Bukan senang nak pastikan sesuatu yang di wartakan itu di ikut oleh semua pihak. Itu lah hakikatnya sikap para peniaga dan pengusaha kedai makanan di negara kita ini.
Kesungguhan pihak Kerajaan dan JAKIM untuk merealisikan penggunan tanda logo halal dari JAKIM ini nampak nya belum mencapai ke tahap 100%.
Masalah ini sering kali kita baca di dada akhbar atau kaca TV...tapi mana silapnya?
Adakah tahap keselamatan dari segi perlaksanaan penguatkuasaan masih di tahap yang rendah atau kemajuan IT memberi ruang yang luas bagi pihak yang tidak bertanggungjawab mengagalkan perlaksanan logo baru ini. Adakah cara memohonnya agar rumit bagi sesetengah pengusaha atau sikap yang sambil lewa pengusaha menganggap logo ini tidak menjadi pra syarat menyediakan makanan untuk orang islam.
Kini tibalah masanya untuk kita bersama-sama menjayakan perlaksanan penggunaan logo ini. Pengusaha-pengusaha haruslah patuh demi menghormati orang islam di negara ini. Pihak Kerajaan dan JAKIM amnya, teliti lah cara perlaksanaa yang lebih berkesan dan tegas. Jika JPJ dapat membendung kes Cukai Jalan Palsu, Bank dengan Kad Kredit dan wang palsunya, Polis dengan kad kuasa palsunya dan banyak lagi. Begitu juga JAKIM.
Jika di lihat oleh sesetengah pihak ianya pekara terpencil , tapi bagi saya ianya satu perkara yang perlu di laksanakan segera, tapi haruslah di kaji dengan teliti agar logo ini tidak senang di ciplak. Gunakan lah peralatan elektronik yang canggih sekarang untuk menjayakan perlaksanannya. Dulu kita lihat JPJ mengeluarkan cukai jalan dengan hanya menggunakan sekeping kertas yang di cetak dan cukup senang di tiru, Tapi sekarang walaupun masih terdapat penipuan , ianya dapat dikesan dengan pematauan yang berterusan dan di bantu dengan peralatan serba moden.
Carilah cara terbaik agar semua data yang ada dikemaskini selalu dan ambillah tindakan yang tegas jika masih ada pengusaha yang ingkar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan