Pengikut

Khamis, 6 Oktober 2011

ILMU & RINGGIT...FIKIRLAH

 Ni lah dia ...menuju ke tahun 2020, Kerajaan telah berusaha dan berbelanja jutaan ringgit bagi menyediakan kemudahan Jaringan yang serba moden supaya rakyat 1MALATSIA tidak ketinggalan di mata dunia telah benar-benar di munafatkan dengan sepenuhhya oleh mereka yang celik IT.

Sedap bunyi ayat nya....tapi isi kandungnya macam mana ..INDAH KHABAR DARI RUPA.

Dulu zaman Mat Kilau, zaman Tok Janggut..mereka kena pergi bertapa di gunung-ganag dan hutan-rimba untuk mendapatkan sesuatu ilmu...malahan sekarang pun kena belanja ribuan ringgit dan masa untuk melengkapkan diri dengan pelajaran di pusat pengajian tinggi...kena ada guru dan pensyarahnya...baru lahir insan yang berilmu.

Tapi sekarang...anda ada duit...anda boleh jadi Mat Kilau, anda boleh jadi Tok Janggut.....



 Pelik kan,  rakan blog ada cuba ke ?, ok ke ilmu ni...sah lepas ni kalis peluru.

Ayuh lah Bangsa ku jangan persiakan akal fikiran yang telah di kurniakan, berfikirlah jangan kerana inginkan kelebihan dari orang lain kita sanggup membelakangkan Agama dan Pencipta kita.

Jika ingin disanjung oleh masyarakat dan di pandang mulia di sisi agama, berusahalah di landasan yang betul dan jangan di persiakan masa hidupmu.

 Dulu jaringan internet terhad, ingin kan jaringan bebas...bila sudah ada, lain ceritanya...saya percaya masih banyak lagi perkara-perkara sebegini di luar sana,.

Di harap Suruhanjaya Telekom Dan Komunikasi buat lah sesuatu supaya benda-benda yang menyesatkan anak bangsa kita yang sedang lalai sekarang ini dapat di bendung. Bagi SSM pula usah di beri atau perbaharui lesen mereka walaupun denda yang dikeluarkan mampu mereka bayar. 

Ingat lah bangsa ku....NEGARA MAJU KERANAMU, BANGSA HANCUR ANGKARA MU.

Rabu, 5 Oktober 2011

AKHIRNYA.....SENI KU DI IKTIRAF

Syabas diucapkan kepada Kerajaan Malaysia , Sekarang pengiat seni perlu lah lebih bersungguh-sungguh menghasilkan hasil seni yang boleh di terima di mata dunia. Perjuangan mereka akhirnya telah memberikan satu kejayaan yang selama ini di nantikan. Tapi......???

Ingintlah......!! jangan di persiakan segala usaha penat lelah yang telah di perjuangkan selama ini. Jangan lah ada pergaduhan sesama sendiri, terutama antara persatuan-persatuan yang ada .Antara artis,  bersikap matang lah, lupakan sikap zaman penjajah, ayuh bangkit lah. Jangan kerana ingin mengaut keuntungan, hasil seni yang indah dan putis yang telah di hasilkan menjadi hamba dan tidak dihargai.

Mana sikap ketimuran kita, mana sikap kerjasama kita, mana sikap keikhlasan kita dalam membuat sesuatu kerja...buatlah...ciptalah dengan hati yang ikhlas demi memertabatkan seni ini dan percayalah bahawa hasilnya  kelak akan terbalas. TANPA SENI MASYARAKAT KITA MALAP.

Selasa, 4 Oktober 2011

TABIK SPRING PASUKAN PINK NEGARA.

Adoi hai......gua caya sama brader-brader lalam ini gambar...hamsome woo !!!


Syabas saya ucapkan buat jejaka macho di atas dan saya percaya ramai lagi yang terlibat...tapi apa boleh buat tempat terhad....nak naik bas pun kena beli tiket, ni kan pula nak masuk paper.

Aktiviti sebegini perlu di teruskan kalau boleh biar dari bangku sekolah lagi, jadi bolehlah kita membentuk satu masyarakat yang perihatin. Keberanian jejaka macho untuk menyarung baju berwarna kegilaaan kaum wanita ini boleh di ibaratkan sebagai menyarung uniform pasukan Polis dan Askar, berjuang untuk negara.

 Sekalung penghargaan harus di berikan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur kerana dengan keberaniaan beliau menghias bangunan bersejarah untuk menjadi tugu pasukan ini dan menjayakan kempen perangi Kanser Payudara...ayuh rakan blog, sekali sekala kita pakai pink...kalau boleh minta permit dan buat perhimpunan kat Dataran Merdeka.


Malahan penglibatan pihak tertentu untuk menjayakan minggu perangi kanser payudara ini harus di pandang serius dan bukan untuk segolongan pihak sahaja. Penglibatan majikan sebegini boleh dianggap sebagai wira  kerana ianya memberi kesedaraan kepada masyarakat yang serba maju dan leka, bahawa MUSUH ini WUJUD dan HARUS DI PERANGI.


Isnin, 3 Oktober 2011

BELI , GUNA & DERMA

MASIH ADA MASA.....UNTUK BERBAKTI !
 
Pernah kah terlintas di fikirin kita semasa membeli kita boleh beramal ???.

Dengan membeli barangan  kegunaan rumah dan diri jenama TLC anda secara tidak langsung telahpun beramal.

Mungkin anda tidak pernah menggunakan barangan TLC sebelum ini, tetapi apa salahnya jika hanya untuk bulan ini saja atau sekali dalam hidup membelinya agar wang anda dapat disalurkan kepada mereka yang amat memerlukan...mana lah tahu jika barangan TLC sesuai digunakan oleh keluarga anda so bolehlah bertukar terus dari jenama biasa digunakan kepada jenama TLC.

So my views out there, why waiting? Do something this months and may Allah Bless you all. For further information you can visit the following website.

http://www.tlcpromiseme.com/
http://www.rumahaman.com/







To give donation :-

Online: You can make a direct donation to Rumah Aman via online banking to Maybank2U,           Donations should be directed to Rumah Aman (Shah Alam), with the account number            562106720433 (Maybank).
Via cheque: Cheques can also be issued to Nuffnang Sdn. Bhd. and sent to our KL office at the address below:
12B5 & 12B6, Heritage House
33 Jalan Yap Ah Shak
50300 Kuala Lumpur.
All donations are tax deductible, and Rumah Aman will be able to issue a receipt for your kind donation :)

Thanks a lots and again may Allah reward you all the happiness and healthiness. AMIN

Ahad, 2 Oktober 2011

ADA CERITA BUAT MAMA.

Apa dah jadi ni, baru je saya menulis dalam blog ini pasal "Mama Ke Abah Shopping ? " tapi lain cerita pulak kali ini.

Kenapa lah jadi begini ?,  setahu saya kaum Hawa sekarang bukan macam zaman dulu. Cuba kita pergi melawat ke pusat pengajian tinggi di Malaysia ini, bukankah mereka yang ramai dari kaum Adam...ini bermakna mereka lebih ramai berpendidikan tinggi dari kaum Adam.

Jika kita amati dan mengupas kenapa mereka boleh jadi begini...mungkin banyak alasan akan timbul..ada yang kesunyian, ada yang suka-suka mulanya, ada yang di tinggal suami atau kekasih dan banyak lagi.

Tetapi percaya lah...semuanaya alasan saja...yang betul nya kemana pergi nya akal fikiran kita ?, kemana pergi nya kepandaian dan ilmu kita ?, bukan sekadar segulung ijazah sahaja, kemana pergi pegangan agama warisan ibubapa kita ? 

Ayuh kaum Hawa bangkit lah, sedarlah dan berfikirlah, jangan lah lagi dijadikan bahan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab...ingatlah...zaman serba moden ini duit dan kesenangan tidak akan datang begitu saja, sesuatu yang di berikan secara mudah mesti ada muslihatnya. Ingatlah...PEMUDI TIANG NEGARA PEMUDA HARAPAN BANGSA.

LOGO DAN MAKANAN.

Bukan senang nak pastikan sesuatu yang di wartakan itu di ikut oleh semua pihak. Itu lah hakikatnya sikap para peniaga dan pengusaha kedai makanan di negara kita ini.

Kesungguhan pihak Kerajaan dan JAKIM untuk merealisikan  penggunan tanda logo halal dari JAKIM ini nampak nya belum mencapai ke tahap 100%.

Masalah ini sering kali kita baca di dada akhbar atau kaca TV...tapi mana silapnya?
Adakah tahap keselamatan dari segi perlaksanaan penguatkuasaan masih di tahap yang rendah atau kemajuan IT memberi ruang yang luas bagi pihak yang tidak bertanggungjawab mengagalkan perlaksanan logo baru ini. Adakah cara memohonnya agar rumit bagi sesetengah pengusaha atau sikap yang sambil lewa pengusaha menganggap logo ini tidak menjadi pra syarat menyediakan makanan untuk orang islam.

 Kini tibalah masanya untuk kita bersama-sama menjayakan perlaksanan penggunaan logo ini. Pengusaha-pengusaha haruslah patuh demi menghormati orang islam di negara ini. Pihak Kerajaan dan JAKIM amnya, teliti lah cara perlaksanaa yang lebih berkesan dan tegas. Jika JPJ dapat membendung kes Cukai Jalan Palsu, Bank dengan Kad Kredit dan wang palsunya, Polis dengan kad kuasa palsunya dan banyak lagi. Begitu juga JAKIM.

 Jika di lihat oleh sesetengah pihak ianya pekara terpencil , tapi bagi saya ianya satu perkara yang perlu di laksanakan segera, tapi haruslah di kaji dengan teliti agar logo ini tidak senang di ciplak. Gunakan lah peralatan elektronik yang canggih sekarang untuk menjayakan perlaksanannya. Dulu kita lihat JPJ mengeluarkan cukai jalan dengan hanya menggunakan sekeping kertas yang di cetak dan cukup senang di tiru, Tapi sekarang walaupun masih terdapat penipuan , ianya dapat dikesan dengan pematauan yang berterusan dan di bantu dengan peralatan serba moden.

Carilah cara terbaik agar semua data yang ada dikemaskini selalu dan ambillah tindakan yang tegas jika masih ada pengusaha yang ingkar.