Pengikut

Khamis, 8 Mac 2012

KENA REHAT TULIS BLOG


BUAT RAKAN BLOG SEMUA....MAAF TAK DAPAT BUAT ENTRI KERANA coachnike28 KINI BERADA DI KUALA LUMPUR UNTUK MENGHADIRI KURSUS KEJURULATIHAN BOLASEPAK ANJURAN AFC / FAM / KLFA 

YANG BESTNYA INSTRUKTUR  ADALAH COACH R.GOPALKRISHNAN......KETUA UNIT KEJURULATIHAN DARI FAM.....

HINGGA KETEMU LAGI.....RASA RINDU KAT ANAK-ANAK AND UMI MEREKA




Isnin, 27 Februari 2012

BILA AKTIVITI BERSAMA TERAKHIR. ??

Salam buat rakan blog semua, entri kali ini berlainan dari entri biasa.....sebenarnya nak kata kan rasa marah pun ada, nak kata malu pun ada, bila membaca cerita akhbar hari ini mengenai seorang warga tua yang terlampau......sepatutnya mereka menjadi contoh dan pembimbing kepada anak-anak serta cucu cicit semua.

Sebab tu rasanya malas nak cerita benda ini, harap mereka yang masih terlibat dan belum kantoi, hentikanlah sikap buruk ini...ingat masa untuk anda sudah tak ada lagi...hanya menunggu masa di jemput YANG MAHA ESA....so sepatutnya masa-masa sebegini di peruntukkan dengan memperlengkapkan diri untuk hidup di dunia yang satu lagi....dunia yang kekal buat selamanya.

Kali ini entri saya akan di mulakan dengan satu pertanyaan..... ya cuba rakan blog semua baca dan jawab soalan di keratan akhbar dibawah ini......

Agaknya apa jawapan yang bermain di fikiran kita ? Di zaman serba moden ini, kita rasanya semakin rancak melakukan aktiviti, tetapi aktiviti yang kita lakukan lebih terdorong kepada mencari kemewahan. Sememangnya benar tindakan kita kerana tidak mahu keluarga kita berada di dalam serba kekurangan. AKAN TETAPI ....sedarkah kita bahawa masih ada kekuranagan di dalam kita membentuk sebuah keluarga yang harmoni ini.

"ANAK".......semasa bayi, kita sebagai ibubapa menjaganya bagai menatang minyak yang penuh, seekor nyamuk pun tidak boleh hinggap di badannya akan tetapi,  apabila mereka meningkat dewasa dan remaja....mana perginya kasih sayang itu ? 

Ramai di kalangan remaja yang bermasalah berpunca dari kurangnya tumpuan dari ibubapa. Untuk bercakap dan berbincang apa yang di hadapi oleh mereka, di pandang sebelah mata oleh kita sebagai ibubapa...akhirnya anak ini memilih jalan sendiri.

Sebab itulah, setiap hari bila buka saja akhbar, maka kita akan terbaca berbagai ceita yang melibatkan remaja dan anak-anak yang masih mentah. Ada yang melarikan diri dari rumah, ada yang merempit, ada yang mencuri, ada yang melakukan maksiat, ada yang terlibat dengan najis dadah dan tidak kurang juga yang menjadi pembunuh seta membunuh diri.

Maka dengan sebab ini lah saya menyeru kepada kekawan semua , mulai pagi ini, carilah masa, buka lah ruang untuk mereka ini.....bagi para remaja yang sedang membaca entri ini....saya pecaya ramai blogger di luar sana terdiri daripada anak-anak remaja,.....berfikirlah semasak-masaknya bila ingin membuat sesuatu keputusan yang tidak masuk akal dan akan merugikan anda semua....jangan mudah menghukum kedua ibubapa mu dengan mengambil jalan pintas....jika meeka kurang bertanya ....anda sebagai anak pergi lah mendapatkannya dan bertanya serta berbincang.....jalan yang amat mudah jika mereka masih sibuk....tanyalah kepada kedua datuk dan nenek mu ....kerana mereka lebih arif dan jujur dari mereka yang di luar.

       SAYANGILAH ZAMAN MUDA MU....SAYANGILAH ANAK-ANAK KITA

Sabtu, 25 Februari 2012

JANGAN !!! .... WALAU TERDESAK

Sedih saya membaca akhbar semalam...kenapa mereka boleh jadi begini ? kemana perginya anggota keluarga mereka ? Apa pun yang berlaku hanya mereka saja yang tahu, mungkin di sebabkan tekanan hidup dan kemiskinan membuat mereka bertindak demikian.

Ragut ini pada pandangan saya terdiri kepada dua golongan, iaitu meragut kerana hobi dan tabiat mereka dan meagut atas desakan hidup.

Meragut kerana hobi atau mempunyai tabiat buruk sememangnya harus di hukum dengan setimpal hukuman agar dapat memberi kesedaran kepada mereka.

Akan tetapi bagaimana pula dengan meragut kerana terpaksa disebabkan desakan hidup yang serba kekurangan. Mengikut hukum dunia dan Polis adalah didapati bersalah...tapi bagaimana dengan hukum Allah...????

Pernah suatu ketika dulu, kita digemparkan dengan seorang ibu yang sedang sarat mengandung telah ditangkap kerana mencuri susu, tuala pelekat wanita dan lampin bayi semata-mata tiada duit untuk membeli barang untuk persediaannya melahirkan anak disebabkan ditinggal kan suami.


Jadi kepada suami-suami di luar sana terutama yang baru mendirikan rumahtangga, jaga lah isteri kamu, jangan lah di ajar atau memaksa mereka melakukan perkara-pekara yang di larang. Masih banyak lagi cara untuk mendapatkan duit....carilah kerja walau dengan meneima bayaran yang rendah.

Si isteri pula, wajib kertas diri kamu meminta diceraikan dan menolak arahan meragut ini. Janganlah oleh kerana dia suami kamu, maka kamu harus mengikut semua arahannya. Jika perlu dan benar-benar sayangkan suami kamu tadi, buatlah lapuran polis.

Bagi anggota keluarga pula, jika benar anak ini telah menderhaka dan putus hubungan, jangan lah di biarkan mereka hanyut begini, teutama jika anak kita itu perempuan. Jangan kerana marahkan mereka, mungkin anda tidak suka kepada menantu tadi, janganlah kita menghukum mereka dengan tidak mengambil peduli langsung perkembangan mereka.

Dan kepada masyarakat pula, janganlah kita mengikut hati yang marah hingga memukul mereka ini dan yang bestnya ...ada dikalangan kita terlalu perihatin hingga sanggup tumpang sekaki memukul mereka yang bersalah tadi. 

Saya bukannya ingin membela para peragut, tetapi sedih dengan sikap remaja kita, samaada dia seorang peragut atau pun seorang mangsa. semua kita adalah manusia yang boleh berfikir.


Jumaat, 24 Februari 2012

stick man VS coachnike28


happy birthday...mr stick man





tak ingin ketinggalan untuk bersama-sama meraikan hari yang meriah ini....walaupun tahu tarikh tutup dah tamat....sebab itu saya buat entri ini lambat kerana tahu tak boleh pergi jika terpilih.....sebab jauh di Kuala Lumpur....so entri ini hanya untuk rakan blog semua....dan kepada yang terpilih tu....jgn lupa snap foto dengan mr stick man....????? cari la ideal mcm mana nak dapat foto tu nanti.

anyway....to nuffnang...thanks to be there when we need sometime to write  and to share our happening stories with our friends out there. This flat form turns us to be someone now. Those day we don't had any friends like now. something when we fell lonely...in a second,.this flat form can switch us into a different world....the world which is full of stories, friends and happiest moment.

thanks again ...and wish you all ...HAPPY BIRTHDAY & WISH YOU ALL THE BEST.

blog background juga khas untuk majlis ini......selamat berhibur.






Rabu, 22 Februari 2012

REPLIKA PIALA DUNIA YANG BAHARU.


Salam dan Hai....sibuk sikit sebab tu entri berselang hari.....sori ya kepada kekawan semua.

Kali ini saya nak buat entri untuk segment relex sekejap.... , macam biasa untuk hilangkan stress kekawan semua, macam segment pertama dan kedua saya dulu.....dah baca ke ? , kalau terlepas di sini saya sertakan sekali lagi....so senang-senangkan diri untuk membacanya.


Untuk kali ini bersempena dengan tajiuk blog saya "coachnike28" dan mempromosi sukan bolasepak serta piala dunia, saya sediakan entri berikut........layan je 

Sebagai seorang jurulatih bolasepak yang mempunyai lesen dari FAM , di sini saya ingin memperkenalkan satu taktik dan latihan untuk melatih seorang pemain bolasepak terutama untuk pemain negara kita MALAYSIA & HARIMAU MUDA dan saya percaya jika coach memggunakan cara ini untuk melatih para pemain, kita boleh menghasilkan banyak jaringan.....ingat, mesti guna kekuda kaki untuk menyepak bola ya.....Lakukan latihan ini setiap hari ....comfirm !!!!! hasilnya ....BUKAN JANJI TAPI PASTI.



Ini cara menanduk bola.....ingat pastikan jangan pejam mata....dan sentuhan mesti tepat-tepat di dahi....confirm masuk......????




Untuk penjaga gawang pula, ini latihannya....tapi ingat kena tangkap bukan menampan je...... pasti tak bolos gawang kita......so.... jurulatih negara dan negeri semua , tunggu apa lagi mulakan latihan ini ya....



Buat peminat Piala Dunia dan FIFA . Rasanya dah berkurun kita sedunia berebut piala tersebut....oleh yang demikian dah sampai masa kita tukar piala lama...dengan piala dunia yang baru.....seperti di bawah.....okey tak....????cepat hantarkan undian dan comment anda.....sebelum saya hantarkan kepada FIFA...

REPLIKA PIALA DUNIA YANG BAHARU
Sampai jumpa lagi.......bye

Khamis, 16 Februari 2012

BETUL ATAU SALAH...??

Jodoh & Ajal di tangan Tuhan...kita manusia hanya mampu merancang...tapi Allah yang menentukan apa yang baik untuk umatnya.

Sebelum saya menulis dengan lebih jauh lagi izinkan saya mengucapkan takziah kepada keluarga En. Jamaluddin Ahmad dan isteri diatas pemergian anak sulungnya adik Muhamad Nazren dan semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang di kasihi.

Sayu saya membaca cerita ini, kerana sayangkan anak dan ingin memenuhi hasrat anaknya, si bapa telah membelikan sebuah basikal untuk kegunaan anaknya ke sekolah.

Bukan niat saya ingin manyalahkan keputusan dan tidakan En. Jamaluddin tetapi apa yang saya tulis ini adalah berpandukan apa yang saya lihat di sekeliling saya.

Sudah hampir 3 tahun, saya telah  berhijrah ke kampong dari Kuala Lumpur. Banayk perkara-perkara yang dapat saya lihat, perbezaan kehidupan seharian di bandar besar seperti Kuala Lumpur dengan sebuah bandar kecil di kampong.

Perkara yang paling ketara sekali adalah tentang perhubungan anak-anak dengan ibubapa.....Kalau dulu kita boleh bermegah dan memberi pujian serta membuat contoh sebuah keluarga di bandar kecil (kampong) tentang pergaulan serta kasih sayang seorang ibu atau bapa kepada anak-anak mereka. Tetapi sekarang lain jadinya....sebagai contoh, semasa saya tinggal di Kuala Lumpur, amat jarang sekali saya dapat melihat anak-anak kesekolah dengan menunggang basikal. Jika ada pun jarak perjalanannya sangat dekat. 

Kebanyakan keluarga di bandar boleh meluangkan masa menghantar anak-anak mereka sendiri hingga ke pintu pagar sekolah.....tetapi di sini (kampong), ibu bapa lebih galakkan anak-anak mereka menaiki basikal atau bas.

Betul...mereka nak pergi kerja....tapi percaya tak jika saya katakan ada dikalangan anak-anak ini berjalan kaki di dalam gelap di subuh sunyi dan berpanas terik di tengahari,  sejauh lebih 5 km semata-mata ingin kesekolah.

Mana perginya sikap sayangkan anak kita, mana perginya tanggung-jawab kita hingga sanggup membiarkan mereka dalam kesusuahan dan kepenatan.

Maut tidak dapat dielak...tetapi kita mampu menjauhkan bahaya ini dengan mengambil sikap lebih peka serta berjaga-jaga, Janganlah kita sebagai ibubapa lebih pentingkan diri sendiri....ada juga seorang anak terpaksa mencuri duit dikelas semata-mata ingin membeli makanan di kantin, bila ditanya oleh guru, jawabnya ayah hanya memberi 50 sen saja sebagai wang saku.....itu iah sikap si ayah...membeli rokok sehari sampai 2, 3 kotak boleh tapi keperluana anak diabaikan.

Oleh yang demikain saya berpesan pada diri saya dan juga kepada ibubapa di luar sana , ubah lah sikap, berfikirlah dahulu sebelum membuat sesuatu..janganlah kita salahkan takdir diatas apa jua kecelakaan yang menimpa. Segala kejadian itu mesti ada sebabnya, tilik lah diri di cermin, kaji lah mana silap kita dalam membesarkan anak-anak. Bak kata perpatah :-

SESAL DULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA LAGI.





Ahad, 12 Februari 2012

PELACUR BUDAK LELAKI

" Kita cepat risau andai anak perempuan balik lewat malam atau tak balik rumah, tapi kebanyakan kita tidak terlalu risau prihal anak-anak lelaki kerana sangkaan kita anak lelaki pandai menjaga diri dan tak ada DARA untuk dijaga......." begini lah sebahagian petikan yang di luahkan oleh seorang remaja kepada pengaranag En Shaidan Jaafar.

Saya amat tetarik dengan isu yang diperkatakan oleh remaja ini dan di atas keberanian beliau berkongsi cerita demi kebaikan kawan-kawan yang masih sesat dan hanyut di luar sana.

Benar katanya....kebimbangan kita terhadap anak lelaki tidak sekuat kebimbangan terhadap anak perempuan. Tetapi dengan adanya golongan-golongan yang tidak bertanggung jawab, kini kegiatan dan pergerakan anak-anak lelaki telah merisaukan kita malah hingga di peringkat pemimpin negara.

Pihak Kerajaan juga haruslah membuat permantauan terhadap pusat-pusat hiburan Gay. Disana berbagai jenis dan perangai manusia yang ada....anak-anak yang bermasalah rasa dihargai bila berada disana, dengan layanan dan janji-janji kosong akhirnya anak-anak ini akan hanyut jauh dan tersesat jalan untuk kembali kepangkuan kita.

Kenapa ya boleh jadi begini.....kenapa anak lelaki kita berubah sikap ?. Kenapa mereka senang dan mudah terpengaruh ?. Pernah tak kita sebagai keluarga terfikir perkara sebegini ? dan apa akan jadi, jika ia berlaku kepada anak-anak kita ?. Banyak sangat persoalan yang akan timbul jika kita benar-benar mahu memikirkannya. Tapi jika hanya terus berfikir saja pun tidak berguna tanpa kita membendungnya.

Pernahkah kita terfikir satu perkara....kita sering bertanyakan anak-anak lelaki kita dengan soalan-soalan lazim seperti sudahkan mereka makan, sudah mandi ke, bagaimana dengan kerja sekolah dah siap ke dan banyak lagi. Rasanaya amat jarang sekali masyarakat kita menanyakan soalan-soalan berbentuk peribadi....contoh adakah dia menghadapi apa-apa masalah. Mungkin mereka susah untuk berkongsi masalah dengan kita berbeza dengan anak perempuan kita....kenapa ya ?. Ini adalah kerana kita tidak pernah melayan mereka sebagai seorang kawan dan menjadi seorang pendengar yang baik.

Kita sering bertanyakan bagaimana dengan guru di sekolah...tapi pernah tak kita bertanya kan bagaiman dengan diri kita, adakah kita telah menjadi seorang bapa yang baik.

Oleh yang demikian marilah kita sama-sama meluangkan masa yang berkualiti untuk anak-anak kita ini agar di SANA nanti, kita tidak di persalahkan kerana gagal mendidik dan menjaga amanat dari ALLAH ini.

Untuk langkah awal, pantaulah kegiatan anak-anak kita yang sedang asyik melayari laman FACEBOOK. Memang betul laman ini hak peribadinya , tetapi pecayalah dari sana lah bermula segalanya.

Sebagai contoh, saya membuka laman ini untuk anak saya yang baru berusia 11 tahun dan memantaunya serta memberikan syarat kepadanya jika mahu mempunyai laman Facebook ini. Setiap kawan yang ingin dikenalinya mesti mendapat kebenaran dari saya. Dan kita mestilah menjadi kawannya juga . 

Saya juga menggunakan email yang dibuka khas untuknya dan hanya kita saja yang tahu katalaluan nya. Jika kita mendidik mereka dari awal maka hasilnya tidak pernah mendukacita kan kita.

Sebagai penutup cerita sekali lagi ingin saya meminjam kata-kata pengarang untuk renungan dan tindakan kita semua....

" SELAMATKAN ADIK-ADIK KITA "