Pengikut

Rabu, 22 April 2020

COVID 19 - APA YANG DAPAT ANDA SUMBANGKAN

SALAM  #BREAKTHECHAIN & # PRAY4MALAYSIA

HAMPIR 5 TAHUN SAYA MENYEPI DI BLOG INI..RASANYA DAH NAIK USANG...MAAF KEPADA RAKAN BLOG SEMUA..DAN DI HARAP SEMUANYA MASIH MENGINGATI SAYA DAN SEMUANYA BERADA DI DALAM KEADAAN YG SIHAT BERSAMA KELUARGA..

2020..SAYA MUNCUL KEMBALI DENGAN SATU PERKONGSIAN  SAYA  ALAMI KEADAAN PKP YG SEDANG DI LAKSANAKAN DI MALAYSIA KETIKA INI.

BILA SAYA BERTANYAKAN KEPADA MERTUA SAYA, BAGAIMANA KEADAANNYA DI RUMAH...DENGAN NADA TENANG, DIA MENGATAKAN..".MAK TENANG JE,SEBAB DAH TIGA KALI MAK MENGALAMI SITUASI BERGINI...ZAMAN JEPUN.,ZAMAN DARURAT DAN SEKARANG ZAMAN CONVIT 19"

OK LAH KITA TERUS JE KEPADA PERKONGSIAN SAYA KALI INI, APA YG SAYA BUAT BILA DAH KENA DUDUK RUMAH....

PADA MULA SAYA DI PELAWA OLEH SEORANG RAKAN YG AGAK DIKENALI DI MALAYSIA...SAYA TERUS BERSETUJU MEMBANTUNYA BERSAMA RAKAN-RAKAN YANG LAIN.

PERALATAN YG PERTAMA SEKALI DIA HANTAR ADALAH SEBANYAK 10 KOTAK YANG MENGANDUNGI 10 RIBU KEPING PLASTIK PVC.



APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN, ADALAH DENGAN MEMBUAT DUA LUBANG KECIL DI HUJUNG PENJURU KIRI DAN KANAN PADA SETIAP KEPING PVC INI.



AGAK SUKAR JUGA UNTUK MEMBUATNYA DAN BERBAGAI CARA SAYA CUBA..AKHIRNYA DENGAN MENGUNAKAN MESIN YG DI UBAHSUAI..AKHIRNYA SAYA DAPAT MELAKUKANNYA DALAM JANGKA MASA SEHARI SAHAJA...( TERIMAKASIH KEPADA ANAK2 KERANA MEMBANTU.

 SETELAH KESEMUA 10 RIBU KEPING INI SIAP,..LANGKAH KEDUA ADALAH DENGAN MEMOTONG BUJU BAWAH PVC INI DI KIRI DAN KANAN DENGAN MEMBUAT BENTUK SEPARUH BULATAN ( CURVE )...YANG NI LAGI MENCABAR...SAMA JUGA ,SAYA TELAH MENCUBA DENGAN BERBAGAI KAEDAH,...GUNA GRENDER TANGAN, PISAU ,GUNTING DAN LAIN LAIN...TAPI PALING SESUAI ...BACK TO OLD SCHOOL..GUNTING JUGA ALAT YANG PALING SESUAI...

YANG INI BETUL2 MENDUGA KESABARAN...BAYANGKAN 10 RIBU KEPING DI POTONG GUNA GUNTING...????

TAPI SEKALI LAGI ANAK2 MERINGANKAN BEBAN SERTA MEMPERCEPATKAN PROSES NYA.
 LANGKAH SETERUSNYA MELETAKKAN KEPINGAN SPONGE DI PVC TERSEBUT..MAAF GAMBAR PEMOTONGAN SPONGE TERLUPA NAK DI RAKAM.

JADI KITA TERUS SAHAJA KEPADA CARA MELEKATKAN SPONGE TERSEBUT DI KEPINGAN PVC,...ADA DUA KAEDAH..,MENGGUNAKAN STAPLES DAN MENGGUNAKAN "HOT GLUE GUN"...

 SETELAH SEMUANYA SELESAI. ,LANGKAH SETERUSNYA MELETAKKAN GETAH PADA SETIAP KEPINGAN INI...

AKHIR SEKALI...BARULAH KERJA KERJA MELETAKKAN LABEL DI JALANKAN..
.
 SEKARANG PVC TADI TELAH PUN DI TUKAR MENJADI ALAT PENUTUP MUKA UNTUK FRONTLINER KITA..ORANG PUTIH KATA FACE SHIELD..DAN DAH BOLEH MULA DI AGIHKAN KEPADA PIHAK FRONTLINER KITA SEPERTI HOSPITALDAN POLIS.


 SEBELUM SAYA MENGAKHIRI PERKONGSIAN PERTAMA DI TAHUN 2020 INI, SAYA INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PAK SU ( TANGAN ROBATIK) KERANA MEMBERI SAYA PELUANG MENYUMBANG TENAGA SAYA .CARA MENUNJUKKAN TERIMAKASIH SAYA KEPADA SETIAP MEREKA YG BERADA DI FRONTLINER..DEMI MENJAGA KAMI SEMUA...

ANDA LAH HERO KAMI

P/S: TERIMA KASIH KEPADA GRUP YG SAMA SAMA MEMBANTU PAK SU MENJAYAKAN MISI INI...10 RIBU PVC TELAH BERJAYA DI SIAPKAN...


#SATAYATHOME
#KITAMESTIMENANG
#KITAJAGAKITA