Pengikut

Sabtu, 25 Februari 2012

JANGAN !!! .... WALAU TERDESAK

Sedih saya membaca akhbar semalam...kenapa mereka boleh jadi begini ? kemana perginya anggota keluarga mereka ? Apa pun yang berlaku hanya mereka saja yang tahu, mungkin di sebabkan tekanan hidup dan kemiskinan membuat mereka bertindak demikian.

Ragut ini pada pandangan saya terdiri kepada dua golongan, iaitu meragut kerana hobi dan tabiat mereka dan meagut atas desakan hidup.

Meragut kerana hobi atau mempunyai tabiat buruk sememangnya harus di hukum dengan setimpal hukuman agar dapat memberi kesedaran kepada mereka.

Akan tetapi bagaimana pula dengan meragut kerana terpaksa disebabkan desakan hidup yang serba kekurangan. Mengikut hukum dunia dan Polis adalah didapati bersalah...tapi bagaimana dengan hukum Allah...????

Pernah suatu ketika dulu, kita digemparkan dengan seorang ibu yang sedang sarat mengandung telah ditangkap kerana mencuri susu, tuala pelekat wanita dan lampin bayi semata-mata tiada duit untuk membeli barang untuk persediaannya melahirkan anak disebabkan ditinggal kan suami.


Jadi kepada suami-suami di luar sana terutama yang baru mendirikan rumahtangga, jaga lah isteri kamu, jangan lah di ajar atau memaksa mereka melakukan perkara-pekara yang di larang. Masih banyak lagi cara untuk mendapatkan duit....carilah kerja walau dengan meneima bayaran yang rendah.

Si isteri pula, wajib kertas diri kamu meminta diceraikan dan menolak arahan meragut ini. Janganlah oleh kerana dia suami kamu, maka kamu harus mengikut semua arahannya. Jika perlu dan benar-benar sayangkan suami kamu tadi, buatlah lapuran polis.

Bagi anggota keluarga pula, jika benar anak ini telah menderhaka dan putus hubungan, jangan lah di biarkan mereka hanyut begini, teutama jika anak kita itu perempuan. Jangan kerana marahkan mereka, mungkin anda tidak suka kepada menantu tadi, janganlah kita menghukum mereka dengan tidak mengambil peduli langsung perkembangan mereka.

Dan kepada masyarakat pula, janganlah kita mengikut hati yang marah hingga memukul mereka ini dan yang bestnya ...ada dikalangan kita terlalu perihatin hingga sanggup tumpang sekaki memukul mereka yang bersalah tadi. 

Saya bukannya ingin membela para peragut, tetapi sedih dengan sikap remaja kita, samaada dia seorang peragut atau pun seorang mangsa. semua kita adalah manusia yang boleh berfikir.