Pengikut

Khamis, 12 Januari 2012

HEBAT....AKU MAHU


Malu rasanya bila bergelar lelaki, apabila isteri sendiri berubah arah dan mengilai kaum sejenisnya.....bunyi macam pelik tapi itu lah kenyataannya yang terpapar di dada akhbar hari ini. Agaknya dimana silap....

Jika ditanya kepada ahli agama....ternyata jawapannya berkisar tentang kurangnya didikan agama kepada pasangan ini hingga tidak dapat membezakan dosa dan pahala....halal atau haram. Tapi ini lah kenyataan yang harus kita hadapi di zaman ini....kalau dulu si suami takutkan pasangannya di larikan seorang lelaki lain dan banyak penceraian berlaku kerananya, tapi sekarang timbul pula isteri dilarikan kaum sejenisnya.

Bila ditanya kepada si suami......ternyata jawapannya adalah telah memberi segala nafkah yang di perlukan kepada isteri....tapi pernakah kita bertanyakan segala kekurangan setelah kita curahkan segalanya kepada mereka. Adakah masa yang kita peruntukkan untuk mereka mencukupi, bagaimana pula dengan cara tutur-kata kita , adakah masih sehangat masa mula bercinta dulu....dan yang paling penting, cuba kita renungkan sejenak dalam sehari, berapa kali kita mencium dahi atau pipi isteri kita dan mengucapkan I LOVE YOU.....

Bagaimana pula jika kita tanya kepada si isteri....apa agaknya jawapan yang akan mereka berikan....????

Mungkin mereka sudah bosan dengan pasangannya, dan mungkin juga tuturkata si suami dah tak romantik lagi.....atau yang lebih ketara lagi, mungkin layanan di kamar dah tak sehebat dulu.

Yang paling mustahak sekali, jika kita tanya golongan orang ketiga ini.....apakah jawapan yang akan mereka beri....apa pun jawapannya saya tak mahu mendengarnya, cuma apa yang ingin saya katakan......tidak kah mereka ini  takut kepada dosa ?....Benar kata seorang ustaz semasa saya di bangku sekolah dulu....." Dosa ni kalau boleh di pegang dan di lihat dengan mata kasar....Penghuni di nereka tidak ada ". Apakah mereka ini akan terus kekal muda dan tidak akan tua ?....adakah setiap hari buku catatan di bahu kiri akan lebih berat hingga tidak cukup ?.... Bagaimana jika salah seorang dari ahli keluarga mereka di perlakukan sama macam apa yang mereka lakukan kepada isteri atau anak gadis orang ?.... Seperkara lagi, sehebat mana kepuasan yang boleh mereka berikan untuk menggantikan kepakaran seorang lelaki...?? apa yang ada pada tubuh mereka...adakah asli....atau barang sampingan....

Ayuh lah wahai kaum hawa....bangkit lah jangan lah hidup dalam zaman purba kala lagi....bersyukurlah dengan pasangan mu....ingat setiap manusia sama ada Adam atau Hawa pasti ada kelebihannya dan kekurangan. Jika tidak sehaluan...berpisahlah dengan baik dan janganlah menambahkan lagi dosa yang sedia ada...ingatlah kepada Allah dan hari pembalasannya. 

Dekatkah diri kepada Sembahyang dan Al-Quran jika bermasalah, jangan di cari mereka yang tidak kita tahu asal usulnya, untuk berbicara tentang sesuatu masalah....Kita masih mempunyai ibubapa....atau jika merasa takut atau malu kepada mereka....cuba lah berbincang dengan saudara kandung kita...dan jika masih mahu berahsia....rujuklah kepada ahli agama. Banyak tempat dan cara yang betul untuk menghilangkan rasa sunyi dan bosan dalam diri kita.....tapi percayalah perkara yang paling berkesan sekali adalah ....MENDIRIKAN SEMBAHYANG....BERPUASA...& MEMBACA AL-QURAN...cuba lah cara ini....ia pasti berkesan.....selamat mencuba dan berubah.