Pengikut

Jumaat, 25 November 2011

RM 1 untuk SATU NYAWA...!!!


Salam & Hi untuk rakan blog semua....Tahun 2011 tak lama lagi akan meninggalkan kita...dan tahun 2012 akan muncul ....TAPI...!!!! ingin saya bertanya kepada rakan blog semua...apakah sumbangan kita pada tahun 2011....cuba kita renungkan sekejap, dalam kegiarahan kita mencari kekayaan, ada tak sedikit sumbangan  untuk bekalan kita di akhirat kelak....????


Kali ini ingin saya merayu kepada rakan blog semua untuk sama-sama membantu adik MOHD AQIL HAFIY FAZLEY ( 4 tahun ) yang mengidap penyakit kanser darah.

Kanak-kanak ini memerlukan RM20,000 untuk membiayai kos perubatan keatas penyakit kansernya...

RM20,000 bukan lah satu jumlah yang besar jika kita semua sama-sama menghulurkan bantuan walaupun RM1, jika di kumpulkan beban keluarga kanak-kanak ini dapat dikurangkan dan yang pentingnya nyawa kanak-kanak ini dapat diselamatkan....




Jadi tunggu apa lagi.....ambil  RM 1 dan kongsi dengan 10 orang rakan blog kemudian masukkan kan ke dalam akaun di bawah,

Itu pun jika tak dapat menyumbang lebih.....tapi jika boleh lebih  sekurang-kurangnya RM10 masukkan terus ke akaun keluarganya seperti dibawah.....ya lah RM1 tak boleh masuk melalui ATM

 AKAUN :- MAYBANK - 166010019941
        NOR ELYZA AHMAD ZUKI

 " HANYA TUHAN SAJA YANG DAPAT MEMBALAS JASA RAKAN BLOG SEMUA DAN MARILAH KITA SAMA-SAMA MENDOAKAN AGAR ADIK MOHD AQIL SELAMAT...AMIN "

TAK SANGKA ATAU SENGAJA....????

Hiaran bila kita fikirkan ???? macam mana seorang yang berpendidikan tinggi boleh duduk diam di negara orang dengan dompetnya hilang.....?

Apa pandangan rakan blog semua dan apakah tindakan rakan blog jika perkara ini berlaku kepada diri sendiri? Kenapa harus mengambil beberapa hari untuk tampil kehadapan dan menerangkan perkara kehilangan ini...? Entahlah jika nak dipersoalkan banyak lagi pertanyaan boleh di tanya....tapi anda fikirlah sendiri....


Bagi saya perkara sebegini tidak harus berlaku jika kita lebih bertanggung jawab....macammana agaknya keluarga pelajar ini apabila nama beliau terpapar di akhbar...? tak mungkin mereka berdiam diri lebih-lebih lagi anaknya jauh di negara orang...

So...nak cerita panjang pun tak guna, cuma diharap jika benar ada agenda lain disebalik kehilangan ini,  diharap mereka yang terlibat insaf lah dan ingatlah perkara ini boleh membangkitkan isu perbalahan antara dua negara,,,,,


Khamis, 24 November 2011

TUHAN BAYAR CASH....!!!

Bagaimana rasanya perasaan rakan blog semua bila membaca keratan akhbar ini....inilah dia yang dikatakan semangat kesukanan. Wisel penamat telahpun dibunyikan dan pingat emas pun dah tergantung dileher pemain kita...apa yang mereka nak lagi.?...saya rasa mereka ni tak payahlah diajak bertanding dan diberi ruang untuk datang kesini....itulah luahan hati bila dah marah.....
Tapi semua ni gara-gara terlalu ikut kan hati...dan di sebabkan nila setitik habis susu sebelanga...di harap pihak kedutaan kita mengambil tindakan berjaga-jaga dan memantau perkara ini sebelum apa-apa perkara yang tidak di ingini berlaku kepada rakyat kita.

Buat rakyat Malaysia yang budiman...janganlah kita ikut perangai mereka ini. Janganlah kita membalas dendam kepada rakyat mereka yang berada di negara ini....ingatlah zaman serba maju dan moden ini saya sering kali terdengar perkataan " SEKARANG TUHAN BAYAR CASH "....jadi bersabar lah, kita tengok aje, memang jika ikutkan hati memang geram...

BARU KENA BUKU DENGAN RUAS...!!!

bahan harian metro


Salam....rakan blog semua..macam mana dengan entri relex sekejap saya tentang UFO DI MALAYSIA...diharap dapat meredakan sedikit kepenatan kita semua dalam membuat berbagai entri untuk dikongsi bersama.

Kali ini sekali lagi saya ingin bercerita tentang ORANG MINYAK...ingat tak entri saya yang lalu, bertajuk ORANG MINYAK BERMAHARAJALELA....kali ni ada lagi kisah mengenai ORANG MINYAK , tapi lagi hangat, BARU KENA BUKU DENGAN RUAS.

 http://coachnike28.blogspot.com/2011/11/orang-minyak-bermaharajalela.html



Syabas di ucapkan kepada pihak POLIS, JABATAN IMIGRESEN, KEMENTRIAN PENGAJIAN TINGGI dan KEMENTERIAN PELANCONGAN diatas kerjasama yang bersepadu untuk membentres semua ORANG MINYAK ini yang mana kebanyakan dari mereka menggunakan pas pelajar untuk ke negara kita .

Niat mereka semua  sebenarnya ingin merosakkan anak bangsa kita dan juga menimbulkan huru-hara di negara yang kita sayangi ini.


Saya berharap lebih banyak lagi operasi sebegini dijalankan, agar negara kita, terutama masyarakat muda-mudi tidak terjebak dan di tipu hidup-hidup oleh ORANG MINYAK ini.

Untuk rakan blog di luar sana...jika ada di antara rakan kenalan kita yang terlibat lebih-lebih lagi yang selalu menggunakan media siber ini agar lebih berhati-hati dan peka dengan apa yang berlaku di alam maya ini.

Rabu, 23 November 2011

GEMPAR.....UFO DI MALAYSIA..!!


Untuk hiburan rakan blog semua setelah penat memikirkan apa yang hendak di tulis...seperti biasa segment relex sekejap kali ini akan cuba meredakan kepenatan mata. Jika ada diantara rakan blog terlepas segment relex sekejap pertama saya disini disertakan link nya sekali lagi....

http://coachnike28.blogspot.com/2011/10/relex-berhibur-sekejap_17.html

Kali ini saya ingin berkongsi tentang UFO yang dapat dirakam semasa saya dan keluarga bersiar-siar di Bandaraya  KUALA LUMPUR....macam tak percaya ...tapi rakan-rakan blog tengoklah sendiri foto yang sempat saya rakamkan....dan yang lebih merisaukan saya. mereka ada hati nak ambil anak saya dengan mengeluarkan satu cahaya lurus melalui piring terbangnya....apa lagi...saya menjerit minta tolong lah.....

Tengoklah...bukan puteri saya je yang nak di sedutnya....tapi putera sulong saya pun hendak di sedut sekali...ngeri.....hampir tinggal tulang putera sulong saya.....nak minta tolong siapa ni.....!!!!!!?????

Tengoklah sendiri....mereka sedang mengeluarkan cahaya melalui piring terbangnya ....entah berapa ramai rakyat Malaysia malam tu yang telah mereka sedut.....
Cerita ini hanya rekaan semata-mata dan tidak ada kena-mengena dengan yang masih hidup ataupun yang mati....ini sekadar ingin menghilangkan tension je, sambil berkongsi dengan rakan blog semua....HA....HA....HA  jangan marah ya...nanti kena jual....!!!!

Kalau rakan blog semua nak melihat sendiri kewujudan UFO ini , bolehlah berkunjung ke DATARAN MERDEKA kerana setiap malam piring terbang ini akan hadir....tapi kenalah pergi berdiri dibawah tiang bendera di dataran ini dan dongaklah  keatas......

" SELAMAT MENCUBA "

Selasa, 22 November 2011

GURUBESAR TERLAMPAU.....!!!!


Aduh.....rasa nak pergi kat gurubesar sekolah yang terlibat dan bagi "RM100" je kat mereka ni.
Bukan RM100 duit tapi......?????!!!!!. 

Dah dua entri saya buat...ingatkan dah tamat rupanya ada lagi....

http://coachnike28.blogspot.com/2011/11/rm100tak-settle-lagi.html
http://coachnike28.blogspot.com/2011/11/rm100-pun-nak-persoal.html

Apa mereka ni mata duitan ke atau tak faham bahasa....sia-sia aje jadi gurubesar kalau tak faham bahasa munusia...rasanya mereka ni saja je nak hangatkan cerita ni...supaya dapat keluar akhbar.




Diharap pihak kerajaan jangan lah duduk berlawan cakap je melalaui akhbar...apakata buat kenyataan dan arahan yang tegas kepada mereka yang tak ada hati perut dan tek reti bahasa ni. Kalau boleh tarik elaun yang diberkan kepada gurubesar yang terlampau ni...baru di tahu macam mana kalau kurang duit untuk menampung perbelanjaan keluarga...

MARUAH TERTEBUS....DENGAN EMAS

Malam tadi....seluruh kedai mamak kat tempat aku penuh, macam ada perayaan...dan aku percaya sama juga dengan tempat rakan-rakan blog semua....Apa yang menariknya malam tadi, dalam ramai manusia kat kedai yang aku pergi layan secara langsung ini...ada pulak satu couple duduk betul-betul belakan meja aku, orang indon....yang tak tahannya si suami tak bukak mulut langsung tapi si isteri tak boleh duduk diam. Apa lagi perang mulut lah jadinya. Di pendekkan cerita, mungkin si suami tak tahan, masa half time, beliau  mengajak si isteri tadi balik....sebaik saja mereka bangun...satu kedai menjerit mengatakan "GAME TAK HABIS LAGI OII "

Apa pun saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan negara kita kerana sekali lagi menjulang pingat emas untuk kali kedua....








Untuk APEK, gua caya sama lu....gua tahu lu boleh bikin punya kalau ala penalti....sebab lu punya style dan cara permainan macam kita punya spiderman.....All the best to you APEK, dan harapan saya apek boleh mengasingkan antara hal peribadi dengan kerjaya, jika mahu jadi SPIDERMAN The 2nd......










Tapi lagi besar harapan saya ialah kepada pihak pengurusan iaitu FAM.....kita sebenarnya mempunyai ramai bakat yang bertaraf dunia....tetapi jangan lah kita matikan bakat mereka ini dengan wang ringgit....sebagai salah seorang jurulatih bola yang mempunyai sijil dari FAM, saya amat faham dan masak dengan cerita bolasepak di negara kita....Ayuh dengan kemenangan ini dan akan menyambut tahun 2012....diharap pihak pengurusan lebih peka dengan rancangan yang baru dan tanganilah apa jua masalah tahun 2011 sebelum membuka lembaran baru di tahun 2012....

" BOLASEPAK ADALAH SATU SUKAN YANG MENJADI MARUAH SESEBUAH NEGARA, UNTUK MENJAGANYA KITA HENDAKLAH SANGGUP BERKORBAN KERANANYA "