Pengikut

Ahad, 13 November 2011

ORANG MINYAK BERMAHARAJALELA..!!!!

Dengar saja perkataan Orang Minyak, membuak-buak perasaan ingin tahu bermain di minda kita , Bukan apa teringat filem melayu yang pernah menjadi salah satu filem yang digemari.

Kali ini saya ingin mengajak rakan blog semua berfikir tentang kemudahan yang kerajaan kita tawarkan, telah di salah gunakan oleh pelajar-pelajar asing. Kalau ikutkan hati saya mahu saja di halau balik mereka semua dan jangan diberi ruang langsung kepada mereka ini....di sebab mereka, bukan saja negara kita di pandang hina di mata dunia, tetapi yang paling ketara, ramai diantara kaum hawa di negara kita termakan janji manis dan pujuk rayu mereka. Mana silapnya kaum adam kita?, hingga mereka ini dengan senang saja menawan hati kaum hawa...?

bahan harian metro


Menurut perangkaan yang telah dibuat, angka mereka yang terlibat dalam berbagai jenayah amat membimbangkan dan jika perkara ini tidak di pantau serta diambil tindakan sewajarnya...Malaysia akan dibelengu dengan berbagai masalah moral dan yang  amat membimbangkan  akan terbentuk sebuah kumpulan di sesebuah pusat pengajian  dan di kawasan perumahan. Apabila semua ini berlaku , jenayah yang lebih besar akan berlaku antaranya kes pergaduhan, memganggu ketenteraman peduduk setempat dan yang lebih menakutkan kes rogol dan bunuh.

Jadi apakah yang harus kerajaan kita buat..?. Sanggupkah kita memberi ruangan didada akhbar dan kaca TV kita, di penuhi dengan cerita-cerita  mereka ini ?. Harapan saya, jangan kerana wang kita sanggup mengadaikan maruah negara....jika ada antara rakan blog kita yang memberi kemudahan kepada mereka ini seperti menyewakan bilik, rumah atau kereta berhati-hati lah....

 


PERCAYA TAK JIKA SAYA KATAKAN BAHAWA ADA DIANTARA ANGGOTA KESELAMATAN KITA MEMBERI PERLINDUNGAN KEPADA MEREKA SERTA MEMYEWAKAN KERETA KEPADA MEREKA INI....!!!!!






Saya berani mengeluarkan kenyataan ini kerana  pernah mengalamainya sendiri di mana kereta saya pernah dilanggar oleh pelajar negro ini dari belakang . Satu pengtengkaraan telah berlaku kerana mereka enggan bertanggungjawab. Kira-kira 45 minit pertengkaran ini berlarutan, tiba-tiba saya si datangi oleh seorang yang menperkenalkan diri sebagai seorang anggota keselamatan sambil menunjukkan kad kuasa. Belaiu memberitahu bahawa kereta yang dipandu oleh pelajar ini adalah keretanya dan menasihatkan saya supaya beredar. Tanpa menyoal panjang saya akur dengan kemahuam beliau tetapi ianya tidak berakhir di situ..., kerana saya pun mempunyai ramai anggota keluarga dalam pasukan keselamatan ini...Dengan nombor pendaftaran kereta yang ada dan mengingat nama beliau...saya membawa perkara ini keatas.....pamjang ceritanya...apa yang boleh saya ringkaskan....saya telah mendapat hak saya....

Akhir kata, sayangi masyarakat pelajar kita...jangan lah mereka terpengaruh dengan wang ringgit yang ditawarkan...jangan jadi bangsat...kerana keturunan kita tidak ada yang mengemis....







Khamis, 10 November 2011

Bingkisan untuk BLOGGER NUFFNANG..!!

Hai rakan blog dihormati....

Rasanya seronok mempunyai peluang menulis melalui blogspot dan dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak nuffnang, rasanya berbaloi-baloi apabila entri kita dihargai.

Tapi saya rasa sedih sikit bila setiap kali membaca salahlaku-salahlaku yang dilakukan oleh segelintir blogger kita, blogger-blogger yang mana entri mereka menyentuh hal-hal peribadi individu tertentu....

Banyak juga blog-blog yang entrinya menceritakan tentang seseorang... Kalau yang membangun tu ok lah tapi bagaimana jika benda yang di tulis tu tak benar....?

Diharap kita lebih bertamadun sikit di masa akan datang...Memang menulis di blog ini mempunyai kebebasan, tapi jangan lah nanti disebabkan perkara-perkara ini, sekatan akan dikenakan keatas semua blog-blog yang ada....dan yang paling teruk bila berakhir dengan kes saman-menyaman.

bahan dari harian metro

Saya percaya pihak nuffnang juga mempunyai garis panduan bagi blogger-blogger  untuk menerbitkan blog mereka masing-masing. Dalam kita bersyukur mempunyai ruang yang disediakan oleh pihak nuffnang dan dapat menjana pendapatan sampingan, janganlah kita menpersia-siakan bakat menulis kita serta ruangan yang sedia ada,  dengan rasa tidak puashati  terhadap seseorang dan menulis tanpa berfikir panjang..

Contohnya macam di bawah ini. Ada individu yang menggunakan medan blog ini untuk memfitnah dan mengaibkan tanpa memikirkan kesannya terhadap orang lain..

bahan dari harian metro

Harap para blogger nuffnang tidak menggunakan medan blog ini untuk menghentam orang lain kerana tak ada faedahnya. Jika nak menulis, silalah menulis dengan penuh berhemah ye.. 

Ikhlas dari saya "New Blogger"

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"




Selasa, 8 November 2011

AKU DAH BAYAR...!!!

Dalam kita mengejar ilmu untuk bekalan masa depan, berbagai rintangan dan ranjau perlu di harungi demi mencapai kejayaan yang di impikan selama ini.

Kerajaan tidak pernah berdiam diri untuk menyalurkan berbagai perkara agar dapat melahirkan pelajar yang benar-benar berjaya sekaligus dapat melahirkan insan yang mempunyai kepakaran yang di perlukan oleh Negara.

Masyarakat baru-baru ini di kejutkan dengan berita yang menyatakan bahawa salah satu bantuan kerajaan akan diberhentikan iaitu bantuan pinjaman melalui tabung PTPTN. Maka banyak lah desas desus berita yang keluar di dada akhbar sama ada menyokong atau pun membantah.

 Saya tertarik dengan keretan akhbar hari ini yang mana  persatuan telah tampil menyuarakan pendapat masing-masing dan secara tak langsung menyuarakan rasa kurang selesa jika perkara memberhentikan pinjaman ini benar-benar terlaksana.

Setahu saya dulunya pinjaman ini di uruskan oleh Bahagian Biasiswa KPM dan kemudian diserahkan kepada PTPTN....kenapa agaknya?...mungkin  Kerajaan , KPM amnya memberi kepercayaan kepada PTPTN dalam mengurusakan pinjaman ini dan yang paling penting menguruskan pembayaran balik pinjaman tersebut. Tapi ternyata PTPTN masih gagal mengajak bekas-bekas pelajar untuk membayar balik pinjaman....(agaknya kena simbah cat merah kot baru boleh bayar).


  Persatuan pelajar melalui Majlis Perwakilan Pelajar dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung sepatutnya mencari alternatif bagaimana boleh bergabung dengan KPM dan PTPTN untuk mengutip balik bayaran pinjaman yang telah dikeluarkan dan bukan menyerahkan bulat-bulat kepada kerajaan.

Bila nak diberhentikan baru tampil kehadapan supaya kerajaan menkaji semula, tapi bila ada dulu,  tak pernah pun mencari jalan bagaimana mereka boleh membantu mendapatkan balik pinjaman dari bekas pelajar.


Apa yang menyedihkan kebanyakan peminjam ini adalah tergolong daripada masyarakat orang melayu kita. Saya percaya semua keterangan dan butir-butir pelajar ini ada dalam simpanan mereka dan untuk mengesan mereka sebenarnya tidak mempunyai masalah langsung.

Jadi tampil lah dan jangan bila ianya benar-benar dilaksanakan baru mengelabah hingga berlaku tunjuk perasaan mengatakan kerajaan tak perihatin.

Untuk mereka yang meminjam...terutama rakan blog yang masih belum menjalankan tanggungjawab, janganlah berdiam diri...masih ramai di luar sana, mereka yang tidak berkemampuan seperti kita dulu-dulu sebelum berjawatan tinggi dan bergaji besar sekarang, memerlukan pinjaman ini.

Bagi pihak Kerajaan, telah lama sangat berlembut dan memberi muka, tibalah masanya membuat tindakan yang sewajarnya demi kepentingan mereka yang amat memerlukan di masa hadapan.

 "HUTANG PERLU DIBAYAR...TIDAK BERKAT REZEKI KITA JIKA HUTANG INI TIDAK DI SELESAIKAN...JANGANLAH KITA DI BEBANI DENGAN HUTANG INI BILA TIBA MASA KITA DI SEMBAHYANGKAN KELAK"

Jumaat, 4 November 2011

SIAPA SAKIT JIWA..????!!!!!


Kenapa boleh jadi macam ini....bukankah hospital satu tempat merawat mereka yang sakit...mana silapnya?
Sedih membaca keratan akhbar pagi ini...saya sangkakan sebuah hospital merupakan tempat untuk memberi rawatan kepada mereka yang memerlukan..pelik bunyinya...jika di baca tajuk akhbar ini sudah pasti pihak yang bertanggungjawab sudah lagi tidak bertanggungjawab.

Ini lah yang di katakan sebab nila setitik rosak susu sebelanga...rasanya kakitangan yang bertugas ini menghadapi masalah peribadi yang tidak dapat dibendung hingga bertindak di luar kawalan...atau tajuk ini hanya untuk menghangatkan berita ini saja....?



Pada pendapat saya, walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh insan yang mempunyai tekanan jiwa ini, mereka tidak harus di hukum jika membuat kesalahan kerana beliau tidak boleh berfikir dengan waras.

Dan jika benar pihak hospital yang membuat kesilapan...perkataan tidak sengaja sebenarnya tidak timbul kerana kakitangan ini boleh berfikir dengan waras...pada mereka yang sakit mungkin tidak tahu mengadu jadi, dengan mudah mereka boleh mengatakan perkara ini berlaku dengan tidak di sengajakan untuk menutup kesalahan..

Memang diakui untuk merawat dan menjaga pesakit jiwa ini bukan satu pekerjaan yang mudah dan tidak semua orang boleh melaksanakan tugas tersebut. Diharap pihak pengurusan dan kakitangan lebih peka dan banyak bersabar serta ikhlas dalam menjalankan tugas dan melayan karenah mereka ini.



TOLONG AKU TIDAK BERDOSA...!!!!

Hi..rakan blog semua..kita sering kali di kejutkan dengan kes pembuangan bayi, dan saya juga pernah menulis "SIAPA BINATANG...?" di blog saya dan jika ada yang belum mambacanya saya sertakan linknya di sini:

http://coachnike28.blogspot.com/2011/10/siapa-binatang.html

Lihatlah betapa serba salah jika sesuatu benda hendak dilaksanakan...ada yang menggunakan hukum hakam islam dan kurang menyokong bila pusat ini ingin di laksanakan suatu ketika dulu. Ada Pro dan Kontranya..

Syabas dan tahniah kepada mereka yang tidak putus-putus berusaha agar anak-anak yang tidak berdosa ini dapat hidup seperti anak-anak lain.


Cuma apa yang perlu masyarakat pahatkan di minda masing-masing adalah untuk menerima mereka ini dengan tangan terbuka. Jangan lah menghukum kesalahan anak-anak ini seperti  menghukum ibubapa mereka.

Berikan ruang yang benar-benar luas kepada ibubapa terlanjur ini agar mereka menginsafi dengan memberi bimbingan serta tunjuk ajar dari kita. Biarlah mereka yang terlanjur ini merasa selesa dan tidak merasa takut untuk tampil ke pusat yang disediakan ini demi menyelamatkan nyawa anak kecil dan ibu nya.

Bagi mereka yang telah terlanjur, insaflah dan jangan ditambah lagi dosa yang ada dengan dosa membunuh... Mahukah gelaran SEORANG PEMBUNUH berlegar di fikiran masing-masing hingga ke akhir hayat.

Bagi keluarga pula...janganlah perkataan menconteng arang ke muka harus di utamakan sehingga mendorong anak-anak terlanjur ini tidak ada pilihan lain selain dari membuang bayi ini dan membawa kepada kematian serta menafikan hak bayi yang tidak berdosa ini untuk melihat dunia..

" ANAK ADALAH ANUGERAH ALLAH YANG TIADA NILAINYA.... IANYA UNTUK DIBELAI SERTA DIKASIHI, BUKAN UNTUK DIBUANG DAN DITINGGALKAN  "

Khamis, 3 November 2011

RM500......???!!!


Salam buat rakan blog semua....terlebih dahulu izinkan saya merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang mendoakan kesejehteraan mama saya...moga Allah memberi kesejehteraan kepada mereka. Rasanya lama jugak saya tak menulis..agak rindu juga.

Untuk paparan kali ini, ingin saya berkongsi tentang kesudian pihak kerajaan memberi bantuan RM500 kepada keluarga yang berpendapatan RM3,000.00 kebawah.

Desas-desus yang saya dengar mengatakan, beberapa kriteria perlu ada untuk melayakkan mereka menerima bantuan tersebut, antaranya :-

1. Mesti mempunyai 5 orang anak.
2. Mesti berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
3. Berpendapatan RM3000.00 ke bawah.


Banyak juga yang saya dengar apa yang di perkatakan di sekeliling, dengan bermacam-macam alasan dan andaian...ada yang menerima baik dan tidak kurang juga yang membantah dan memandang sinis.

Pada saya, niat murni ini perlulah di tunaikan dengan niat yang benar-benar ingin membantu. Tak kiralah berapa nilai bantuan asalkan ianya ikhlas dari pihak kerajaan. Bagi mereka yang masih tidak dapat menerima niat kerajaan ini, diharap janganlah mula membahasnya dengan bermacam-macam kritikan...tunggu lah dulu kerana ianya belum dilaksanakan lagi. Kita tunggu dan lihat dulu apa syarat-syaratnya...harap bersabar.


Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik link di bawah :
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2011&dt=1102&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Ahad, 30 Oktober 2011

MAMA SEMBUHLAH......!!

MAAF UNTUK RAKAN BLOG SEMUA KERANA TIDAK ADA CORETAN DARI coachnike28 SEJAK 2 , 3 HARI NI...INI KERANA BERADA DI KUALA LUMPUR  DI SISI MAMA TERSAYANG YANG SEDANG SAKIT...BUAT MAMA...

mama...telah banyak kau korbankan untuk kami anak-anakmu,
penderitaan mu untuk melihat kami berlari di dunia yang luas ini tidak dapat kami nilaikan dengan apa pun di dunia ini...rasanya belum cukup aku rasakan belai kasih sayang mu...belum sempat aku membalas semua pengeorbanan mu...kini kau menanggung lagi ujian Allah...

Ya..Allah berikan lah ketabahan mamaku menghadapi dugaan darimu, sembuhkan lah dia dengan kekuasaan mu...dan gembirakan dia...sesungguhnya kau lebin berkuasa dan maha mengetahui...AMIN