Pengikut

Jumaat, 9 September 2011

Beraya cara tahun 2011

Selamat Hari Raya buat semua rakan blogger. So macam mana raya tahun ini? pasti menyeronokkan bermaaf-maafan bersama keluarga dan kenalan sambil makan ketupat rendang.
Bagi diri ku tahun ini tak macam tahun lepas sebab kena beraya di hospital.... bukan aku yang sakit tapi ahli keluarga yang sakit. Yang tak best nya bukan seorang je yang kena masuk wad, tapi dua orang, lepas tu duduk wad sebelah-sebelah...apa lagi aku pulak kalah kan doktor lah kejap ada di wad D5 kejap lagi ada di wad C5,,,,sampai doktor pelik tengok aku ada kat dua-dua wad bila dia buat pemeriksaan. 
Untuk isu yang nak aku kongsi kali ini adalah tentang kecuaian yang berlaku di hospital tersebut semasa menlakukan kerja....bayangkan tengah kesibukan waktu melawat pada hari raya, tapi keselamatan tetap di pandang ringan....ni berlaku di hospital kerajaan...so harap jamgan sampai ada kemalangan jiwa berlaku baru nak bertindak...cuba lah tengok foto yang sempat saya rakamkan ketika berada di tingkat 5 hospital tersebut....

Cuba rakan-rakan blogger teka apa kesalahan yang telah mereka lakukan ? bayangkan kalau ada anak-anak kecil menghampiri pintu lift tersebut....antara kesalahan yang aku perhatikan adalah :-
1. Tiada papan tanda penyelenggaran sedang di jalankan.
2. Tiada pembantu atau seorang pekerja menjaga di pintu lift tersebut.

Jadi...renung-renungkan lah...sampai jumpa lagi.

Sabtu, 27 Ogos 2011

CATATAN SUAIKENAL - coachnike28

 Salam perkenalan buat semua bloger yang saya kenali dan bakal saya kenali. Sebenarnya untuk membuat blog ini sudah lama saya inginkan akan tetapi disebabkan kurang pengetahuan tentang kehadirannya maka keinginan itu hanya tinggal satu harapan.
 Tetapi saya rasa amat bertuah dengan adanya orang yang amat saya sayangi dan kagumi maka terhasillah satu catatan baru dalam hidup saya.
 Keinginan saya mempunyai blog ini adalah kerana saya ingin berkongsi pendapat serta menberi pandangan buat rakan-rakan semua di atas sesuatu isu yang saya lihat dan dengar, yang berlaku seharian di sekeliling saya.
 Harapan saya agar rakan-rakan blog semua dapat memberi pandangan serta berbincang sesama kita agar kita dapat melihat MALAYSIA maju dalan keadaan aman dan damai...dengan izin ALLAH.
 Sekian saya sudahi dulu catatan pembukaan ini dengan memohon maaf terlibih dahulu jika ada perkara-perkara yang tidak menyenangkan mana-mana pihak rakan blog atas apa isu yang saya akan coretkan didalam blog saya nanti. Ini semua adalah datang dari rasa hati kecil saya sahaja dan tidak terniat untuk melukakan hati seseorang.
 Hingga jumpa lagi......TQ