Pengikut

Jumaat, 12 Jun 2020

RESEPI APOM MANIS RANGUP & ENAK

ASSALAMUALAIKUM RAKAN BLOGGER SEMUA, BAGAIMANA DENGAN PKPP SEMUA...ALHAMDULILLAH DAPAT LAH KITA BERGERAK MENGUNJUNGI SANAK SAUDARA DAN RAKAN TAULAN..

HARI NI SAYA NAK BERKONGSI RESEPI APOM MANIS, YANG MANA KUIH NI SANGAT POPULAR DI NEGARI UTARA ,NEGARA KITA...

SELAMAT MENCUBA YA RESEPI YANG RINGKAS DAN ENAK INI.




Isnin, 1 Jun 2020

CARA MEMBUAT BANCUHAN KUIH TEPUNG PELITA , RINGKAS DAN SEDAP

Assalamualaikum & Hai rakan blogger semua

Di video yang lalu, saya telah belajar dan berkongsi bagaimana cara untuk membuat kuih tepung pelita.

Akan tetapi , di sebabkan perkongsian tersebut tidak menunjukkan cara sepenuhnya bagaimana untuk membuat kuih tersebut, terutama cara membancuh tepung nya , atas permintaan rakan-rakan yang bertanyakan cara membancuhnya, maka saya kongsikan pula cara untuk membuat bancuhan tersebut.

Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana caranya untuk membuat bancuhan tepung untuk membuat 
kuih tepung pelita...khas untuk rakan-rakan yang bertanyakan caranya.

SELAMAT MENCUBA...dan  JOM KLIK  SUBSCRIBE


Khamis, 28 Mei 2020

BIHUN SUP RINGKAS DAN CEPAT

Salam Rakan blogger semua..hari ni anak lelaki saya nak makan Bihun Sup...

So apa lagi..saya pun belilah bahan-bahan untuk memasaknya..dan berkongsi dengan rakan rakan semua....selamat mencuba semua...



Selasa, 26 Mei 2020

SALAM BUAT RAKAN BLOGGER SEMUA

Hampir 5 tahun aku meninggalkan blog ini tanpa sebarang entri...dan tahun 2020 merupakan tahun yang ku rasakan rindu untuk bertemu dengan rakan rakan blogger semua.. 

Buat rakan rakan baru ku kenali..salam perkenalan dan bagi mereka yg telah lama ku kenali...apakhabar semua. 

Aku mula melihat kembali kesemua rakan rakan lama..biasalah ada yang masih aktif dan ada juga macam aku..sejuk je.. 

Banyak perubahan dan peraturan baharu yang telah di wujudkan untuk sesuatu blog. 

Nuffnang pun dah berwajah baru...aku cuba membuka innit nuffnang, tapi sampai sekarang aku masih tidak berjaya...tidak tahu apa puncanya..mungkin dah lama tak buat entri....

Apa pun,  aku akan terus membuat entri-entri baharu ..di harap mendapat sambutan dari rakan blogger semua.

Jangan lupa, jika ada tunjuk ajar yang perlu aku pelajari, tentang peraturan baharu ni..boleh lah beritahu aku ya... 

Terimakasih sekali lagi..

       SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA RAKAN BLOGGER SEMUA.

Rabu, 22 April 2020

COVID 19 - APA YANG DAPAT ANDA SUMBANGKAN

SALAM  #BREAKTHECHAIN & # PRAY4MALAYSIA

HAMPIR 5 TAHUN SAYA MENYEPI DI BLOG INI..RASANYA DAH NAIK USANG...MAAF KEPADA RAKAN BLOG SEMUA..DAN DI HARAP SEMUANYA MASIH MENGINGATI SAYA DAN SEMUANYA BERADA DI DALAM KEADAAN YG SIHAT BERSAMA KELUARGA..

2020..SAYA MUNCUL KEMBALI DENGAN SATU PERKONGSIAN  SAYA  ALAMI KEADAAN PKP YG SEDANG DI LAKSANAKAN DI MALAYSIA KETIKA INI.

BILA SAYA BERTANYAKAN KEPADA MERTUA SAYA, BAGAIMANA KEADAANNYA DI RUMAH...DENGAN NADA TENANG, DIA MENGATAKAN..".MAK TENANG JE,SEBAB DAH TIGA KALI MAK MENGALAMI SITUASI BERGINI...ZAMAN JEPUN.,ZAMAN DARURAT DAN SEKARANG ZAMAN CONVIT 19"

OK LAH KITA TERUS JE KEPADA PERKONGSIAN SAYA KALI INI, APA YG SAYA BUAT BILA DAH KENA DUDUK RUMAH....

PADA MULA SAYA DI PELAWA OLEH SEORANG RAKAN YG AGAK DIKENALI DI MALAYSIA...SAYA TERUS BERSETUJU MEMBANTUNYA BERSAMA RAKAN-RAKAN YANG LAIN.

PERALATAN YG PERTAMA SEKALI DIA HANTAR ADALAH SEBANYAK 10 KOTAK YANG MENGANDUNGI 10 RIBU KEPING PLASTIK PVC.



APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN, ADALAH DENGAN MEMBUAT DUA LUBANG KECIL DI HUJUNG PENJURU KIRI DAN KANAN PADA SETIAP KEPING PVC INI.



AGAK SUKAR JUGA UNTUK MEMBUATNYA DAN BERBAGAI CARA SAYA CUBA..AKHIRNYA DENGAN MENGUNAKAN MESIN YG DI UBAHSUAI..AKHIRNYA SAYA DAPAT MELAKUKANNYA DALAM JANGKA MASA SEHARI SAHAJA...( TERIMAKASIH KEPADA ANAK2 KERANA MEMBANTU.

 SETELAH KESEMUA 10 RIBU KEPING INI SIAP,..LANGKAH KEDUA ADALAH DENGAN MEMOTONG BUJU BAWAH PVC INI DI KIRI DAN KANAN DENGAN MEMBUAT BENTUK SEPARUH BULATAN ( CURVE )...YANG NI LAGI MENCABAR...SAMA JUGA ,SAYA TELAH MENCUBA DENGAN BERBAGAI KAEDAH,...GUNA GRENDER TANGAN, PISAU ,GUNTING DAN LAIN LAIN...TAPI PALING SESUAI ...BACK TO OLD SCHOOL..GUNTING JUGA ALAT YANG PALING SESUAI...

YANG INI BETUL2 MENDUGA KESABARAN...BAYANGKAN 10 RIBU KEPING DI POTONG GUNA GUNTING...????

TAPI SEKALI LAGI ANAK2 MERINGANKAN BEBAN SERTA MEMPERCEPATKAN PROSES NYA.
 LANGKAH SETERUSNYA MELETAKKAN KEPINGAN SPONGE DI PVC TERSEBUT..MAAF GAMBAR PEMOTONGAN SPONGE TERLUPA NAK DI RAKAM.

JADI KITA TERUS SAHAJA KEPADA CARA MELEKATKAN SPONGE TERSEBUT DI KEPINGAN PVC,...ADA DUA KAEDAH..,MENGGUNAKAN STAPLES DAN MENGGUNAKAN "HOT GLUE GUN"...

 SETELAH SEMUANYA SELESAI. ,LANGKAH SETERUSNYA MELETAKKAN GETAH PADA SETIAP KEPINGAN INI...

AKHIR SEKALI...BARULAH KERJA KERJA MELETAKKAN LABEL DI JALANKAN..
.
 SEKARANG PVC TADI TELAH PUN DI TUKAR MENJADI ALAT PENUTUP MUKA UNTUK FRONTLINER KITA..ORANG PUTIH KATA FACE SHIELD..DAN DAH BOLEH MULA DI AGIHKAN KEPADA PIHAK FRONTLINER KITA SEPERTI HOSPITALDAN POLIS.


 SEBELUM SAYA MENGAKHIRI PERKONGSIAN PERTAMA DI TAHUN 2020 INI, SAYA INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PAK SU ( TANGAN ROBATIK) KERANA MEMBERI SAYA PELUANG MENYUMBANG TENAGA SAYA .CARA MENUNJUKKAN TERIMAKASIH SAYA KEPADA SETIAP MEREKA YG BERADA DI FRONTLINER..DEMI MENJAGA KAMI SEMUA...

ANDA LAH HERO KAMI

P/S: TERIMA KASIH KEPADA GRUP YG SAMA SAMA MEMBANTU PAK SU MENJAYAKAN MISI INI...10 RIBU PVC TELAH BERJAYA DI SIAPKAN...


#SATAYATHOME
#KITAMESTIMENANG
#KITAJAGAKITA