Pengikut

Jumaat, 9 Disember 2011

10 PANDUAN MANA PILIHAN ANDA ...??

Salam buat semua rakan blog dan masih tak terlewat jika saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua. Entri kali ini sempena menunggu tahun baru 2012 nanti, ingin saya berkongsi sedikit pandangan saya khas untuk semua warga pelajar kampus yang akan memulakan tahun baru pembelajaran tak lama lagi.

Sudah menjadi lumrah bila nak mulakan  tahun pembelajaran yang baru, kita akan sering mengira semua peruntukan yang perlu di belanjakan.

Tidak kira jika  mereka ini datang dari keluarga berkemampuan atau  sebaliknya, mereka tidak akan lari dengan sikap ingin berjimat agar kesempitan kewangan tidak menggangu pembelajaran yang akan berjalan nanti.

Saya amat tertarik dengan 10 panduan yang diterbitkan oleh salah sebuah akhbar tempatan untuk meningatkan para pelajar agar berjimat cermat.


Antara 10 panduan tersebut adalah:-
  1. Amalkan Peraturan 10 %.
  2. Wujudkan Dana Kecemasan.
  3. Amalkan Tabiat Melabur.
  4. Buat Perbandingan Harga Ketika Membeli.
  5. Potong Kad Kredit Anda.
  6. Kurangkan Bil Letrik Anda.
  7. Jadi Pelajar Yang Bijak.
  8. Gunakan Kad Pelajar Anda.
  9. Gunakan Pengangkutan Awam.
  10. Gunakan Internet Untuk Membuat Panggilan.

Secara amnya semua panduan ini amat berkesan sekali jika seseorang mahu berjimat cermat...tapi persoalannya mampukan mereka dan mahukah mereka lakukan......?????

Ya lah pelajar sekarang kebanyakannya tetap mendapat bantuan kewangan dari pihak keluarga....Call atau hantar SMS aje ....esok duit dah ada dalam akaun.

Antara 10 panduan yang kontra dan sering di lakukan oleh para pelajar kampus adalah :-
  1. Mesti Guna Telefon Canggih & Terbaru.
  2. Buat Group Study Di Fast Food Centre.
  3. Motor Dah Tak Relevan...Kena Guna Kereta.
  4. Membeli Barangan Berjenama ( termasuk pakaian, alat berdandan dan wangian)
  5. Kalau Tak Ada Kad Kredit Tak Ada Gaya.
  6. Lebih Banayak Masa Menggunakan Internet Untuk Sembang Kosong.
  7. Mempunyai Keluarga Yang Senang Menunaikan Semua Permintaan.
  8. Sikap Tak Kisah Jika Kesempitan Wang Kerana Keluarga Boleh Membantu.
  9. Suka Menghabiskan Masa Di Tempat Hiburan ( Karaoke & Disco ).
  10. Lalai Terhadap Didikan Agama Hingga Senang Di Pengaruhi.
Jadi...apa kata tahun 2012 ini, saya cadangkan agar para pelajar kampus berazam untuk menjadi seorang pelajar yang lebih bertanggungjawab bukan hanya kepada pelajaran sahaja malahan menyeluruh dari setiap sudut aspek demi menjadi bakal pemimpin yang berwibawa dan tak mudah melatah.


2 ulasan:

  1. Selalu bdk2 UiTM yg duit banyak..yuran tak mahal..seronok la diorang..huhu

    BalasPadam
  2. thanks Cik Ila...tu la pasal lepas tu PTPTN tak nak bayar...

    BalasPadam