Pengikut

Ahad, 12 Februari 2012

PELACUR BUDAK LELAKI

" Kita cepat risau andai anak perempuan balik lewat malam atau tak balik rumah, tapi kebanyakan kita tidak terlalu risau prihal anak-anak lelaki kerana sangkaan kita anak lelaki pandai menjaga diri dan tak ada DARA untuk dijaga......." begini lah sebahagian petikan yang di luahkan oleh seorang remaja kepada pengaranag En Shaidan Jaafar.

Saya amat tetarik dengan isu yang diperkatakan oleh remaja ini dan di atas keberanian beliau berkongsi cerita demi kebaikan kawan-kawan yang masih sesat dan hanyut di luar sana.

Benar katanya....kebimbangan kita terhadap anak lelaki tidak sekuat kebimbangan terhadap anak perempuan. Tetapi dengan adanya golongan-golongan yang tidak bertanggung jawab, kini kegiatan dan pergerakan anak-anak lelaki telah merisaukan kita malah hingga di peringkat pemimpin negara.

Pihak Kerajaan juga haruslah membuat permantauan terhadap pusat-pusat hiburan Gay. Disana berbagai jenis dan perangai manusia yang ada....anak-anak yang bermasalah rasa dihargai bila berada disana, dengan layanan dan janji-janji kosong akhirnya anak-anak ini akan hanyut jauh dan tersesat jalan untuk kembali kepangkuan kita.

Kenapa ya boleh jadi begini.....kenapa anak lelaki kita berubah sikap ?. Kenapa mereka senang dan mudah terpengaruh ?. Pernah tak kita sebagai keluarga terfikir perkara sebegini ? dan apa akan jadi, jika ia berlaku kepada anak-anak kita ?. Banyak sangat persoalan yang akan timbul jika kita benar-benar mahu memikirkannya. Tapi jika hanya terus berfikir saja pun tidak berguna tanpa kita membendungnya.

Pernahkah kita terfikir satu perkara....kita sering bertanyakan anak-anak lelaki kita dengan soalan-soalan lazim seperti sudahkan mereka makan, sudah mandi ke, bagaimana dengan kerja sekolah dah siap ke dan banyak lagi. Rasanaya amat jarang sekali masyarakat kita menanyakan soalan-soalan berbentuk peribadi....contoh adakah dia menghadapi apa-apa masalah. Mungkin mereka susah untuk berkongsi masalah dengan kita berbeza dengan anak perempuan kita....kenapa ya ?. Ini adalah kerana kita tidak pernah melayan mereka sebagai seorang kawan dan menjadi seorang pendengar yang baik.

Kita sering bertanyakan bagaimana dengan guru di sekolah...tapi pernah tak kita bertanya kan bagaiman dengan diri kita, adakah kita telah menjadi seorang bapa yang baik.

Oleh yang demikian marilah kita sama-sama meluangkan masa yang berkualiti untuk anak-anak kita ini agar di SANA nanti, kita tidak di persalahkan kerana gagal mendidik dan menjaga amanat dari ALLAH ini.

Untuk langkah awal, pantaulah kegiatan anak-anak kita yang sedang asyik melayari laman FACEBOOK. Memang betul laman ini hak peribadinya , tetapi pecayalah dari sana lah bermula segalanya.

Sebagai contoh, saya membuka laman ini untuk anak saya yang baru berusia 11 tahun dan memantaunya serta memberikan syarat kepadanya jika mahu mempunyai laman Facebook ini. Setiap kawan yang ingin dikenalinya mesti mendapat kebenaran dari saya. Dan kita mestilah menjadi kawannya juga . 

Saya juga menggunakan email yang dibuka khas untuknya dan hanya kita saja yang tahu katalaluan nya. Jika kita mendidik mereka dari awal maka hasilnya tidak pernah mendukacita kan kita.

Sebagai penutup cerita sekali lagi ingin saya meminjam kata-kata pengarang untuk renungan dan tindakan kita semua....

" SELAMATKAN ADIK-ADIK KITA "

2 ulasan:

  1. perghhh...memang bahaya la skang ni.macam2 ada.memang rosak

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks aReLaN....kita kena lebih peka.

      Padam