAYA TERSEBUT ATAU KITA YANG MENGAMBIL SIKAP TAK KISAH KERANA PERKARA NI REMEH JE...

SO...RENUNG-RENUNGKAN LAH YA....RASANYA MASIH SANGGUP TAK KITA MEMBELINYA DAN YANG LEBIH KETARA LAGI.....MASYARAKAT KITA SEKARANG DAH TAK AMBIL PEDULI TENTANG BENDA-BENDA YANG REMEH NI.....





Khamis, 21 Jun 2012

SETIAP HARI TIDUR DALAM " PLANE "

SALAM BUAT SEMUA, DI HARAP SEMUA BAIK-BAIK JE SAMBIL MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN. RASA GATAL PULAK TANGAN NI , APA TAK NYA DAH LAMA TAK MENAIP BUAT ENTRI BARU. HARI NI SAYA NAK BUAT ENTRI BAGI SEGMENT RELEX SEKEJAP MACAM ENTRI YANG LEPAS-LEPAS....KALAU ADA YANG TERLEPAS MEMBACA NYA SAYA SERTAKAN SEKALI LAGI ENTRI-ENTRI TERSEBUT DI BAWAH INI.....SELAMAT MEMBACA 


ENTRI KALI INI SAYA NAK BERCERITA PASAL GELAGAT ANAK SULONG SAYA.....FARHAN SYAHMI NAMANYA.....DIA NI PELIK SIKIT....KALAU NAK TIDO MALAM, DIA ADA SATU PERANGAI YANG BERBEZA DENGAN ADIK-ADIK DIA....NAK TAU APA BENDANYA YANG PELIK TU ?.....DIA NI SUKA MENUTUP KEDUA-DUA BELAH MATANYA....PADA AWAL-AWAL DULU, DIA SUKA GUNAKAN BAJU ATAU SELUAR NYA ....HABIS BAJU YANG TERSUSUN KEMAS DI AMBILNYA.....TAPI SEKARANG, SETELAH SAYA MEMBELIKANNYA PENUTUP MATA.... DAH TAK BERSEPAH LA TEMPAT BAJUNYA.....AMBOI MIMPI NAIK KAPAL TERBANG AGAKNYA.


YANG TAK TAHANNYA....DIA NI AMAT MENYAYANGI KUCING...KALAU BALIK SEKOLAH TAK LEPAS DENGAN KUCING.......

NAK TAU TAK....KUCING KESAYANGANNYA JUGA MEMPUNYAI TABIAT TANG SAMA SEMASA TIDO...IAITU MENUTUP MATA....NAK TENGOK MACAM MANA KUCING KESAYANGANNYA YANG BERNAMA ALVIN TU MENUTUP MATANYA SEMASA TIDO......CUBA TENGOK GAMBAR DI BAWAH NI.......





SO MACAM MANA.....PANDAI PULAK TU KUCING NI CARI SPONSER NAK TIDO....APA PUN SELAMAT BERMIMPI......



Rabu, 13 Jun 2012

NAK COKLAT...DAPAT TAYAR ???

SALAM 1 MALAYSIA BUAT RAKAN BLOG SEMUA.....MACAM MANA CUTI SEKOLAH DAH TAMAT....ADA YANG MASIH BERCUTI LAGI KE.....MANA LAH TAU KOT NAK SAMBUNG SEHARI DUA LAGI.

CUTI  KALI INI coachnike28 TAK ADA PLAN MANA-MANA PUN ...DAH MEMANG ADA KAT KAMPUNG , BAWA ANAK-ANAK JALAN-JALAN SAMBIL MAKAN-MAKAN JE.

OK LAH NAK STORY SIKIT KAT YOU ALL SEMUA...MASIH LAGI CERITA SEORANG BAPA DAN SEORANG ANAK....HARI AHAD YANG LEPAS , SAYA TELAH PERGI KE SEBUAH MINI MARKET UNTUK MENCARI SABUN DAN ROTI UNTUK ANAK-ANAK. YOU ALL TAU APA YANG TERJADI DI DEPAN MATA SAYA.....?????

SEDANG SAYA DOK MEMILIH SABUN APA YANG NAK DI BELI, TIBA-TIBA KEDENGARAN SUARA TANGISAN SEORANG ANAK KECIL....BUKAN TABGISAN LAGI SEBAB BOLEH DENGAR SATU MINI MARKET TU....DARI JAUH SAYA MENCARI-CARI DARI ARAH MANA DATANGNYA SUARA TERIAKAN ITU.....RUPA NYA DATANG DARI KAUNTER CASHIER.

KELIHATAN SEORANG BUDAK LELAKI YANG BERBADAN GEMPAL DAN MEMAKAI BAJU PRASEKOLAH SEDANG MERAYU KEPADA BAPANYA UNTUK MEMBELI COKLAT DING DANG.....RAKAN BLOG SEMUA TAU KAN BAGAIMANA RUPA COKLAT ITU KAN....KALAU NAK TAHU BOLEH LAYARI LINK INI  " tora datang lagi bersamading dang "

BAHAN ZarulUmbrella.com

BERBALIK KEPADA CERITA KITA TADI..... PUNYA LAH BAGUS SI BAPA NI TADI, SETELAH MEMBELI SEKOTAK ROKOK DAN PAPER, DIA PUN MENARIK TANGAN ANAKNYA YANG SEDANG MENANGIS MEMINTA COKLAT ITU KELUAR DAN MENUJU KE KERETA.

TIBA DI KERETA, SI ANAK TADI TAK NAK NAIK KERETA DAN MENANGIS SAMBIL MENGETUK-GETUK PINTU KERETA. YANG SI BAPA TERUS MASUK KE DALAM KERETA SAMBIL MENAKSA ANAK INI MASUK.

TAU JE LAH BUDAK ...SELAGI TAK DAPAT, SELAGI TU LAH DIA MENGHENTAK-HENTAKKAN KAKINYA. SI BAPA TADI TIDAK MENGHIRAUKAN TANGISAN DAN PERMINTAAN ANAKNYA, TETAPI MEMGUGUT UNTUK MENINGGALKAN ANAK ITU , SAMBIL MENEKAN-NEKAN PEDAL MINYAK KERETA TADI.

AGAKNYA TERLALU MARAH...SI BAPA TADI MENGERAKKAN KERETANYA KEHADAPAN DENGAN PERLAHAN-LAHAN DENGAN HARAPAN DAPAT MENIPU ANAK NYA....AKAN TETAPI ANAK NYA TIDAK MENGHIRAUKAN PERBUATAN BAPANYA DAN TERUS MENANGIS.

APA YANG TERJADI SETERUSNYA HINGGA MEMBUATKAAN PERASAAN SAYA TERSENTUH..????

DALAM SI BAPA TADI MENGERAK-GERAKKAN KERETANYA KEDEPAN DAN KEBELAKANG SAMBIL MENEKAN-NEKAN PEDAL MINYAK.....TIBA-TIBA KERETA ITU TADI TERBABAS KEHADAPAN DENGAN LAJUNYA DAN YANG MENYEDIHKAN TAYAR BELAKANG KERETA TESEBUT TELAH MELENYEKKAN KAKI ANAKNYA SENDIRI.

APA LAGI MENJERIT KESAKITAN LAH SI ANAK ITU TADI....ORANG RAMAI YANG ADA DI SITU TERUS BERLARI KE ARAH ANAK YANG REBAH TADI SAMBIL MEMANGGIL BAPA NYA YANG MASIH ADA DI DALAM KERETA.

BARU NAK MENGELABAH SI BAPA TADI MENDUKUNG ANAKNYA UNTUK DI BAWA KE HOSPITAL......

MORALNYA CERITA INI ....MACAM BIASALAH, KALAU LEBIH PENTINGKAN ROKOK DARI ANAK SENDIRI....LAIN KALI JANGAN ADA ANAK....ATAU JANGAN BAWA ANAK KE KEDAI JIKA TAK PUNYAI CUKUP DUIT.....TAHU NIAT TU BAIK NAK BAWA ANAK BERSIAR-SIAR NAIK KERETA....TAPI KALAU NAK BERSIAR-SIAR SEMATA-MATA NAK BELI ROKOK JE...TAK PAYAH LAH BAWA ANAK TU...ELOK DI BIARKAN DIA DI RUMAH DAN MELAYAN CERITA KARTUN LAGI BAGUS.

SO.... DI HARAP RAKAN BLOG SEMUA TAK BERKELAKUAN SEPARTI INI....JANGAN SAMPAI ANAK KITA TERSENTUH HATINYA KERANA TAK DAPAT MAKAN....MAKAN TU SATU PERKARA YANG WAJIB BAGI KITA SEBAGAI SEOANG BAPA UNTUK ANAK DAN ISTERINYA.....RENUNG-RENUNGKAN LAH.

Jumaat, 25 Mei 2012

ALAMAK..SIBUK SIKIT....!!!!

MOHD SHAH IZWAN
MAAF....TAK ADA ENTRI SEBAB DOK SIBUK DENGAN LATIH SEORANG PLAYER BAWAH 12 TAHUN, UNTUK PERGI SELECTION WAKIL NEGERI......ALL THE BEST ADIK IZWAN ...POSISI PENYERANG....


DIA NI ADA KEMBARNYA...IAITU SHAH IRWAN, POSISI SEBAGAI SEORANG PENJAGA GOL..

MOHD SHAH IRWAN





















i









Khamis, 10 Mei 2012

SEBATANG HOTDOG....???

OKEY....MEMBER SEMUA....TERUTAMA MEMBER KAT CHAT ROOM "BCR"...jejakaterhangat , mrs.budubilis , ungu , fariz rezaReynn.... HARI NI SAYA NAK SAMBUNG KISAH SEMALAM....ENTRI SEMALAM YANG BERLAKU DI SIANG HARI....PASAL SECAWAN MILO.....SEKARANG, NI KISAH YANG BERLAKU DI MALAM HARI......

PADA MALAM TU....SAYA TELAH MEMBAWA ISTERI DAN DUA ORANG ANAK PEREMPUAN  SAYA KE PASAR MALAM, SAJA NAK UBAH SELERA DAN MALAS NAK MASAK UNTUK MAKAN MALAM. 

ANAK PEREMPUAN SAYA MEMBELI NASI TOMATO...YANG UMI NYA PULAK MASIH DUK MENCARI-CARI NAK MAKAN APA....SEORANG LAGI ANAK PEREMPUAN SAYA MAKAN RANGKA AYAM....TU LA ANAK-ANAK SEKARANG, RANGKA PUN JADI MAKANAN KEGEMARAN.

KALI NI SAYA TERINGIN NAK MAKAN ROJAK SINGAPORE....MACAM MANA DI ORANG DAPAT NAMA NI PUN SAYA TAK TAU.....

SO SAYA PUN PERGI LAH KE STOR YANG MENJUAL ROJAK INI....KEDUA-DUA ANAK SAYA IKUT UMI NYA.....SAMPAINYA SAYA DI STOR TESEBUT....KELIHATAN SEORANG IBU BERSAMA DUA ORANG ANAK SEDANG MEMILIH-MILIH BAHAN-BAHAN ROJAK INI.....SEORANG ANAK MASIH KECIL DALAM LINGKUNGAN 5 TAHUN DAN SEORANG LAGI DALAM LINGKUNGAN 10 TAHUN.

SAYA PUN TURUT SAMA MEMILIH MAKANAN MANA NAK BELI...DAN BERDIRI BETUL-BETUL DI SEBELAH IBU INI TADI....

YOU ALL TAU APA YANG BERLAKU, HINGGA TERSENTUH HATI SAYA.......TAK TAU  KAN....SEBAB TAK BAGI TAU LAGI....

SO....DALAM SYOK SAYA MEMILIH...TIBA-TIBA KEDENGARAN SUARA ANAK PEREMPUAN YANG 10 TAHUN TADI MENYURUH IBUNYA MEMBELIKAN SEBATANG HOT DOG UNTUKNYA DAN DI CAMPUR SEKALI KEDALAM PINGGAN IBU.

DENGAN MUKA SELAMBA, IBU TADI MELETAKKAN KEMBALI HOTDOG INI KETEMPAT ASALNYA DAN TIDAK MEMBENARKAN ANAKNYA MEMBELI MAKANAN TERSEBUT....BERULANG KALI ANAK ITU MENGAMBIL SERTA MERAYAU KEPADA IBUNYA SAMBIL MELETAKKAN HOTDOG TERSEBUT KEDALAM PINGGAN PESANAN IBUNYA ....TAPI IBUNYA MASIH MENGHALANG ANAK INI DARI MEMBELI MAKANAN TERSEBUT.....

GAMBAR HIASAN JE...


TIBA-TIBA,  SEDANG SAYA ASYIK MEMERHATIKAN GELAGAT KELUARGA INI SAMBIL MEMILIH MAKAN SAYA,......DATANG LAH SI PUTERI COMEL SAYA DAN TERUS MENUNJUK KE ARAH HOTDOG SAMBIL BERKATA..." ABAH SOFEA NAK TU..... " DENGAN NADA YANG KUATPULAK TU, LEPAS TU TAK CUKUP SATU, DIA TENJUK PULA KE ARAH FISHBALL.... " NAK TU JUGAK...." KATANYA, SAYA PUN BERTANYA KEPADANYA...BOLEH KE DIA HABISKAN KEDUA-DUA MAKANAN INI....DIA MENJAWAB... " BOLEH ". 

SELERA  PUTERI coachnike28
SAYA PUN AMBIL LAH KEDUA-DUA PESANAN ITU.....APA YANG TIDAK DAPAT SAYA LUPAKAN...PERKARA INI BERLAKU SECARA TAK DI RANCANG....BUDAK PEREMPUAN TADI MELIHAT DENGAN RAUT MUKA YANG HAMPA KEARAH ANAK SAYA.........SERBA SALAH DI BUATNYA.....NAK SAYA BELIKAN SATU HOTDOG UNTUK NYA, TAKUT IBUNYA TERASA ATAU MARAH KEPADA SAYA.....

oleh yang demikian.....moral yang dapat saya rumuskan.....kesianlah kat anak kita, janganlah berkira tentang makanan,...bayangkan jika berlaku perkara yang tidak di ingini menimpa anak ini...macam mana ?????.

jangan lah kita je yang nak makan benda tu....selera anak kita macam mana ?...kalau takut harga tu mahal....jangan makan langsung.

berilah penerangan yang bernas dan boleh di terima oleh fikiran anak kecil ini kenapa kita tak boleh buat sesuatu perkara atau membeli sesuatu benda tu....supaya hati dan perasaannya tak tersinggung.

NI BARU JIMAT...MAKAN DEPAN HALAMAN RUMAH
MACAM SAYA CAKAP SEBELUM NI....KALAU TAK ADA DUIT....TAK PAYAH LA KE TEMPAT TERSEBUT....MUNGKIN LAIN KALI....PASAR MALAM PUN BERSEPAH, TIAP-TIAP HARI ADA DI TAMAN-TAMAN.

JADI...ITU LAH KISAHNYA ....INGATLAH... SI KECIL HATI DAN PERASAANNYA LEBIH CEPAT TERSENTUH....ALA MACAM ZAMAN BERCINTA LA....SALAH SIKIT...MULA LA. BEZANYA BERCINTA TU BANYAK YANG SAJA-SAJA BUAT MAKLUMLAH NAK DAPATKAN PERHATIAN DAN NAK DI PUJUK.

BOLEH DAPAT BUNGA DAN COKLAT....TAPI ANAK KITA......DAPAT APA..???? TANGAN DAN MAKI HAMUN KOT.....UDAH-UDAH LA TU...BERUBAH LAH....MANA SKILL KITA ZAMAN BERCINTA....KENAPA TAK DIGUNAKAN UNTUK MEMBENTUK ANAK KITA....

OKEY...BYE



Rabu, 9 Mei 2012

SECAWAN MILO.....???

salam buat semua, hari ini saya nak berkongsi satu cerita yang amat memalukan tapi bukan untuk mengaibkan kaum sendiri tapi untuk saling mengingat kan satu sama lain termasuk diri saya sendiri......peristiwa ini berlaku dalam satu hari yang sama.....satu pada siang hari dan satu lagi berlaku pada malam hari.....begini ceritanya.........

 

pada hari minggu yang lepas, saya telah pergi ke sebuah mini market untuk membeli barang dapur, biasalah kalau di pekan kecil ni senang je, kalau nak membeli-belah tak payah pi shopping complex. mini market ni agak terkenal juga lah kat pekan saya ni....siap dengan troli membeli belah.....tapi saya cuma ambil bakul je sebab tak banyak benda yang nak di beli. selepas dapat apa yang saya cari saya pun beredarlah...confirm dah bayar baru belah.

 

GAMBAR KELUARGA coachnike28

sedang saya berjalan menuju ke kereta saya, terpandang oleh mata ini satu keluarga yang sakan membeli belah sampai penuh lah troli....dan si kecilnya pula di letakkan di tempat duduk khas dalam troli tadi...tau kan kat mana ....si kecil ni tengah syok minum air milo yang di beli oleh ibunya , si ibu menolak troli tersebut dan si ayah pula berlenggang menuju ke kereta mereka. sedang ibu ini menolak troli yang penuh dengan barang tadi, tiba-tiba troli tersebut  terpaksa melepasi satu bump yang kecil....puas si isteri ni menolak troli tadi, tapi tak terdaya....di pendekkan cerita, si isteri pun panggil lah suaminya untuk menolong....dengan gaya tak berpuas hati si ayah tadi pun menolak troli ini dengan sebelah tangan sambil di bantu oleh si ibu.

 

GAMBAR KELUARGA coachnike28

tiba-tiba nak jadi kan cerita....air yang sedang di minum oleh anak tadi, terlepas dari pegangan berpunca dari tolakkan troli yang kuat oleh si ayah....air milo tersebut tumpah dan membasahi seluar jeans si ayah tadi....dah la warna seluar tu cerah...terkena milo pulak tu....apa kesannya ya.....?????

 

ni yang saya nak rakan-rakan semua tahu dan berfikir sekejap....pernah tak berlaku kepada kita semua...?????? ada kan.....apa tindakan rakan blog semua....?????

 

tahu apa kesudahan cerita ini.....si ayah tadi tanpa rasa segan silu memukul dan memarahi si kecil tadi sambil mengeluarkan perkataan... BODOH...DAH NAK MAMPUS....PEGANG PUN TAK TAU.....orang yang ada di sekeliling termasuk saya hanya mampu melihat saja.....si ibu tadi pun di marahi oleh si ayah tadi sebab tak tau tolak troli......

 

so....moral dari cerita ini...alamak macam  "amir i'm sorry" la pulak .....kalau tak ada duit yang cukup tak payah ajak orang rumah pergi shopping....macam saya, pi seorang dan bawa bakul je...bila dah keluar duit yang over budget mula la nak marah...tugas menolak troli tu kan tugas kita orang lelaki....kenapa di bebankan kepada si isteri pula. anak yang kecil tadi mana lah tau benda tu nak tumpah....lain kali kalau nak bagi minum bawa terus ke kedai mamak atau beli air kotak dan duduk satu tempat dulu ....bila dah habis baru boleh beredar....kan mudah....last sekali....malulah kepada orang sekeliling.....jangan ingat kita bawa troli yang penuh...dah banyak duit....jalan pun mendongak ke langit.....tau la cara awak berpakaian tu macam tayko besar, dengan gelang kat tangan, dengan beg silang.....tapi jatuhkan maruah sendiri.

 

GAMBAR KELUARGA coachnike28

 

INGAT APA YANG KITA LAKUKAN KEPADA SI KECIL.....SATU HARI NANTI DIA AKAN LAKUKAN PERKARA YANG SAMA ...MUNGKIN KEPADA ANAK-ANAKNYA KELAK ATAU KEPADA KITA SENDIRI.....

 

alamak panjang pulak cerita ni....untuk cerita yang berlaku di malam hari, saya akan sambung pada entri akan datang.....salam dan sama-sama lah kita mengambil pengajaran dalam cerita ini......sori gambar tak boleh di terbitkan nanti menyinggung perasaan keluarga tersebut.

 okey......bye.





Isnin, 7 Mei 2012

CINTA SEORANG ISTERI...!!!

SALAM SEMUA....DAH HAMPIR SEBULAN SAYA TAK UPDATE BLOG...SORRY YA SEBAB SIBUK SIKIT DENGAN MELATIH PASUKAN BOLASEPAK....HASILNYA PASUKAN ZON SIMPANG MENDAPAT TEMPAT KEDUA DI MSSD LARUT MATANG SELAMA....BRAVO ANAK-ANAK BUAH SEMUA....

BERCERITA PASAL BOLA NI BEST....SAMPAI SAYA LUPA NAK BUAT KAN SATU ENTRI YANG AMAT BERHARGA BUAT SAYA....TERUTAMA TO MY LOVING WIFE.....NAK TAU APA DIA......

SAYA LUPA NAK BUAT ENTRI SEMPENA ULANG TAHUN PERKAHWINAN KAMI YANG KE 12...ADA PERANCANGAN TAPI SIBUK PUNYA PASAL ......

ANYWAY SAYA TAK PERNAH LUPA UNTUK WISH TO MY WIFE....SUBUH-SUBUH LAGI DAH KUCUP DAHINYA DAN BISIKKAN DI TELINGANYA SAMBIL UNGKAPAN .... ' I LOVE YOU SO MUCH ' CUMA SATU JE YANG MASIH TAK DAPAT SAYA LAKUKAN IAITU KEINGINAN MY LOVE UNTUK TENGOK KONSERT ANUAR ZAIN IN PERSON SECARA LIVE....SORRY YA DEAR BELUM ADA REZEKI LAGI.....

SAYA AMAT TERHARU BILA MELAWAT BLOG  MY WIFE.....DENGAN ENTRI YANG DI POST PADA HARI TERSEBUT....HANYA UCAPAN THANKS JE YANG DAPAT SAYA UCAPAN DAN IANYA MERUPAKAN SATU ENTRI YANG AMAT BERMAKNA SEKALI WALAUPUN CONTENT NYA RINGKAS....TO LEYANA.....'' SELAGI DENYUTAN JANTUNG INI BERDEGUP....SELAMA ITU LAH CINTA DAN SAYANG ABANG UNTUK MU....THANKS ANJA...KERANA MENJADI ISTERI, IBU DAN KAWAN YANG BAIK UNTUK ABANG......ALWAYS BE BY YOUR SIDE.....''

SO TUNGGU APA LAGI....JOM KITA TENGOK HASIL DAN BUKTI SAYANGNYA SEORANG ISTERI ITU KEPADA SUAMINYA......
 


Sabtu, 14 April 2012

DEMI MARUAH...AKU RELAKAN


SALAM DAN HI BUAT RAKAN BLOG SEMUA.....ENTRI KALI INI SAYA RASA NAK BERCERITA PASAL BOLA.....TAPI SEBELUM TU NAK MINTA MAAF PADA RAKAN BLOG SEMUA SEBAB ENTRI YANG LEPAS PASAL KUCINGKU TERTUSUK BESI....BUKAN APA SAJA NAK RELEASE TENSION JAP.....

SEBELUM SAYA NAK MULAKAN CERITA HARI INI....CUBA KITA LIHAT KERATAN AKHBAR YANG TELAH SAYA SEDIAKAN DI BAWAH INI....RASANYA CERITA NI DAH MENJADI HANGAT TERUTAMA PEMINAT BOLASEPAK DI MALAYSIA....TAPI PADA PANDANGAN SAYA DAN NASIHAT UNTUK SEMUA....JANGAN LAH KERANA ADA PERASAAN DENDAM-MENDENDAM HINGGA BERTIKAM PENDAPAT DI AKHBAR PULA....SEPATUTNYA MEREKA HARUS MEMBERI TUMPUAN BAGAIMANA INGIN MENAIKKAN RANKING NEGARA KITA DI MATA DUNIA DAN FIFA AMNYA.....APA PUN BERSIKAP PRO LAH SIKIT...BUANG YANG KERUH DAN AMBIL LAH YANG JERNIH....


OK DAH HABIS PASAL TU....SAYA NAK BERKONGSI MY MAIN ENTRY KALI INI.......

SEDIH DAN RASA BERSIMPATI SAYA KEPADA SEORANG PENJAGA GOL REMAJA KITA YANG TERCEDERA DEMI MENYELAMATKAN MARUAH SEKOLAH NYA.....

SYABAS SADDAM DAN ABANG HANYA MAMPU BERDOA AGAR ADIK SADDAM DI BERI KETENANGAN DAN CEPAT SEMBUH SEPERTI SEDIA KALA....

YANG MENYEDIHKAN....BADAN YANG BERTANGGUNGJAWAB MASIH BELUM BERSEDIA DAN AKAN CUBA UNTUK MEMBANTU ADIK KITA YANG MALANG INI....

JIKA DI FIKIRKAN....PENGLIBATANNYA ADALAH DEMI SEKOLAH YANG DI WAKILI BUKAN BERRMAIN SAJA-SAJA DI PADANG BERSAMA KAWAN-KAWAN.....

UNTUK PERTANDINGAN SEBESAR ITU PERLU LAH MEMPUNYAI PERANCANGAN YANG RAPI SEBELUM SESUATU PERTANDINGAN BERMULA...

PERANCANGAN DAN PERSIAPAN BUKAN HANYA SETAKAT JADUAL DAN TARIKAH PERLAWANAN SAJA TETAPI DARI SEGI KESELAMATAN JUGA HARUS DI TITIK BERAT KAN .....SERING KALI SAYA MEMBAWA PEMAIN-PEMAIN MUDA TERUTAMA DI PERINGKAT SEKOLAH DAN DAERAH.....APA YANG DAPAT SAYA RUMUSKAN PENYEDIAAN UNTUK KESELAMATAN TIDAK ADA LANGSUNG....JIKA DI KIRAKAN, PIHAK SEKOLAH ADA PASUKAN BULAN SABIT MERAH ATAU ST JOHN AMBULAN, TAPI DI ATAS DASAR LEPAS TANGAN DAN MEMANDANG PERKARA KESELAMATAN INI REMEH  MAKA BENDA INI DI KETEPIKAN.

SEPATUTNYA DI PELAWANAN SEBEGINI ....SETIDAK-TIDAKNYA SEDIAKAN LAH SEBUAH AMBULAN, UNTUK KECEDERAAN YANG SERIUS.

DANA ATAU PERUNTUKAN DARI SEGI INSURAN JUGA HARUS DI SEDIAKAN DEMI MENJAGA DAN MEMBANTU MEREKA YANG TELIBAT.

APA PUN ITU PANDANGAN SAYA SAJA.....DAN UNTUK ADIK SADDAM...SEKALI LAGI BERSEBARLAH....MOGA ALLAH MEMBERIMU KETABAHAN DAN CEPAT SEMBUH...



coachnike28.blogspot.com




Khamis, 5 April 2012

KEPALA KUCING KU DITUSUK BESI...!!!!!


SALAM & HAI BUAT RAKAN BLOG SEMUA....DAH PUAS SAYA BERCERITA TENTANG BOLASEPAK....HARI INI SAYA INGIN BERKONGSI KISAH SEDIH DENGAN RAKAN BLOG SEMUA.....

JIKA DI TANYA MUNGKIN RAMAI DI ANTARA KITA YANG SAYANGKAN HAIWAN TERUTAMANYA KUCING.... CERITA SAYA KALI INI MENGISAHKAN TENTANG SEEKOR ANAK KUCING KESAYANGAN KELUARGA SAYA TELAH DI DERA HINGGA KEPALA DAN MATA DI TEMBUSI BESI.

AMAT  MENYEDIHKAN.... TAK TAHU MACAM MANA SAYA NAK GAMBARKAN PERASAAN SAYA SEMASA MENGAMBIL GAMBAR INI..... RAKAN BLOG SEMUA LIHAT DAN RASAI LAH SENDIRI BAGAIMANA PERASAAN SAYA KETIKA ITU..... CUBA LAH LIHAT GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH INI......





SO MACAM MANA....PERASAAN RAKAN BLOG SEMUA...........................?????????????

HA....HA....HA.... JANGAN MARAH EKKK..... SAYA SENDIRI PUN TERTIPU DENGAN GELAGAT ANAK KUCING SAYA INI.... SEBENARNYA DIA TENGAH BERMIMPI.... MUNGKIN MIMPIKAN BIDADARI KUCING KOT..... UNTUK PENGETAHUAN RAKAN BLOG SEMUA ANAK KUCING INI MEMANG GEMAR TIDUR DENGAN AKSI YANG PELIK-PELIK... CUBA TENGOK GAMBAR DI BAWAH PULAK..




KAN BETUL KATA SAYA....SEKARANG DAH PECAYA KAN..... APA PUN SEMUA AHLI KELUARGA SAYA MEMINATI KUCING..... RASA SERONOK BILA MELIHATKAN GELAGAT MEREKA BERMAIN SEKELILING RUMAH..... SEBAB KAMI MEMPUNYAI LEBIH KURANG 20 EKOR KUCING BERBAGAI JENIS...... ADA YANG KEMBANG DAN ADA YANG TAK KEMBANG... UNTUK MELIHAT BANYAK LAGI GAMBAR KUCING-KUCING KAMI, RAKAN BLOG SEMUA BOLEHLAH MELAYARI BLOG " SWEETMEMORYLEYANA "

Rabu, 4 April 2012

FAM , BOLASEPAK & PEMINAT



SALAM BUAT RAKAN BLOG SEMUA.....RASA LAMA TAK BUAT ENTRI....MAKLUMLAH SIBUK SIKIT DENGAN KEJOHANAN BOLASEPAK MSSD....DAN KEPUTUSANNYA SEKOLAH YANG SAYA BAWA MENDAPAT NAIB JOHAN DALAM KEJOHANAN TERSEBUT.

BERCERITA PASAL BOLASEPAK NI....RASANYA TAK AKAN TAMAT TAK KIRA TUA ATAU MUDA....DI KAMPUNG ATAU DI BANDAR....SEMUANYA AKAN LEKA BILA MENONTON SESUATU PERLAWANAN....

KERATAN AKHBAR KALI INI MEMBUATKAN SAYA TERTARIK UNTUK TURUT SAMA MELUAHKAN PANDANGAN DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA YANG DI TULISKAN OLEH KETUA BIRO HM TERENGGANU.

BAHAN HARIAN METRO
SERONOK BILA BELIAU MENCERITAKAN TENTANG SAMBUTAN PEMINAT YANG SEMAKIN RAMAI MEMAKAI JERSI KEBANGSAAN....SYABAS RAKYAT MALAYSIA.

SEJAK KEBELAKANGAN INI...LIGA TEMPATAN  PUN TELAH MULA MENUNJUKAN SEDIKIT PERNINGKATAN  WALAUPUN MASIH DI BAYANGI DENGAN PEMAIN IMPORT.

DI RANTAU ASIA PULA, MALAYSIA BERADA DI TEMPAT YANG AMAT MEMBANGGAKAN....

TAPI....BAGAIMANA PULA DENGAN PERANCANGAN FAM SELAKU BADAN INDUK UNTUK MEMBAWA NAMA MALAYSIA DI MATA DUNIA....?????

MAMPUKAH MEREKA PEGAWAI-PEGAWAI ATASAN TERMASUK JURULATIH UNTUK MENGEMBALIKAN KEGEMBILANGAN BOLASEPAK MALAYSIA PADA TAHUN 1993.

SAYA PERCAYA DENGAN PERANCANGAN RAPI....FAM MAMPU BERBUAT DEMIKIAN...AKAN TETAPI ADA BEBERAPA FAKTOR YANG PERLU DI HALUSI AGAR SEGALA PELABURAN TIDAK SIA-SIA BEGITU SAJA....

  • PERLU KETEPIKAN KEPENTINGAN PERIBADI DALAM MEMAJUKAN PASUKAN INI SAMA ADA DARI PIHAK ATASAN, JURULATIH ATAU PEMAIN.
  • BAKAT YANG ADA PERLU DINILAI DENGAN KESUNGGUHAN UNTUK NEGARA BUKAN KERANA WANG RINGGIT ATAU GLAMOUR.
  • BENTUK PASUKAN KEBANGSAAN DAN NAIK KAN RANGKING DUNIA BARU BERI KEBENARAN PEMAIN BERMAIN DI LUAR NEGARA.
  • LEBIH BANYAK BADAN ATAU SYARIKAT MEMBERI SUMBANGAN AGAR KEBAJIKAN PEMAIN DAN JURULATIH TERJAGA BILA BERMAIN DI NEGARA SENDIRI.
  • DENGAN ADANYA PEMBANGUNAN KEJURULATIHAN YANG BERTARAF ANTARABANGSA....CORAK PEMAINAN BOLEH BERUBAH.
  • PENDEDAHAN DARI AKAR UMBI PERLU DI PERLUASKAN DARI SE AWAL SEKOLAH RENDAH LAGI.
  • PENDEDAHAN AWAL INI PERLU BERTERUSAN BUKAN HANYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI TAKWIN TAHUNAN SAHAJA....BILA SESUATU KEJOHANAN TAMAT...MAKA JARING GOL PUN DI SIMPAN UNTUK  KEGUNAAN TAHUN HADAPAN.
  • KEPERLUAAN UTAMA...IAITU PADANG BOLA PERLU DI JAGA.
RASANYA BANYAK LAGI.....TAPI INI PANDANGAN DARI SAYA JE...MUNGKIN BOLEH DI RENUNGKAN BERSAMA-SAMA....APA PUN

 " MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA "


Jumaat, 23 Mac 2012

AKU DAH BALIK.....!!!

SALAM DAN HAI BUAT RAKAN BLOG SEMUA......LAMA JUGA TAK UPDATE ENTRI....DAN TERIMA KASIH BUAT RAKAN SEMUA YANG MASIH JUGA MELAWAT BLOG " coachnike28 " WALAUPUN TAK ADA ENTRI TEKINI, TERUTAMA KEPADA PEMILIK BLOG " my sweetmemory " YANG TAK PUTUS-PUTUS BAGI SOKONGAN.....THANKS AGAIN.....

RASA LEGA DAH BALIK KE PANGKUAN KELUARGA, SELAMA DUA MINGGU BERJAUHAN...COURSE PUN DAH HABIS....TUNGGU 2HB APRIL PULAK....NAK PERGI AMBIL SPPK TAHAP 1 ANJURAN MAJLIS SUKAN NEGARA.....KALI INI KENA PERGI ALOR SETAR SELAMA SEMINGGU , . KENA TINGGAL LAGI  ANAK-ANAK......APA BOLEH BUAT DAH MINAT KENALAH CARILAH ILMU ITU.

BERBALIK KEPADA ENTRI KALI INI, SAYA SEDIAKAN SEDIKIT BAHAN DAN CERITA KENANGAN SAYA BERSAMA-SAMA RAKAN-RAKAN BEKAS PLAYERS KEBANGSAAN DAN NEGERI YANG SAMA-SAMA IKUTI KRUSUS LESEN C INI....BANYAK KENANGAN MANIS, TAPI YANG SEDIHNYA KEBANYAKAN PLAYERS INI MASIH MUDA LAGI JIKA BERBANDING DENGAN SAYA TETAPI SUDAH TIDAK DAPAT BERAKSI LAGI DI PADANG BOLA KERANA MENGALAMI KECEDERAAN DAN PEMBEDAHAN DI KAKI YANG MANA SEKALI GUS MEMBUATKAN MEREKA TIDAK BOLEH BERAKSI LAGI.

CERITA YANG AMAT MENCUIT HATI KAMI SEMUA PULA ADALAH DENGAN SIKAP INSTRUKTOR KAMI IAITU EN GOPALKRISHAN. BELIAU MERUPAKAN KETUA UNIT KEJURULATIHAN FAM. BANYAK ILMU DAN TUNJUK AJAR YANG BELIAU BERIKAN SAMA ADA DI KELAS MAHUPUN DI PADANG. 

YANG MELUCUKAN ADALAH....KAMI SEMUA MEMBERI GELARAN ' AHMAD NISFU' KEPADANYA , KERANA DIA SUKA BERCERITA PASAL P.RAMLEE DAN GELAK MACAM AHMAD NISFU....MUKA DAN PERWATAKANNYA PUN SAMA....TAK CAYA....NANTI TENGOK GAMBARNYA.

ANTARA PELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG KAMI TERIMA DAN YANG TERBAIK  DARINYA ADALAH:-
  1. KEHILANGAN PADANG BOLASEPAK DI NEGARA KITA....setelah berhabis ribuan ringgit untuk mengaja dan membentuk padang yang cantik dan bertaraf Asia....tapi pihak pengurusan juga merosakkannya terutama memberi padang tesebut di sewa oleh pihak ketiga dan tidak ada kena-mengena dengan bolasepak...contoh nya kepada pengajur karnival dan jom heboh
  2. TELATAH SEPASANG SUAMI ISTERI YANG TELAH LAMA BERKAHWIN.....dulu sebelum kahwin di tatang bagai minyak yang penuh....ungkapan sayang, manja , darling dan banyak lagi diucapkan dari matahari terbik sampailah melelapkan mata....kadang-kadang terjaga tengah malam pun sempat sms lagi....say  I LOVE U....DAH TIDO KE  belum ?...tapi bila dah kahwin dan ada anak,  bila lintas jalan , bini belum lintas lagi, suami dah sampai keseberanag jalan....
SO FIKIR-FIKIRKAN LAH YA , KALAU ADA DI ANATAR KITA YANG BERBUAT DEMIKIAN , MULAI HARI INI BERUBAH LAH YA....BARANG YANG DI BELI SELALUNYA SURUH ISTERI YANG JINGING ATAU BAWA...KESIAN SAMPAI TAK CUKUP TANGAN, MANA DENGAN ANAK-ANAK LAGI.......TAPI KALAU BEG TANGAN ISTERI SANGGUP PULA SI SUAMI NI GALAS....MENTANG-MENTANG SI ISTERI BARU DAPAT GAJI.

OK LAH SAYA TINGGALKAN KAWAN -KAWAN SEMUA DENGAN BEBERAPA FOTO YANG SEMPAT SAYA RAKAMKAN.....BANYAK LAGI TAPI TAK CUKUP RUANG...SORRY YA....BYE AND HAVE A NICE WEEKEND....
GAMBAR KETIKA DI PADANG BOLA (STADIUM KLFA)
GAMBAR KETIKA DI KELAS- ada bunga dua kumtum tapi ARMY TU BEB

DALAM KELAS...SEMUA AMBIL NOTA

TENGAH BERI TUMPUAN - yang belakang (kiri) tu anak Setiausaha Agung FAM



NI GROUP SAYA...depan tu bekas penjaga gol MALAYSIA

NI BARU HABIS DRILL PADANG...semua nak pengsan

macam nak jual game je....bakal bookie

EN GOPALKRISHAN - macam mana betul tak apa kami cakap ?

Khamis, 8 Mac 2012

KENA REHAT TULIS BLOG


BUAT RAKAN BLOG SEMUA....MAAF TAK DAPAT BUAT ENTRI KERANA coachnike28 KINI BERADA DI KUALA LUMPUR UNTUK MENGHADIRI KURSUS KEJURULATIHAN BOLASEPAK ANJURAN AFC / FAM / KLFA 

YANG BESTNYA INSTRUKTUR  ADALAH COACH R.GOPALKRISHNAN......KETUA UNIT KEJURULATIHAN DARI FAM.....

HINGGA KETEMU LAGI.....RASA RINDU KAT ANAK-ANAK AND UMI MEREKA




Isnin, 27 Februari 2012

BILA AKTIVITI BERSAMA TERAKHIR. ??

Salam buat rakan blog semua, entri kali ini berlainan dari entri biasa.....sebenarnya nak kata kan rasa marah pun ada, nak kata malu pun ada, bila membaca cerita akhbar hari ini mengenai seorang warga tua yang terlampau......sepatutnya mereka menjadi contoh dan pembimbing kepada anak-anak serta cucu cicit semua.

Sebab tu rasanya malas nak cerita benda ini, harap mereka yang masih terlibat dan belum kantoi, hentikanlah sikap buruk ini...ingat masa untuk anda sudah tak ada lagi...hanya menunggu masa di jemput YANG MAHA ESA....so sepatutnya masa-masa sebegini di peruntukkan dengan memperlengkapkan diri untuk hidup di dunia yang satu lagi....dunia yang kekal buat selamanya.

Kali ini entri saya akan di mulakan dengan satu pertanyaan..... ya cuba rakan blog semua baca dan jawab soalan di keratan akhbar dibawah ini......

Agaknya apa jawapan yang bermain di fikiran kita ? Di zaman serba moden ini, kita rasanya semakin rancak melakukan aktiviti, tetapi aktiviti yang kita lakukan lebih terdorong kepada mencari kemewahan. Sememangnya benar tindakan kita kerana tidak mahu keluarga kita berada di dalam serba kekurangan. AKAN TETAPI ....sedarkah kita bahawa masih ada kekuranagan di dalam kita membentuk sebuah keluarga yang harmoni ini.

"ANAK".......semasa bayi, kita sebagai ibubapa menjaganya bagai menatang minyak yang penuh, seekor nyamuk pun tidak boleh hinggap di badannya akan tetapi,  apabila mereka meningkat dewasa dan remaja....mana perginya kasih sayang itu ? 

Ramai di kalangan remaja yang bermasalah berpunca dari kurangnya tumpuan dari ibubapa. Untuk bercakap dan berbincang apa yang di hadapi oleh mereka, di pandang sebelah mata oleh kita sebagai ibubapa...akhirnya anak ini memilih jalan sendiri.

Sebab itulah, setiap hari bila buka saja akhbar, maka kita akan terbaca berbagai ceita yang melibatkan remaja dan anak-anak yang masih mentah. Ada yang melarikan diri dari rumah, ada yang merempit, ada yang mencuri, ada yang melakukan maksiat, ada yang terlibat dengan najis dadah dan tidak kurang juga yang menjadi pembunuh seta membunuh diri.

Maka dengan sebab ini lah saya menyeru kepada kekawan semua , mulai pagi ini, carilah masa, buka lah ruang untuk mereka ini.....bagi para remaja yang sedang membaca entri ini....saya pecaya ramai blogger di luar sana terdiri daripada anak-anak remaja,.....berfikirlah semasak-masaknya bila ingin membuat sesuatu keputusan yang tidak masuk akal dan akan merugikan anda semua....jangan mudah menghukum kedua ibubapa mu dengan mengambil jalan pintas....jika meeka kurang bertanya ....anda sebagai anak pergi lah mendapatkannya dan bertanya serta berbincang.....jalan yang amat mudah jika mereka masih sibuk....tanyalah kepada kedua datuk dan nenek mu ....kerana mereka lebih arif dan jujur dari mereka yang di luar.

       SAYANGILAH ZAMAN MUDA MU....SAYANGILAH ANAK-ANAK KITA

Sabtu, 25 Februari 2012

JANGAN !!! .... WALAU TERDESAK

Sedih saya membaca akhbar semalam...kenapa mereka boleh jadi begini ? kemana perginya anggota keluarga mereka ? Apa pun yang berlaku hanya mereka saja yang tahu, mungkin di sebabkan tekanan hidup dan kemiskinan membuat mereka bertindak demikian.

Ragut ini pada pandangan saya terdiri kepada dua golongan, iaitu meragut kerana hobi dan tabiat mereka dan meagut atas desakan hidup.

Meragut kerana hobi atau mempunyai tabiat buruk sememangnya harus di hukum dengan setimpal hukuman agar dapat memberi kesedaran kepada mereka.

Akan tetapi bagaimana pula dengan meragut kerana terpaksa disebabkan desakan hidup yang serba kekurangan. Mengikut hukum dunia dan Polis adalah didapati bersalah...tapi bagaimana dengan hukum Allah...????

Pernah suatu ketika dulu, kita digemparkan dengan seorang ibu yang sedang sarat mengandung telah ditangkap kerana mencuri susu, tuala pelekat wanita dan lampin bayi semata-mata tiada duit untuk membeli barang untuk persediaannya melahirkan anak disebabkan ditinggal kan suami.


Jadi kepada suami-suami di luar sana terutama yang baru mendirikan rumahtangga, jaga lah isteri kamu, jangan lah di ajar atau memaksa mereka melakukan perkara-pekara yang di larang. Masih banyak lagi cara untuk mendapatkan duit....carilah kerja walau dengan meneima bayaran yang rendah.

Si isteri pula, wajib kertas diri kamu meminta diceraikan dan menolak arahan meragut ini. Janganlah oleh kerana dia suami kamu, maka kamu harus mengikut semua arahannya. Jika perlu dan benar-benar sayangkan suami kamu tadi, buatlah lapuran polis.

Bagi anggota keluarga pula, jika benar anak ini telah menderhaka dan putus hubungan, jangan lah di biarkan mereka hanyut begini, teutama jika anak kita itu perempuan. Jangan kerana marahkan mereka, mungkin anda tidak suka kepada menantu tadi, janganlah kita menghukum mereka dengan tidak mengambil peduli langsung perkembangan mereka.

Dan kepada masyarakat pula, janganlah kita mengikut hati yang marah hingga memukul mereka ini dan yang bestnya ...ada dikalangan kita terlalu perihatin hingga sanggup tumpang sekaki memukul mereka yang bersalah tadi. 

Saya bukannya ingin membela para peragut, tetapi sedih dengan sikap remaja kita, samaada dia seorang peragut atau pun seorang mangsa. semua kita adalah manusia yang boleh berfikir.


Jumaat, 24 Februari 2012

stick man VS coachnike28


happy birthday...mr stick man





tak ingin ketinggalan untuk bersama-sama meraikan hari yang meriah ini....walaupun tahu tarikh tutup dah tamat....sebab itu saya buat entri ini lambat kerana tahu tak boleh pergi jika terpilih.....sebab jauh di Kuala Lumpur....so entri ini hanya untuk rakan blog semua....dan kepada yang terpilih tu....jgn lupa snap foto dengan mr stick man....????? cari la ideal mcm mana nak dapat foto tu nanti.

anyway....to nuffnang...thanks to be there when we need sometime to write  and to share our happening stories with our friends out there. This flat form turns us to be someone now. Those day we don't had any friends like now. something when we fell lonely...in a second,.this flat form can switch us into a different world....the world which is full of stories, friends and happiest moment.

thanks again ...and wish you all ...HAPPY BIRTHDAY & WISH YOU ALL THE BEST.

blog background juga khas untuk majlis ini......selamat berhibur.






Rabu, 22 Februari 2012

REPLIKA PIALA DUNIA YANG BAHARU.


Salam dan Hai....sibuk sikit sebab tu entri berselang hari.....sori ya kepada kekawan semua.

Kali ini saya nak buat entri untuk segment relex sekejap.... , macam biasa untuk hilangkan stress kekawan semua, macam segment pertama dan kedua saya dulu.....dah baca ke ? , kalau terlepas di sini saya sertakan sekali lagi....so senang-senangkan diri untuk membacanya.


Untuk kali ini bersempena dengan tajiuk blog saya "coachnike28" dan mempromosi sukan bolasepak serta piala dunia, saya sediakan entri berikut........layan je 

Sebagai seorang jurulatih bolasepak yang mempunyai lesen dari FAM , di sini saya ingin memperkenalkan satu taktik dan latihan untuk melatih seorang pemain bolasepak terutama untuk pemain negara kita MALAYSIA & HARIMAU MUDA dan saya percaya jika coach memggunakan cara ini untuk melatih para pemain, kita boleh menghasilkan banyak jaringan.....ingat, mesti guna kekuda kaki untuk menyepak bola ya.....Lakukan latihan ini setiap hari ....comfirm !!!!! hasilnya ....BUKAN JANJI TAPI PASTI.



Ini cara menanduk bola.....ingat pastikan jangan pejam mata....dan sentuhan mesti tepat-tepat di dahi....confirm masuk......????




Untuk penjaga gawang pula, ini latihannya....tapi ingat kena tangkap bukan menampan je...... pasti tak bolos gawang kita......so.... jurulatih negara dan negeri semua , tunggu apa lagi mulakan latihan ini ya....



Buat peminat Piala Dunia dan FIFA . Rasanya dah berkurun kita sedunia berebut piala tersebut....oleh yang demikian dah sampai masa kita tukar piala lama...dengan piala dunia yang baru.....seperti di bawah.....okey tak....????cepat hantarkan undian dan comment anda.....sebelum saya hantarkan kepada FIFA...

REPLIKA PIALA DUNIA YANG BAHARU
Sampai jumpa lagi.......bye