Pengikut

Selasa, 10 Januari 2012

BALASAN AKAN TIBA JUA....


Salam buat rakan blog semua.....rasa lama jugak tak buat entri, maklumlah sibuk sikit dengan minggu persekolahan ni....

Bercerita pasal persekolahan, saya berharap anak-anak kita dapat menimba ilmu bukan saja untuk bekalan di masa hadapan tapi yang lebih penting untuk membentuk seseorang itu menjadi anak dan insan yang sempurna dari segi didikan moral dan agama.

Di harap semua ibubapa cari lah sedikit ruang dan masa walaupun sibuk mencari kekayaan agar dapat bersama anak-anak, kerana kelalaian dan sikap tak kisah kita akan merugikan kita kelak.

Lihat saja lah keratan akhbar hari ini, rasa amat sedih dan malu kerana di zaman yang serba maju ini, masih ada lagi golongan yang tidak tahu mengenang jaga kedua orang tua yang telah melahirkan dan membesarkan mereka .

Saya percaya kebanyakan dari mereka ini terdiri daripada golongan yang cerdik pandai....tetapi ke mana hilangnya nilai berterimakasih dan kasih sayang mereka hingga sanggup membuang ibubapa mereka.

Lebih menyedihkan lagi....ibubapa yang perlukan perhatian dari anak-anak semasa mereka sakit diperlakukan sebagai sampah dan dibuang ke hospital-hospital.

Ingatlah wahai mereka yang terlibat.....tidakkah dulu semasa kecil, kedua ibubapa mu menjaga mu bagai menatang minyak yang penuh....dan bila demam, mereka tidak lena dan lalu makan kerana memikirkan dirimu yang sedang sakit. Apakah ini balasan yang kita beri untuk kedua ibubapa kita.

Seperkara lagi....saya merasa amat malu, sebagai seorang umat islam yang kita tahu islam adalah agama yang indah dan penuh dengan kasih-sayang.....tetapi bila melihat perangkaan indeks yang di keluarkan....orang islam mendahului dalam perkara ini.

Ayuh lah bangsa ku....sudahlah, hentikan tabiat burukmu ....ingat.... kita juga akan menjadi seorang ibu dan bapa yang akan mempunyai anak-anak. Apa yang akan kita rasakan jika, anak-anak kita kelak membuat dan membuang kita seperti mana yang kita pernah lakukan. Insaf lah.....sayangilah ibubapa mu....rawatlah mereka di masa mereka sakit. Lindungi dan kenanglah jasa mereka kitika mereka masih ada.



Khamis, 5 Januari 2012

BAPA KU....GENGSTER...!!!

Hari ini pihak berkuasa iaitu pihak Polis telah membuat satu pendedahan untuk ibu bapa tentang penglibatan anak-anak muda dalam kumpulan kongsi gelap. Kali ini mereka mahukan semua ibubapa melihat serta mengambil tahu cara anak-anak ini bersalam-salaman apabila berjumpa kawan-kawan.

Penampalan logo-logo kumpulan kongsi gelap di kenderaan terutama motor, buku, beg dan sebagainya juga salah satu cara yang boleh kita lihat untuk mempastikan adakah anak-anak ini terlibat.

Pihak berkuasa juga merumuskan bahawa pengaruh filem-filem tempatan yang berunsur kepada keganasan dan kongsi gelap juga telah sedikit sebanyak mempengaruhi anak-anak ini.

Secara ringkasnya Polis mahu ibubapa memantau dan mengawasi anak-anak kita dari terlibat dengan kumpulan kongsi gelap yang sedang memancing mereka terutama yang masih di bangku sekolah. 


Sebenarnya kongsi gelap ini sudah lama bertapak dan wujud di negara kita. Cuma kebelakangan ini saja penonjolan mereka begitu ketara.

Akan tetapi....pernah kah mereka semua terfikir dari mana datang semua keinginan ini...? Pecaya kah rakan blog semua jika saya katakan semua ini datang dari kita sendiri iaitu dari seorang bapa.


Kenapa saya berkata demikian....????!!!!



Cuba rakan blog semua perhatikan, siapa yang lebih ramai menggunakan salam gengster atau salam buah ini....jika kita berkunjung ke kedai kopi ...kebanyakan mereka terdiri daripada kaum bapa dan ada kalanya mereka yang telah lanjut usia...Jadi anak-anak muda ini akan tertanya-tanya siapakah mereka ini.

Tentang pelekat logo di kenderaan....telah menjadi trend rakyat malaysia akan menampalkan logo-logo ini di kereta masing-masng terutama di nombor pendaftaran dan di cermin kereta. Setelah di tanya oleh anak-anak tentang pelekat ini....dengan perasaan bangga si bapa tadi menerangkan kepada anak mereka.

Pernah berlaku di salah sebuah sekolah di negara kita, di mana seorang bapa datang kesekolah mencari seorang guru yang terlibat dalam mengambil tindakan displin kepada anaknya, mengugut guru tadi didepan anaknya,  sambil memberi amaran bahawa dia adalah salah seorang anggota kumpulan kongsi gelap.

So siapa yang silap.....kita jarang mendengar kumpulan kongsi gelap di ketuai oleh anak-anak muda akan tetapi di dalangi oleh orang yang lebih dewasa dan yang kita panggil Ayah atau Bapa.

Jadi siapa patut di pantau....anak-anak kita atau diri kita sendiri. Renung-renungkn lah......




Rabu, 4 Januari 2012

HUKUMAN DITANGAN SENDIRI...!!!


Tak sangka ya.....dalam kita sibuk menanam azam untuk tahun baru, rupanya masih ada lagi manusia di zaman jahiliah dan berhati binatang. sedih dan terharu saya mrmbaca keratan akhbar ini.......

Cuba kita pause sekejap apa yang sedang kita lakukan.....dan kenang bagaiman agaknya seorang kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa ini diperlakukan sedemikian rupa......

Kita mungkin tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam keluarga ini....hingga bapa anak kecil ini boleh berubah menjadi binatang dan menghukum anaknya.

Apa pun biarlah undang-undang yang menentukan...........

Apa yang ingin saya perkatakan adalah khas untuk ibubapa diluar sana terutama yang masih muda usia perkahwinannya....janganlah kerana marahkan kepada pasangan masinh-masing, anak yang tidak berdosa menjadi mangsa.....mrerka masih kecil....dunia mrerka hanya lah bermain dan apa saja  barang yang boleh menarik perhatian mrerka, akan menjadi barang permainannya.....kita yang dewasa ini, jika benda itu berharga simpan lah ditempat yang mereka susuh hendak mengambilnya dan jika ya pun mereka mengambilnya, jangan lah menghukum mereka diatas kesalahan kita sendiri.

Pada pandangan saya perkara yang utama sekali,  selain dari  merasa pasangan mereka curang atau disebabkan marahkan kepada keluarga mertua masing-masing, adalah berpunca mungkin kerana pasangan ini menghadapi masalah kewangan. Berfikirlah dan berpakatlah agar masalah ini boleh diatasi. 

TETAPI.........ada satu perkara lagi yang boleh mendorong kepada hilangnya pertimbangan seorang bapa kepada keluarganya.....iaitu layan dan kemahuan seorang bapa yang di tolak oleh seroang isteri......pecaya tak jika saya berkata begini....

Cuba kaum hawa berfikir sejenak...tahun 2011 ...bagaimana layanan kita terhadap suami, maksud saya diranjang....adakah ianya sehangat mula-mula berbulan madu dulu atau sebaliknya....jika ada berubahlah....bukan semua masalah itu besar jika kita suami-isteri bertolak ansur ....so fikir-fikirkan lah demi sebuah keluarga yang harmoni.....

Di tahun baru ini....jangan lah penolakan kita itu mambuat pasangan kita bertindak di belakang kita.....





" CREDIT " UNTUK MEREKA.

Salam untuk blogger semua...terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas kepada kakitangan BABY HATCH kerana segala usaha yang murni ini mula menampakkan hasilnya. Pada tahun lepas saya ada membuat entri mengenai badan ini.....(wah, macam jauh je 2011 tu meninggalkan kita). Untuk menyingkap tentang entri yang lalu dan buat mereka yang terlepas membacanya, di sini saya sertakan entri tersebut sekali lagi....




Sekarang saya rasa pihak pengurusan BABY HATCH boleh lah mengatur bagaimana bayi-bayi ini boleh diserahkan kepada keluarga angkat yang benar-benar berkelayakan untuk menjaga mereka yang comel ini untuk di jadikan anak angkat mereka.



Di negara kita ini, saya pecaya di luar sana terdapat ramai suami isteri yang berjaya dalam hidup dan berkedudukan tinggi tetapi masih gagal untuk mendapatkan cahaya mata hingga berlaku perceraian.....so dengan adanya BABY HATCH secara tak langsung perkara ini dapat di kurangkan.

Dengan cara ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban perbelanjaan untuk mengendalikan pusat ini. 

Tetapi jangan lah pengambilan anak angkat ini di buat tanpa ada peraturan yang teliti supaya kehidupan bayi ini benar-benar terjamin dan tidak terbiar setelah diserahkan kepada keluarga angkat yang berkelayakan ini..

Syabas sekali lagi kepada kakitangan pusat BABY HATCH diatas usaha yang murni ini. Segala jasa mu , hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Ahad, 1 Januari 2012

coachnike28 BERSAMA Nuffnang


selamat tahun baru ...2012

bersama wife tersayang....
Rasanya,  kebanyakan rakan blog semua, bangun lewat hari ini...maklumlah malam tadi dok mendongak langit tengok pertunjukan bunga api....

dia lah...RATUKU
Sempena tahun baru ini ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua blogger yang melawat blog saya.....

Pada jam 12.13 malam bertarikh 27 Ogos 2011...atas dorongan orang tersayang, " coachnike28 " di lahirkan. Dengan entri pertama iaitu "catatan suaikenal-coachnike28". Saya mula melangkah. Dengan berbekalkan pengetahuan yang Zero tentang menulis blog, saya mula terpikat dengan beberapa blog yang banyak memberi panduan agar saya terus maju kehadapan.


Saya mula berjinak-jinak dengan nuffnang......setelah menyertai mereka, saya rasa amat rugi sekali kerana lambat bertindak, segala kemudahan yang di sediakan oleh pihak nuffnang sebenarnya amat berfaedah dan memberi pulangan yang lumayan. 

Yang paling penting sekali...dengan menyertai nuffnang saya mula mengenali ramai blogger-blogger di luar sana yang jauh lebih berpengalaman dari saya....tengok sajalah layout blog saya, rasanya kosong saja dan basic sekali berbanding dengan  mereka ini. Harapan saya, di tahun 2012 ini blog "coachnike28" akan menjadi pilihan orang ramai dan bertambah menarik cara penyusunannya.

Pada hari ini....1 Januari 2012...jam 3.00 pm, blog coachnike28 telah mempunyai 60 entri, dan telah menerima kunjungan yang ke 2000 pada hari ini. Sekali lagi ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pengunjung dan blogger semua.

" coachnike28" juga telah mempunyai seramai 58 pengikut...yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama...kepada mereka ini tidak ada apa yang dapat saya berikan, hanya mengucapkan terima kasih dan sebagai balasan kesudian semua...saya akan sentiasa melawat dan membaca blog tuan-puan semua.
Perkara yang amat mencuit hati saya ....selama 5 bulan saya menulis blog....tau tak saya baru mengumpulkan RM 3.50 didalam akaun nuffnang saya dan RM 0.60 di dalam akaun churpchurp. Rasa seronok bila membaca mereka yang mendapat cek yang beribu ringgit hasil dari kesabaran dan kepakaran mereka menulis blog....Harapan saya agar "coachnike28" akan boleh memberi sumbangan yang amat bermakna kepada semua pembaca blogger di masa hadapan.

Akhir kata dari saya....thanks to everybody terutama kepada mereka yang memberi komen-komen kepada setiap entri yang saya terbitkan.....rasanya satu kepuasaan kepada saya apabila entri ini ada orang yang memberi komen...dan ianya merupakan satu penghargaan kepada tulisan dan topik itu.


coachnike28's family

Sekali lagi....selamat menyambut tahun baru 2012....Kepada mereka ynag berkerjaya...lakukan kerja itu dengan lebih amanah...Bagi surirumah....sayangi dan hargailah keluarga anda....Bagi pelajar semua.....selamat menyambung pelajaran and do well in your exam..... bye and happy new year..... to all...







Sabtu, 31 Disember 2011

WASIAT TAHUN BARU.

 



Bersempena dengan kedatangan tahun baru 2012, saya amat tertarik dengan satu tulisan yang diterbitkan oleh akhbar yang mana boleh dikongsi oleh kita semua.

Ianya mengenai wasiat Hassan Al-Banna untuk memulakan tahun baru.


Disini saya cuba ringkaskan apa yang di wasiatkan oleh beliau...untuk renungan kita semua.

·        Segeralah menunaikan solat sebaik saja mendengar azan seawal yang mungkin. Ini membuktikan kesungguhan anda.
·        Membaca dan cuba menghafal Al-Quran serta memahami mesejnya. Ianya akan member ketenteraman, kedamaian dan keselamatan kepada anda.
·        Dorong diri untuk mrnguasai bahasa Al-Quran. Mulakan walaupun sepatah perkataan.
·        Awasilah pertengkaran kerana disana ada unsur lain yang membisikkan iaitu syaitan.
·        Senyumlah selalu tetapi bersederhana dalam ketawa agar tidak menular keburukan dalam diri.
·        Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan kerana tanpa serius hilanglah kesungguhan. Tanpa bergurau tawarlah kehidupan.
·        Kawal nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu.
·        Usahlah mengumpat dan merendah-rendahkan kumpulan lain.
·        Luaskanlah interaksimu dengan umat yang lain. Salam kemesraan adalah untuk sejagat.
·        Memaksimumkan faedah penggunaan waktu dan masa. Biasakan hidup berjadual dan bijaksana menggunakan waktu anda.

Semoga renungan ini dapat meningkatkan lagi amalan kita ditahun baru 2012 nanti.......

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 UNTUK RAKAN BLOG SEMUA.

Ahad, 25 Disember 2011

GADIS TERHANGAT DI AKHBAR....!!!!





Rasanya dah banyak kita membaca dan bercerita tentang gadis tempatan di tipu oleh Awang Hitam sepanjang tahun ini. Di blog saya pun dah beberapa kali saya menulisnya....semua yang saya tulis ini adalah datang dari pandangan mata kasar saya setelah membaca dan mengenangkan bagaimana nasib gadis kita, yang penuh dengan tata susila ketimuran serta berpendidikan tinggi boleh terjebak ?.

 




 

 













Apa yang paling menarik sekali tentang gadis-gadis kita ini selain dari menagih cinta....kebanyakan kes yang berlaku melibatkan sejumlah wang ringgit yang besar......SEKARANG ...barulah saya tahu, rupanya gadis-gadis tempatan kita mempunyai harta yang banyak terutamanya wang.....


Kali ini saya nak memberi sedikit pandangan...tetapi rasanya bukan untuk gadis-gadis diluar sana yang sedang menunggu untuk menjadi mangsa seterusnya, sebab dah banyak cerita di siarkan di media massa untuk mereka sedar, tetapi kali ini saya ingin memberi pandangan kepada pihak akhbar terutamanya kepada EDITOR dan PEMBERITA....bolehkan ???? sebabnya akhbar  mempunyai pembaca yang ramai berbanding dengan blog.... kerana di blog hanya mereka yang berminat saja akan membacanya.

Pandangan dan permintaan saya adalah agar mereka ini lebih banyak mengeluarkan atikel yang berbentuk nasihat dan cara-cara bagaimana untuk mengelakkan diri dari terjebak kedalam jerat Awang Hitam ini. 

Berita tentang mangsa yang terlibat belum cukup kuat dan mungkin gadis-gadis ini belum nampak dengan jelas akibat-akibat yang bakal dihadapi mereka.

Mungkin juga mereka yang sedang terjebak tidak tahu bagaimana atau merasa malu untuk membuat aduan agar mereka dan harta benda mereka boleh diselamatkan.

 So....harapan saya, dengan adanya panduan ini...diharap mereka tidak rasa tersisih atau hilang punca untuk diselamatkan.