Pengikut

Jumaat, 28 Oktober 2011

MAXIS..... KAU PENYELAMAT


SYABAS MAXIS....sekali lagi berjaya menyediakan satu-satunya  gadget yang amat mambantu kepada rakayat Malaysia amnya.

Bukan hanya menumpukan kepada keuntungan semata-mata, malahan Maxis juga membuktikan bahawa kehadiran syarikat telekomunikasi juga boleh membantu kita mengurangkan kes jenayah seperti kes kehilangan kanak-kanak.
 

Dengan menyebarkan berita kehadiran KIDDY TRACK di mata masyarakat, ianya sedikit sebanyak akan mengingatkan si penjenayah di luar sana dan akan lebih merasa takut untuk menculik.

Sekarang ibubapa boleh menarik nafas panjang dan tidak perlu risau jika ingin pergi bersiar-siar atau membeli belah. Walaupun ada bayaran di kenakan tetapi perlu diingatkan mana yang lebih berharga, WANG RINGGIT yang boleh kita cari atau ANAK-ANAK kesayangan kita.

Syabas dan Terimakasih sekali lagi kepada MAXIS.



CARTA BAGAIMANA KIDDY TRACK DILAKSANAKAN

Rabu, 26 Oktober 2011

RTM BUAT SILAP LAGI

Melihat pada tajuk pada dada akhbar ini memang ringkas dan padat.

Biasalah dalam kehidupan kita seharian dengan adat ketimuran, maaf- memaafkan tu adalah satu adab resam kita. Tak kira lah sama ada kesalahan itu besar atau kecil.

bahan harian metro

Saya bukannya nak menyalahkan bulat-bulat sikap RTM...tetapi ini adalah dari kaca mata saya...

Kita sedia maklum sekarang ni terlalu banyak rancangan yang di alih bahasa...dan untuk membuatnya mesti lah melalui beberapa proses  kerja yang rumit.

Melalui kerja ini, ada satu proses yang di panggil "dubbing" iaitu proses memasukkan suara yang di alih bahasa, jadi mustahil perkara ini tidak dapat di kesan dari awal...tak tahu lah saya jika mereka menutup mata bila merakamkan suara.

Yang paling ketara sekali, masa proses "editing", ni lagi besar peranan nya kerana mereka harus teliti filem tu setiap saat dan berulang kali, sebelum mengunting mana yang tak perlu di tayang, jadi tidak timbul perkara terlepas pandang.

Proses yang terakhir sekali, pratonton sebelum di terbitkan...ini dilakukan untuk memastikan sesuatu cerita itu di buat dengan kemas dan  tak adalah suara keluar dulu, baru mulut pelakun bergerak.

Jadi..diharap jangan lah tahu meminta maaf sahaja...Masyarakat sekarang lebih peka dan terpelajar. Jangan jadikan budaya meminta maaf satu cara yang mudah untuk menutup kesalahan. Sebagai satu badan yang besar sebenarnya tidak timbul perkataan "terlepas pandang " jika kita mencintai kerja yang kita buat dan lebih bertanggungjawab dan tidak mengamalkan kaedah menutup sebelah mata dengan alasan masyarakat penonton tak perasan.

YANG PALING PENTING...perlu diingatkan rancangan kanak-kanak sekarang ini, bukan saja di tonton oleh anak-anak saja, tetapi sudah ramai ibubapa bersama mereka bila menonton kerana dengan masa yang terhad dan sibuk mencari duit inilah salah satu cara untuk merapatkan kasih sayang antara ibubapa dan anak.

Ahad, 23 Oktober 2011

MASIH ADA MASA UNTUK BERBAKTI..!


DALAM KITA BERSUKA RIA...MASIH ADA INSAN YANG KURANG BERNASIB BIAK PERLUKAN PERHATIAN...LUANGKAN MASA ANDA....TIDAK SEMESTINYA DENGAN MEMBERI WANG RINGGIT...TAPI DENGAN MEMBELI KITA MASIH BOLEH MENDERMA...

" AYUH JADI INSAN YANG PERIHATIN.."......click link di bawah...

http://coachnike28.blogspot.com/2011/10/beli-guna-derma.html

Sabtu, 22 Oktober 2011

" FACEBOOK " TERHANGAT !!!


Hello...rakan blog semua...dah tak tau nak cakap macam mana..tentang FB...Facebook la apa lagi.

Semalam baru je kita di beritahu satu kajian mengatakan perkembangan otak kepada sesiapa yang mempunyai akaun FB dan ramai kenalan. 

Dan saya percaya semalam je berebut-rebut mereka yang masih belum sign-up , mendaftarkan diri...syabas dan selamat datang diucapkan.
Tetapi..hari ni lain pulak ceritanya....malu rasanya nak tulis ..senang rakan blog baca lah sendiri. 

Kenapa lah boleh jadi begini,,,? kalau rakan blog ada terbaca di dalam blog saya yang lepas mengenai Ilmu & Ringgit mana silapnya, sekarang ada lagi satu trend untuk melariskan perniagaan sendirian berhad mereka.

Mana silapnya...penguatkuasaan yang lemah atau maruah kita sudah hilang... Pada saya jika tidak ada permintaan..benda ini tak akan berlaku...bila permintaan tinggi maka pihak berkenaan akan mencari jalan yang mudah untuk melariskan bahan dagangan mereka dengan lebih cepat dan berkesan.ingatlah kebanyakan pengguna laman FB ini terdiri daripada remaja-remaja dari setiap bangsa...mahukah kita merosakkan minda mereka...

Jadi.. TEPUKLAH DADA TANYA SELERA.

Khamis, 20 Oktober 2011

MY HAPPIEST MOMENT

Dalam kehidupan seseorang, saat yang paling indah adalah apabila bersama keluarga dan dapat menggembirakan mereka, tidak kiralah sama ada keluarga sendiri atau keluarga angkat.

Bagi saya yang hanya berpendapatan rendah, memenuhi permintaan anak-anak apabila mereka berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran adalah merupakan saat dan hadiah yang paling bernilai dan amat berharga. Untuk membawa sebuah keluarga yang besar dan ramai mengunjungi tempat seperti Sunway Lagoon di Kuala Lumpur memang memerlukan peruntukan perbelanjaan yang besar. Tetapi demi anak-anak saya usahakan juga agar mereka gembira dan rasa dihargai. Dengan cara ini saya dapat meluangkan masa dan merapatkan ikatan kemesraan dengan setiap ahli keluarga saya.

Walaupun letih melayan kerenah anak-anak tetapi semuanya terubat apabila melihat riak kegembiraan dan keceriaan pada wajah mereka. Pengalaman percutian dan keseronokan bersama keluarga ini tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

Gambar ini diambil ketika kami bercuti di Sunway Lagoon Kuala Lumpur pada awal tahun 2011 iaitu cuti persekolahan penggal pertama.

BAGUS tidak mestinya TERBAIK

Kerajaan melalui Dewan Bahasa & Pustaka selalu menyeru kita untuk cintakan bahasa kebangsaan. Telah banyak di lakukan mereka untuk memperkayakan bahasa ini lebih-lebih lagi di bangku sekolah.

Kita sering mengambil contoh penggunaan bahasa yang betul samaada melalui pertuturan atau penulisan dari media masa, antara yang terbaik adalah Berita di kaca TV dan akhbar.

Mereka yang terlibat selalu nya amat peka apabila menerbitkan sesuatu rencana. Para penyuting di pertanggungjawabkan dalam menghasilkan berita yang baik.

Tetapi mari kita lihat dan bezakan antara dua akhbar di bawah ini...adakah rakan blog semua dapat mengesan kesilapan yang berlaku di salah satu akhbar ini...?




Jadi di harap pihak berkenaan hendaklah lebih peka lagi. Bukan tak boleh mengunakan perkataan ini, tapi kita kan dah belajar cara penggunaan "..." disekolah dulu untuk nama khas. Mereka yang arif bolehlah terima walaupun hanya menggunakan huruf besar di setiap awalan perkataan..tetapi anak-anak di bangku sekolah yang setiap pagi kita galakkan mereka membaca di pusat sumber akhbar harian ini akan bertanya kepada guru mereka mana yang betul. So fikir-fikirkan lah ya..." CINTAILAH BAHASA KEBANGSAAN KITA "

ISTANA KLASIK BAHARU

Bila bercuti ke negeri Perak Darul Ridzuan, tidak lengkap cuti anda jika tidak meluangkan masa melawat sebuah tugu peninggalan seorang peladang getah terkemuka British iatu KELLIE'S CASTLE.

Istana kota tinggalan Mr. William Kellie's Smith kini sudah pun menjangkau usia 101 tahun dan masih teguh tersergam indah.



Kini kerajaan negeri Perak sedang giat merancang untuk menaik taraf bangunan ini dan menjadikan ia sebuah istana klasik baharu. Kerja-kerja penaikkan dan pengubahsuaian yang menelan belanja RM1.2 juta akan memberi kesan yang besar dan satu daya tarikan kepada pelancOng dalam dan luar negara.

Selain tempat pelancongan, banguana ini dengan keindahan persekitiran yang memukau mata memandang, juga menjadi kegilaan jurugambar-jurugambar dan perancang perkahwinan untuk merakamkan gambar yang indah di hari bersejarah pasangan masing-masing. Pengiat filem dan drama juga sering berkunjung ke sini untuk menmbuat rakaman mereka.
Syabas kepada Kerajaan Neregi Perak...sebenarnya Perak masih banyak tempat-tempat yang indah dengan kehijauan...jadi jika ingin melancung ke utara..singgah-singgahlah ke Perak.

CUTI SEKOLAH SUDAH HAMPIR...JOM BERCUTI..!!!