Pengikut

Jumaat, 4 November 2011

TOLONG AKU TIDAK BERDOSA...!!!!

Hi..rakan blog semua..kita sering kali di kejutkan dengan kes pembuangan bayi, dan saya juga pernah menulis "SIAPA BINATANG...?" di blog saya dan jika ada yang belum mambacanya saya sertakan linknya di sini:

http://coachnike28.blogspot.com/2011/10/siapa-binatang.html

Lihatlah betapa serba salah jika sesuatu benda hendak dilaksanakan...ada yang menggunakan hukum hakam islam dan kurang menyokong bila pusat ini ingin di laksanakan suatu ketika dulu. Ada Pro dan Kontranya..

Syabas dan tahniah kepada mereka yang tidak putus-putus berusaha agar anak-anak yang tidak berdosa ini dapat hidup seperti anak-anak lain.


Cuma apa yang perlu masyarakat pahatkan di minda masing-masing adalah untuk menerima mereka ini dengan tangan terbuka. Jangan lah menghukum kesalahan anak-anak ini seperti  menghukum ibubapa mereka.

Berikan ruang yang benar-benar luas kepada ibubapa terlanjur ini agar mereka menginsafi dengan memberi bimbingan serta tunjuk ajar dari kita. Biarlah mereka yang terlanjur ini merasa selesa dan tidak merasa takut untuk tampil ke pusat yang disediakan ini demi menyelamatkan nyawa anak kecil dan ibu nya.

Bagi mereka yang telah terlanjur, insaflah dan jangan ditambah lagi dosa yang ada dengan dosa membunuh... Mahukah gelaran SEORANG PEMBUNUH berlegar di fikiran masing-masing hingga ke akhir hayat.

Bagi keluarga pula...janganlah perkataan menconteng arang ke muka harus di utamakan sehingga mendorong anak-anak terlanjur ini tidak ada pilihan lain selain dari membuang bayi ini dan membawa kepada kematian serta menafikan hak bayi yang tidak berdosa ini untuk melihat dunia..

" ANAK ADALAH ANUGERAH ALLAH YANG TIADA NILAINYA.... IANYA UNTUK DIBELAI SERTA DIKASIHI, BUKAN UNTUK DIBUANG DAN DITINGGALKAN  "

Khamis, 3 November 2011

RM500......???!!!


Salam buat rakan blog semua....terlebih dahulu izinkan saya merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang mendoakan kesejehteraan mama saya...moga Allah memberi kesejehteraan kepada mereka. Rasanya lama jugak saya tak menulis..agak rindu juga.

Untuk paparan kali ini, ingin saya berkongsi tentang kesudian pihak kerajaan memberi bantuan RM500 kepada keluarga yang berpendapatan RM3,000.00 kebawah.

Desas-desus yang saya dengar mengatakan, beberapa kriteria perlu ada untuk melayakkan mereka menerima bantuan tersebut, antaranya :-

1. Mesti mempunyai 5 orang anak.
2. Mesti berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
3. Berpendapatan RM3000.00 ke bawah.


Banyak juga yang saya dengar apa yang di perkatakan di sekeliling, dengan bermacam-macam alasan dan andaian...ada yang menerima baik dan tidak kurang juga yang membantah dan memandang sinis.

Pada saya, niat murni ini perlulah di tunaikan dengan niat yang benar-benar ingin membantu. Tak kiralah berapa nilai bantuan asalkan ianya ikhlas dari pihak kerajaan. Bagi mereka yang masih tidak dapat menerima niat kerajaan ini, diharap janganlah mula membahasnya dengan bermacam-macam kritikan...tunggu lah dulu kerana ianya belum dilaksanakan lagi. Kita tunggu dan lihat dulu apa syarat-syaratnya...harap bersabar.


Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik link di bawah :
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2011&dt=1102&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Ahad, 30 Oktober 2011

MAMA SEMBUHLAH......!!

MAAF UNTUK RAKAN BLOG SEMUA KERANA TIDAK ADA CORETAN DARI coachnike28 SEJAK 2 , 3 HARI NI...INI KERANA BERADA DI KUALA LUMPUR  DI SISI MAMA TERSAYANG YANG SEDANG SAKIT...BUAT MAMA...

mama...telah banyak kau korbankan untuk kami anak-anakmu,
penderitaan mu untuk melihat kami berlari di dunia yang luas ini tidak dapat kami nilaikan dengan apa pun di dunia ini...rasanya belum cukup aku rasakan belai kasih sayang mu...belum sempat aku membalas semua pengeorbanan mu...kini kau menanggung lagi ujian Allah...

Ya..Allah berikan lah ketabahan mamaku menghadapi dugaan darimu, sembuhkan lah dia dengan kekuasaan mu...dan gembirakan dia...sesungguhnya kau lebin berkuasa dan maha mengetahui...AMIN

Jumaat, 28 Oktober 2011

MAXIS..... KAU PENYELAMAT


SYABAS MAXIS....sekali lagi berjaya menyediakan satu-satunya  gadget yang amat mambantu kepada rakayat Malaysia amnya.

Bukan hanya menumpukan kepada keuntungan semata-mata, malahan Maxis juga membuktikan bahawa kehadiran syarikat telekomunikasi juga boleh membantu kita mengurangkan kes jenayah seperti kes kehilangan kanak-kanak.
 

Dengan menyebarkan berita kehadiran KIDDY TRACK di mata masyarakat, ianya sedikit sebanyak akan mengingatkan si penjenayah di luar sana dan akan lebih merasa takut untuk menculik.

Sekarang ibubapa boleh menarik nafas panjang dan tidak perlu risau jika ingin pergi bersiar-siar atau membeli belah. Walaupun ada bayaran di kenakan tetapi perlu diingatkan mana yang lebih berharga, WANG RINGGIT yang boleh kita cari atau ANAK-ANAK kesayangan kita.

Syabas dan Terimakasih sekali lagi kepada MAXIS.



CARTA BAGAIMANA KIDDY TRACK DILAKSANAKAN

Rabu, 26 Oktober 2011

RTM BUAT SILAP LAGI

Melihat pada tajuk pada dada akhbar ini memang ringkas dan padat.

Biasalah dalam kehidupan kita seharian dengan adat ketimuran, maaf- memaafkan tu adalah satu adab resam kita. Tak kira lah sama ada kesalahan itu besar atau kecil.

bahan harian metro

Saya bukannya nak menyalahkan bulat-bulat sikap RTM...tetapi ini adalah dari kaca mata saya...

Kita sedia maklum sekarang ni terlalu banyak rancangan yang di alih bahasa...dan untuk membuatnya mesti lah melalui beberapa proses  kerja yang rumit.

Melalui kerja ini, ada satu proses yang di panggil "dubbing" iaitu proses memasukkan suara yang di alih bahasa, jadi mustahil perkara ini tidak dapat di kesan dari awal...tak tahu lah saya jika mereka menutup mata bila merakamkan suara.

Yang paling ketara sekali, masa proses "editing", ni lagi besar peranan nya kerana mereka harus teliti filem tu setiap saat dan berulang kali, sebelum mengunting mana yang tak perlu di tayang, jadi tidak timbul perkara terlepas pandang.

Proses yang terakhir sekali, pratonton sebelum di terbitkan...ini dilakukan untuk memastikan sesuatu cerita itu di buat dengan kemas dan  tak adalah suara keluar dulu, baru mulut pelakun bergerak.

Jadi..diharap jangan lah tahu meminta maaf sahaja...Masyarakat sekarang lebih peka dan terpelajar. Jangan jadikan budaya meminta maaf satu cara yang mudah untuk menutup kesalahan. Sebagai satu badan yang besar sebenarnya tidak timbul perkataan "terlepas pandang " jika kita mencintai kerja yang kita buat dan lebih bertanggungjawab dan tidak mengamalkan kaedah menutup sebelah mata dengan alasan masyarakat penonton tak perasan.

YANG PALING PENTING...perlu diingatkan rancangan kanak-kanak sekarang ini, bukan saja di tonton oleh anak-anak saja, tetapi sudah ramai ibubapa bersama mereka bila menonton kerana dengan masa yang terhad dan sibuk mencari duit inilah salah satu cara untuk merapatkan kasih sayang antara ibubapa dan anak.

Ahad, 23 Oktober 2011

MASIH ADA MASA UNTUK BERBAKTI..!


DALAM KITA BERSUKA RIA...MASIH ADA INSAN YANG KURANG BERNASIB BIAK PERLUKAN PERHATIAN...LUANGKAN MASA ANDA....TIDAK SEMESTINYA DENGAN MEMBERI WANG RINGGIT...TAPI DENGAN MEMBELI KITA MASIH BOLEH MENDERMA...

" AYUH JADI INSAN YANG PERIHATIN.."......click link di bawah...

http://coachnike28.blogspot.com/2011/10/beli-guna-derma.html

Sabtu, 22 Oktober 2011

" FACEBOOK " TERHANGAT !!!


Hello...rakan blog semua...dah tak tau nak cakap macam mana..tentang FB...Facebook la apa lagi.

Semalam baru je kita di beritahu satu kajian mengatakan perkembangan otak kepada sesiapa yang mempunyai akaun FB dan ramai kenalan. 

Dan saya percaya semalam je berebut-rebut mereka yang masih belum sign-up , mendaftarkan diri...syabas dan selamat datang diucapkan.
Tetapi..hari ni lain pulak ceritanya....malu rasanya nak tulis ..senang rakan blog baca lah sendiri. 

Kenapa lah boleh jadi begini,,,? kalau rakan blog ada terbaca di dalam blog saya yang lepas mengenai Ilmu & Ringgit mana silapnya, sekarang ada lagi satu trend untuk melariskan perniagaan sendirian berhad mereka.

Mana silapnya...penguatkuasaan yang lemah atau maruah kita sudah hilang... Pada saya jika tidak ada permintaan..benda ini tak akan berlaku...bila permintaan tinggi maka pihak berkenaan akan mencari jalan yang mudah untuk melariskan bahan dagangan mereka dengan lebih cepat dan berkesan.ingatlah kebanyakan pengguna laman FB ini terdiri daripada remaja-remaja dari setiap bangsa...mahukah kita merosakkan minda mereka...

Jadi.. TEPUKLAH DADA TANYA SELERA.