Adoi hai......gua caya sama brader-brader lalam ini gambar...hamsome woo !!!
Syabas saya ucapkan buat jejaka macho di atas dan saya percaya ramai lagi yang terlibat...tapi apa boleh buat tempat terhad....nak naik bas pun kena beli tiket, ni kan pula nak masuk paper.
Aktiviti sebegini perlu di teruskan kalau boleh biar dari bangku sekolah lagi, jadi bolehlah kita membentuk satu masyarakat yang perihatin. Keberanian jejaka macho untuk menyarung baju berwarna kegilaaan kaum wanita ini boleh di ibaratkan sebagai menyarung uniform pasukan Polis dan Askar, berjuang untuk negara.
Sekalung penghargaan harus di berikan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur kerana dengan keberaniaan beliau menghias bangunan bersejarah untuk menjadi tugu pasukan ini dan menjayakan kempen perangi Kanser Payudara...ayuh rakan blog, sekali sekala kita pakai pink...kalau boleh minta permit dan buat perhimpunan kat Dataran Merdeka.
Malahan penglibatan pihak tertentu untuk menjayakan minggu perangi kanser payudara ini harus di pandang serius dan bukan untuk segolongan pihak sahaja. Penglibatan majikan sebegini boleh dianggap sebagai wira kerana ianya memberi kesedaraan kepada masyarakat yang serba maju dan leka, bahawa MUSUH ini WUJUD dan HARUS DI PERANGI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan