Pengikut

Isnin, 10 Oktober 2011

SIAPA BINATANG...?

Mungkin cerita saya kali ini agak sudah basi, sebenarnya bahan ini telah lama saya sediakan tetapi kerana percaya peristiwa serupa akan berulang lagi dalam masa terdekat maka saya mengambil keputusan untuk tidak menyiarkan dulu cerita ini.

Kenapa agaknya perkara sebegini boleh berlaku...mana akal fikiran kita, apakah perasaan mereka melakukan perbuatan terkutuk ini, tidakkan mereka melihat mata anak kecil ini sebelum mereka bertindak seperti binatang.

Kalau ya pun sudah terlanjur...berilah peluang anak yang tidak tahu apa-apa ini hidup...mana salahnya? siapa  yang silap..ibubapa kah ?, si gadis terlanjur kah?, si lelaki hidung belang kah ? atau masyarakat sekeliling ?

Termakan pujuk rayu si hidung belang, si gadis sanggup melakukan perkara ini dan kerana takut kan ibubapa yang akan menanggung malu kerana muka di conteng arang, si gadis melarikan diri atau bersembunyi akhirnya sebahagian besar masyarakat memandang hina lantas si gadis mengambil jalan mudah untuk terus hidup hingga sanggup membunuh anak yang tidak berdosa ini.

Kita pernah mendengar sebuah pusat yang ingin ditubuhkan sedikit masa dulu untuk menjaga mereka yang terbuang dari keluarga dan tersisih dari masyarakat...masih lagi saya ingat bermacam-macam suara dan bantahan yang timbul tapi dengan izin Allah pusat ini tertubuh juga. Tidak kah terdetik di hati kita sedikit rasa bersalah dengan menmbiarkan anak ini terkorban begini sahaja.

Seharusnya lebih banyak lagi pusat penjagaan ini di tubuhkan di setiap negeri, dan cara perlaksanan perlu di perhebatkan lagi, masyarakat sekeliling juga perlu peka dengan kehadiran ibu malang ini...."SEMBILAN BULAN" tak kan setiap inci perubahan tidak kelihatan, tetapi jika ambil sikap tengok dan lihat saja maka ini lah jadinya...so di harapkan marilah kita bantu mereka ini...peka lah dengan kehadiran ibu malang ini dalam masyarakat kita. Bertindak segera dan doronglah ibu-ibu ini kembali ke jalan yang dituntut. Jika kita sama-sama memainkan peranan, genjala ini boleh di bendung.








Sebelum saya mengakhiri coretan ini, marilah kita teliti beberapa gambar yang menunjukkan betapa sayangnya seekor haiwan liar terhadap anaknya...akhir kata " KERANA JANJI,  KERANA MALU DAN KERANA DI HINA ...SI KECIL TIDAK  MELIHAT DUNIA.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan