Pengikut

Ahad, 18 Disember 2011

NAK BAGI TAPI BERAT.... ????

Salam petang minggu buat semua rakan blog yamg sedang relex selepas penat bersantai bersama-sama keluarga tersayang..

Entri saya kali ini bukan hendak melepaskan geram tapi rasa macam ada sesuatu yang tak kena yang harus di perincikan oleh pihak yamg bertanggung jawab.

Apa taknya dah seminggu semua rakyat malaysia berebut-rebut untuk mendapatkan borang agar tidak tercicir, dalam senarai mereka yang berkelayakan untuk mendapat bantuan RM5000.....ops bukan LIMA RIBU tapi hanya RM500 la......????? (banyak la sangat.....)

Yang menariknya selama seminggu ni juga lah saya mendengar bermacam-macam cerita dan peristiwa yang berlaku di sekeliling kita....yang terbaru bayaran di kenankan untuk mendapatkan borang permohonan.

Sedang kita rancak mengisi borang termasuklah saya....tiba-tiba keluar kenyataan akhbar seperti dibawah....apa mereka ni semua nak bagi ke... saja je buat nak buat gimik......!!!!!


Cuba rakan blog imbas kembali....sebelum tiba tarikh 10 Dis 2011....mereka ada masa yang panjang untuk mengkaji apa peruntukan yang perlu dan mereka kata telah sediakan cara yang amat berkesan agar permohonan mereka yang layak saja boleh di luluskan. Mereka juga ada menjelaskan dulu bahawa borang boleh di muat turun dari laman web jangan beli dari mereka yang cuba membuat keuntungan dan macam-macam lagi la....


Tapi kenapa lepas seminggu baru nak keluarkan keyataan tentang borang asli.....cuba fikirkan dalam sehari berapa banyak borang telah di hantar kepada mereka, samaada asli atau dimuat turun dan termasuk salinan foto stat....

Kalau ada borang yang telah dipinda oleh mereka yang tidak bertanggung jawab, kenapa borang-borang lain pulak dimansuhkan....fikir lah betapa susah kami semua......jangan buat kenyataan hanya nak melepaskan batuk ditangga sahaja...cuba lah bagi kenyataan tu biar jelas....!!!!


Ada satu perkara lagi yang mana saya sendiri mendengarnya.....cuba rakan blog semua membuat pertanyaan, tak kiralah nombor talian tetap ataupun tol free.....dan tanyakan kan tentang pendapatan satu isi rumah. 

Macam-macam jawapan yang akan anda dapat....sesiapa yang ada keluarga sendiri, tapi tinggal dengan mertua yang mana keluarga mertua pun ada tanggungan sendiri.....maka menantu tadi tidak layak memohon.. pelikkan !! tapi ada juga yang kakitangan mereka kata layak.....so mana satu ni yang betul....????

Rasanya mereka ini tidak dibekalkan dengan input yang secukupnya atau saja kakitangan itu memang tidak ambil tahu langsung.....sampai adalah kes yang saya dengar, satu keluarga ini bergaduh...mertua mereka suruh menantu tadi pergi batalkan nama takut permohonan mertua tak dapat......so fikir-fikirkan lah......


4 ulasan:

  1. OOO.. tak boleh guna borang photostat la..

    BalasPadam
  2. RM500 pun duit. rezeki. bersyukurlah :)

    BalasPadam
  3. Awan_fiez

    la..borang asli borang palsu... kenapa kan tak disyaratkan awal2 dulu...

    mengenai syarat kelayakan nak buat permohonan pun tak jelas...

    semalam sahabat saya kata yang mana hidup bujang, tak duduk ngan family tetapi dikira boleh memohon kerana punya tangungan..walau ibu dan abang adalah gov. yg melebihi 3K salary..
    Disebabkan yg bujang tu salary swasta dan salaray tidak lebih dari 1.5K \..

    pening gak ...huhu ada sesapa yg boleh jawab??

    BalasPadam
  4. Awan_fiez...dia layak...asalkan dia yang menanggung...paling senang apply je..tak rugi bukan kena bayaran pun...kalau tanya org mcm2 jawapan.

    BalasPadam