Pengikut

Khamis, 20 Oktober 2011

MY HAPPIEST MOMENT

Dalam kehidupan seseorang, saat yang paling indah adalah apabila bersama keluarga dan dapat menggembirakan mereka, tidak kiralah sama ada keluarga sendiri atau keluarga angkat.

Bagi saya yang hanya berpendapatan rendah, memenuhi permintaan anak-anak apabila mereka berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran adalah merupakan saat dan hadiah yang paling bernilai dan amat berharga. Untuk membawa sebuah keluarga yang besar dan ramai mengunjungi tempat seperti Sunway Lagoon di Kuala Lumpur memang memerlukan peruntukan perbelanjaan yang besar. Tetapi demi anak-anak saya usahakan juga agar mereka gembira dan rasa dihargai. Dengan cara ini saya dapat meluangkan masa dan merapatkan ikatan kemesraan dengan setiap ahli keluarga saya.

Walaupun letih melayan kerenah anak-anak tetapi semuanya terubat apabila melihat riak kegembiraan dan keceriaan pada wajah mereka. Pengalaman percutian dan keseronokan bersama keluarga ini tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

Gambar ini diambil ketika kami bercuti di Sunway Lagoon Kuala Lumpur pada awal tahun 2011 iaitu cuti persekolahan penggal pertama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan