Dalam kita mengejar ilmu untuk bekalan masa depan, berbagai rintangan dan ranjau perlu di harungi demi mencapai kejayaan yang di impikan selama ini.
Kerajaan tidak pernah berdiam diri untuk menyalurkan berbagai perkara agar dapat melahirkan pelajar yang benar-benar berjaya sekaligus dapat melahirkan insan yang mempunyai kepakaran yang di perlukan oleh Negara.
Masyarakat baru-baru ini di kejutkan dengan berita yang menyatakan bahawa salah satu bantuan kerajaan akan diberhentikan iaitu bantuan pinjaman melalui tabung PTPTN. Maka banyak lah desas desus berita yang keluar di dada akhbar sama ada menyokong atau pun membantah.
Saya tertarik dengan keretan akhbar hari ini yang mana persatuan telah tampil menyuarakan pendapat masing-masing dan secara tak langsung menyuarakan rasa kurang selesa jika perkara memberhentikan pinjaman ini benar-benar terlaksana.
Setahu saya dulunya pinjaman ini di uruskan oleh Bahagian Biasiswa KPM dan kemudian diserahkan kepada PTPTN....kenapa agaknya?...mungkin Kerajaan , KPM amnya memberi kepercayaan kepada PTPTN dalam mengurusakan pinjaman ini dan yang paling penting menguruskan pembayaran balik pinjaman tersebut. Tapi ternyata PTPTN masih gagal mengajak bekas-bekas pelajar untuk membayar balik pinjaman....(agaknya kena simbah cat merah kot baru boleh bayar).
Persatuan pelajar melalui Majlis Perwakilan Pelajar dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung sepatutnya mencari alternatif bagaimana boleh bergabung dengan KPM dan PTPTN untuk mengutip balik bayaran pinjaman yang telah dikeluarkan dan bukan menyerahkan bulat-bulat kepada kerajaan.
Bila nak diberhentikan baru tampil kehadapan supaya kerajaan menkaji semula, tapi bila ada dulu, tak pernah pun mencari jalan bagaimana mereka boleh membantu mendapatkan balik pinjaman dari bekas pelajar.
Apa yang menyedihkan kebanyakan peminjam ini adalah tergolong daripada masyarakat orang melayu kita. Saya percaya semua keterangan dan butir-butir pelajar ini ada dalam simpanan mereka dan untuk mengesan mereka sebenarnya tidak mempunyai masalah langsung.
Jadi tampil lah dan jangan bila ianya benar-benar dilaksanakan baru mengelabah hingga berlaku tunjuk perasaan mengatakan kerajaan tak perihatin.
Untuk mereka yang meminjam...terutama rakan blog yang masih belum menjalankan tanggungjawab, janganlah berdiam diri...masih ramai di luar sana, mereka yang tidak berkemampuan seperti kita dulu-dulu sebelum berjawatan tinggi dan bergaji besar sekarang, memerlukan pinjaman ini.
Bagi pihak Kerajaan, telah lama sangat berlembut dan memberi muka, tibalah masanya membuat tindakan yang sewajarnya demi kepentingan mereka yang amat memerlukan di masa hadapan.
"HUTANG PERLU DIBAYAR...TIDAK BERKAT REZEKI KITA JIKA HUTANG INI TIDAK DI SELESAIKAN...JANGANLAH KITA DI BEBANI DENGAN HUTANG INI BILA TIBA MASA KITA DI SEMBAHYANGKAN KELAK"
sib baik takde loan PTPTN
BalasPadamTak pinjam PTPTN jugak..hehe
BalasPadamgood one...
BalasPadamada hutang ptptn masa diploma dulu tapi tak boleh nak bayar lagi seban elaun untuk pelajar siswazah sangat rendah ditambah dengan kengkangan kos sara hidup yang tinggi. interest 1% sebulan tu sebanrnya membebankan lagi lagi bila kita continue belajar dan tiada pendapatan bulanan yang tetap..
but still, yang dah berjawatan, sila la bayar, kesian kat adik adik yang baru nak masuk u pening kepala pikir nak bayar yuran dan nak sara hidup~
bravo geng lepak...sekurang2nya ada niat nak bayar balik..masa bhg tajaan dulu tak ada interest.
BalasPadammasih dalam proses, tp memang perlu bayar benda ni
BalasPadamsokong! kalau saudara sudah membayar... saya dlam proses membayar bulan2... info bagus... membuat kite2 ni sedar... hutang kene bayar la...
BalasPadammemang adat berhutang tu .. kena bayar ..
BalasPadamdah strt byr sikit2..hehe..tp ade miss juga bbpe bulan..neway thanks ya sbb follow my blog..blog nie dh di msukkan di ruangan followers 5 in my blog..=)
BalasPadam