Pengikut

Rabu, 21 Disember 2011

DUNIA BERGEGAR ...JIKA...???


Salam buat semua rakan blog...diharap semuanya okey dah nak hujung-hujung tahun ni. Ramai juga rakan blog yang semakin rancak menulis dengan entri masing-masing dan yang best nya dah ramai dapat cek dengan hanya menulis blog. Selamat Manju Jaya buat semua....

Kali ini, saya nak bercakap sikit tentang harapan yang amat tinggi dari orang nombor satu negara, iaitu Perdana Menteri kita terhadap sukan negara.

Seronok melihat kesungguhan PM yang mahu melihat semua atlet untuk semua jenis sukan di negara ini bertaraf dunia...kata-kata beliau bukan omong kosong kerana beliau telah memperuntukan sejumlah wang yang besar untuk pembangunan sukan negara melalui badget 2012.

Tapi......kalau kita ada seorang saja pemimpin yang berkobar-kobar sedangkan badan-badan induk sukan masih lagi bergaduh dan tidak sehaluan, rasanya pembelanjaan yang besar ini akan menjadi sia-sia saja.

Diharap dengan kehadiran tahun baru nanti....semua pegawai tertinggi di badan-badan sukan ini bersatulah...janganlah bila mendengar ada peruntukan yang besar, mereka menjadi gelap mata. Berebutlah jawatan yang tinggi ini jika anda benar-benar berkemampuan untuk membangunkan sukan tersebut dan bukan kerana gaji dan habuan.

Sebenarnya kita mempunyai ramai atlet yang sudah berada di taraf dunia tapi disebabkan perkara-perkara yang berlaku membuat mereka mati dan terumbang-ambing.

Oleh yang demikian berubahlah....bangkitlah dan bersatulah demi sukan yang kita sayangi.....



Selasa, 20 Disember 2011

PEKA LAH ELAKKAN MAUT


Mempunyai kenderaan sendiri sekarang ini telah menjadi satu keperluan asas bagi setiap mereka yang berkerjaya, tidak kira lelaki atau pun wanita, bujang atau dah berumahtangga.....kereta atau motor adalah satu cara pengangkutan yang melancarkan pergerakan kita untuk menjalani kehidupan seharian.

Semalam saya ada terbaca mengenai satu kemalangan maut telah berlaku di Kuala Lumpur, semuga roh si mangsa di tempatkan bersama-sama orang yang dikasihi....AL FATIHAH...


Apa yang menyentuh hati saya adalah kerana kemalangan ini mungkin tidak akan berlaku jika kita lebih peka dan berdisplin apabila menggunakan kenderaan di jalanraya.

Selalu sangat saya lihat dengan mata sendiri, bila memandu kereta, masih terdapat kecuaian yang amat remeh dan kecil masih berlaku kepada segolongan pemilik kereta.

Contohnya...pemandu di keratan akhbar ini, sepatutnya tahu berapa banyak lagi minyak yang ada di dalam tangkinya...kadang-kadang ada juga seseorang itu memandu dengan anak-anak kecil yang sedang bermain di tempat duduk belakang, sambil pintu keretanya tidak rapat.

Rasanya pihak pengeluar kereta telah sediakan lampu amaran berwarna merah siap dengan gambar sekali di Dashboard mereka ....tapi kerana dengan sikap sambil lewa pemamdu tadi, peratusan kemalangan sedang menunggu di hadapan amat tinggi.

Di harap selepas ini ....jika adalah di antara rakan blog yang masih mempunyai sikap ini....diminta berubahlah demi keselamatan keluarga, diri dan pengguna jalanraya yang lain.


Ahad, 18 Disember 2011

NAK BAGI TAPI BERAT.... ????

Salam petang minggu buat semua rakan blog yamg sedang relex selepas penat bersantai bersama-sama keluarga tersayang..

Entri saya kali ini bukan hendak melepaskan geram tapi rasa macam ada sesuatu yang tak kena yang harus di perincikan oleh pihak yamg bertanggung jawab.

Apa taknya dah seminggu semua rakyat malaysia berebut-rebut untuk mendapatkan borang agar tidak tercicir, dalam senarai mereka yang berkelayakan untuk mendapat bantuan RM5000.....ops bukan LIMA RIBU tapi hanya RM500 la......????? (banyak la sangat.....)

Yang menariknya selama seminggu ni juga lah saya mendengar bermacam-macam cerita dan peristiwa yang berlaku di sekeliling kita....yang terbaru bayaran di kenankan untuk mendapatkan borang permohonan.

Sedang kita rancak mengisi borang termasuklah saya....tiba-tiba keluar kenyataan akhbar seperti dibawah....apa mereka ni semua nak bagi ke... saja je buat nak buat gimik......!!!!!


Cuba rakan blog imbas kembali....sebelum tiba tarikh 10 Dis 2011....mereka ada masa yang panjang untuk mengkaji apa peruntukan yang perlu dan mereka kata telah sediakan cara yang amat berkesan agar permohonan mereka yang layak saja boleh di luluskan. Mereka juga ada menjelaskan dulu bahawa borang boleh di muat turun dari laman web jangan beli dari mereka yang cuba membuat keuntungan dan macam-macam lagi la....


Tapi kenapa lepas seminggu baru nak keluarkan keyataan tentang borang asli.....cuba fikirkan dalam sehari berapa banyak borang telah di hantar kepada mereka, samaada asli atau dimuat turun dan termasuk salinan foto stat....

Kalau ada borang yang telah dipinda oleh mereka yang tidak bertanggung jawab, kenapa borang-borang lain pulak dimansuhkan....fikir lah betapa susah kami semua......jangan buat kenyataan hanya nak melepaskan batuk ditangga sahaja...cuba lah bagi kenyataan tu biar jelas....!!!!


Ada satu perkara lagi yang mana saya sendiri mendengarnya.....cuba rakan blog semua membuat pertanyaan, tak kiralah nombor talian tetap ataupun tol free.....dan tanyakan kan tentang pendapatan satu isi rumah. 

Macam-macam jawapan yang akan anda dapat....sesiapa yang ada keluarga sendiri, tapi tinggal dengan mertua yang mana keluarga mertua pun ada tanggungan sendiri.....maka menantu tadi tidak layak memohon.. pelikkan !! tapi ada juga yang kakitangan mereka kata layak.....so mana satu ni yang betul....????

Rasanya mereka ini tidak dibekalkan dengan input yang secukupnya atau saja kakitangan itu memang tidak ambil tahu langsung.....sampai adalah kes yang saya dengar, satu keluarga ini bergaduh...mertua mereka suruh menantu tadi pergi batalkan nama takut permohonan mertua tak dapat......so fikir-fikirkan lah......


Khamis, 15 Disember 2011

DETIK HITAM TERLAMPAU...!!!

" SESAL DULU PENDAPATAN...SESAL KEMUDIAN DAH TAK BERGUNA "

Rasanya dah banyak sangat cerita yang kita baca di akhbar tentang warga negeria dan saya pun pernah membuat entri mengenai mereka ini seperti link dibawah:-


Tapi itu lah yang nak di katakan cinta itu buta ....dan bila dan buta baru nak meraba-raba minta dibantu. Harap entri kali ini merupakan entri yang terakhir kita menceritakan tentang " Orang Minyak " ini, dan sekali lagi ingin saya memohon agar rakan blog semua sama-samalah tinjau jika ada di kalangan rakan di keliling kita, masih asyik menjalin perhubungan buta dengan Awnag Hitam ini.

Kita tengoklah apa yang berlaku kepada gadis ini.... semasa suka semua perkara sanggup dilakukan hingga tidak dapat memilih mana yang baik dan mana yang buruk , sekaligus terlupa akan akibatnya dibelakang hari.


Syukur beliau masih tidak terlambat dan mempunyai orang tersayang di sisi untuk menyelesaikan masalah ini....kerana pernah berlaku seseorang yang kena ugut ini, tak dapat berfikir panjang dan tanpa bantuan serta bimbingan hingga sanggup membunuh diri.....ADUH...macam cerita " KLIP 3GP " pulak.

Di harap pihak berkuasa dan yang paling penting, pihak universiti tempatan dan swasta, lebih berhati-hati memberi ruang kepada mereka ini untuk menyambung pelajaran di sini. Banyakkan operasi menjejak mereka....supaya negara kita bebas dari gengala Awang Hitam. 

Saya masih teringat semasa tinggal di Cyeberjaya dulu...hanya golongan mereka ini saja yang menguasai tempat-tempat awam seperti cafe, kaki lima kedai serbaneka dan paling ketara tempat kemudahan awam.

" GREEN LIKE HULK......"



APA AGAKNYA KEJUTAN YANG BAKAL DI BUAT OLEH PIHAK MAXIS...?? 

RASANYA TAK SABAR MENUNGGU HARI ESOK......APA PUN KITA SABAR DAN TUNGGU KEMUNCULANNYA ESOK.....


Rabu, 14 Disember 2011

BERTEKAK DI KEDAI KOPI..???


Dah masuk hari ketiga seluruh rakyat Malaysia berpusu-pusu mengambil dan menghantar borang BR1M, seronok tengok terasa macam pergi mengundi pulak. Rata-rata saya mendengar berita ini menjadi topik hangat di mana-mana terutama di kedai mamak dan pasar.

Dah menjadi trend baru bila jumpa kawan atau saudara, lepas berjabat tangan bertanya khabar, soalan dah ambil ke belum borang BR1M tu....

Tapi ada satu perkara yang paling mencuit hati saya apabila mendengar dua orang rakan bertengkar di kedai kopi bila bersarapan beramai-ramai....nak tau apa yang mereka gaduhkan.....??????





  • Pemuda A : Kau dah ambik borang ke ?
  • Pemuda B : Dah..hari pertama borang kuar.... aku dah antar, sebelum    pejabat LHDN bukak aku dah tunggu, takut ramai orang.
  • Pemuda A : Aik...cepatnya tak tunggu aku pun.
  • Pemuda B : Kalau lambat hantar , nanti lambat dapat.
  • Pemuda A : (menyindir Pemuda B kepada rakan-rakan lain)...Hai pasal duit laju...
  • Pemuda C : Biasalah ...bab duit dia nombor satu.
  • Pemuda A : Setahu aku bila pangkah dia tak menyokong kerajaan, asyik mengutuk je...tapi bab duit ambik pulak..!!!
  • Pemuda C : Tu la manusia.....tak pernah berterima kasih...
  • Pemuda A : Nasib baik Kerajaan bagi kat semua...kalau kerajaan guna senarai nama...aku rasa darurat Malaysia dibuatnya....

Pemuda B terus bangun dan melontarkan perkataan kesat kepada kawan-kawannya lalu berlalu.

Ini lah moralnya ...kadang-kadang saya rasa amat bertuah kerana  mempunyai Kerajaan yang ada sekarang tak macam apa yang berlaku di negara-negara yang bergolak....kat Malaysia senang nak cari duit, senang nak kesana kemari bebas membuat aktiviti-aktiviti kekeluargaan dan banyak lagi....So renung-renungkan lah.....

JOM... "COPY & PASTE "


Backlinks Gempar!

Menjelang 2012 (dalam bulan Januari hingga Mac), blog seperti di bawah ini akan meletop dan dibanjiri kedatangan pelawat tidak disangka-sangka terus menaikkan pagerank google yang begitu mudah dan pantas tanpa disedari. Hanya "copy paste" untuk mendapatkan pagerank yang luarbiasa. Berikut adalah tips Cara Cepat Update PageRank Google iaitu dengan cara penyebaran link menggunakan sistem berangkai (macam MLM ler...).

Untuk tips kali ini cukup mudah dan bermanfaat yang sungguh dahsyat. Faktor kali ini penyebaran di dalam bentuk backlink yang perlu anda lakukan adalah dengan meletakkan link-link berikut ini di blog atau artikel anda.

  1. Coachnike28 
  2. Blog Gempar! (Personal, Agama, dan Motivasi) 
  3. Blog Sekadar Perkongsian Biasa 
  4. Jom Sembang Aneka Topik
  5. Hafiizh Berbagi Informasi
  6. Infotnt
  7. Traffic Search Engine
  8. Uang Tabungan
  9. WordPress
  10. Fansclubartis

 
~ Sebelum anda meletakkan link anda di atas, anda harus menghapuskan peserta nombor 10 dari senarai sehingga semua peserta diganjakkan. Bagi peserta nombor 1 jadi nombor 2, nombor 2 jadi 3, dan seterusnya. Kemudian masukkan link anda sendiri di bahagian paling atas (nombor 1).
Jika setiap peserta mampu mengajak 5 orang saja, maka jumlah backlink yang akan di dapat adalah seperti: 


Ketika;

Posisi anda nombor 1, jumlah backlink = 1 

Posisi 2, jumlah backlink = 5 

Posisi 3, jumlah backlink = 25 

Posisi 4, jumlah backlink = 125 

Posisi 5, jumlah backlink = 625 

Posisi 6, jumlah backlink = 3,125 

Posisi 7, jumlah backlink = 15,625 

Posisi 8, jumlah backlink = 78,125 

Posisi 9, jumlah backlink = 390,625 

Posisi 10, jumlah backlink = 1,953,125



Dan semuanya menggunakan kata kunci yang kamu inginkan. Dari sisi SEO anda sudah mendapatkan 1,953,125 backlink dan efek sampingannya jika pengunjung web para peserta anda mengklik link itu, juga membuat blog anda mendapatkan traffik tambahan.


Mudahkan, jadi sila "copy paste" artikel ini, dan hilangkan peserta nombor 10 lalu tambahkan link blog/website anda di posisi nombor 1. Ingat, anda harus mulai dari posisi nombor 1 agar hasilnya maksima, kerana jika anda tiba-tiba di posisi nombor 2, maka link anda akan hilang begitu cepat apabila sampai ke posisi nombor 10 nanti. Selamat Mencuba dan semoga bermanfaat...