Pengikut

Isnin, 27 Februari 2012

BILA AKTIVITI BERSAMA TERAKHIR. ??

Salam buat rakan blog semua, entri kali ini berlainan dari entri biasa.....sebenarnya nak kata kan rasa marah pun ada, nak kata malu pun ada, bila membaca cerita akhbar hari ini mengenai seorang warga tua yang terlampau......sepatutnya mereka menjadi contoh dan pembimbing kepada anak-anak serta cucu cicit semua.

Sebab tu rasanya malas nak cerita benda ini, harap mereka yang masih terlibat dan belum kantoi, hentikanlah sikap buruk ini...ingat masa untuk anda sudah tak ada lagi...hanya menunggu masa di jemput YANG MAHA ESA....so sepatutnya masa-masa sebegini di peruntukkan dengan memperlengkapkan diri untuk hidup di dunia yang satu lagi....dunia yang kekal buat selamanya.

Kali ini entri saya akan di mulakan dengan satu pertanyaan..... ya cuba rakan blog semua baca dan jawab soalan di keratan akhbar dibawah ini......

Agaknya apa jawapan yang bermain di fikiran kita ? Di zaman serba moden ini, kita rasanya semakin rancak melakukan aktiviti, tetapi aktiviti yang kita lakukan lebih terdorong kepada mencari kemewahan. Sememangnya benar tindakan kita kerana tidak mahu keluarga kita berada di dalam serba kekurangan. AKAN TETAPI ....sedarkah kita bahawa masih ada kekuranagan di dalam kita membentuk sebuah keluarga yang harmoni ini.

"ANAK".......semasa bayi, kita sebagai ibubapa menjaganya bagai menatang minyak yang penuh, seekor nyamuk pun tidak boleh hinggap di badannya akan tetapi,  apabila mereka meningkat dewasa dan remaja....mana perginya kasih sayang itu ? 

Ramai di kalangan remaja yang bermasalah berpunca dari kurangnya tumpuan dari ibubapa. Untuk bercakap dan berbincang apa yang di hadapi oleh mereka, di pandang sebelah mata oleh kita sebagai ibubapa...akhirnya anak ini memilih jalan sendiri.

Sebab itulah, setiap hari bila buka saja akhbar, maka kita akan terbaca berbagai ceita yang melibatkan remaja dan anak-anak yang masih mentah. Ada yang melarikan diri dari rumah, ada yang merempit, ada yang mencuri, ada yang melakukan maksiat, ada yang terlibat dengan najis dadah dan tidak kurang juga yang menjadi pembunuh seta membunuh diri.

Maka dengan sebab ini lah saya menyeru kepada kekawan semua , mulai pagi ini, carilah masa, buka lah ruang untuk mereka ini.....bagi para remaja yang sedang membaca entri ini....saya pecaya ramai blogger di luar sana terdiri daripada anak-anak remaja,.....berfikirlah semasak-masaknya bila ingin membuat sesuatu keputusan yang tidak masuk akal dan akan merugikan anda semua....jangan mudah menghukum kedua ibubapa mu dengan mengambil jalan pintas....jika meeka kurang bertanya ....anda sebagai anak pergi lah mendapatkannya dan bertanya serta berbincang.....jalan yang amat mudah jika mereka masih sibuk....tanyalah kepada kedua datuk dan nenek mu ....kerana mereka lebih arif dan jujur dari mereka yang di luar.

       SAYANGILAH ZAMAN MUDA MU....SAYANGILAH ANAK-ANAK KITA