Pengikut

Khamis, 16 Februari 2012

BETUL ATAU SALAH...??

Jodoh & Ajal di tangan Tuhan...kita manusia hanya mampu merancang...tapi Allah yang menentukan apa yang baik untuk umatnya.

Sebelum saya menulis dengan lebih jauh lagi izinkan saya mengucapkan takziah kepada keluarga En. Jamaluddin Ahmad dan isteri diatas pemergian anak sulungnya adik Muhamad Nazren dan semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang di kasihi.

Sayu saya membaca cerita ini, kerana sayangkan anak dan ingin memenuhi hasrat anaknya, si bapa telah membelikan sebuah basikal untuk kegunaan anaknya ke sekolah.

Bukan niat saya ingin manyalahkan keputusan dan tidakan En. Jamaluddin tetapi apa yang saya tulis ini adalah berpandukan apa yang saya lihat di sekeliling saya.

Sudah hampir 3 tahun, saya telah  berhijrah ke kampong dari Kuala Lumpur. Banayk perkara-perkara yang dapat saya lihat, perbezaan kehidupan seharian di bandar besar seperti Kuala Lumpur dengan sebuah bandar kecil di kampong.

Perkara yang paling ketara sekali adalah tentang perhubungan anak-anak dengan ibubapa.....Kalau dulu kita boleh bermegah dan memberi pujian serta membuat contoh sebuah keluarga di bandar kecil (kampong) tentang pergaulan serta kasih sayang seorang ibu atau bapa kepada anak-anak mereka. Tetapi sekarang lain jadinya....sebagai contoh, semasa saya tinggal di Kuala Lumpur, amat jarang sekali saya dapat melihat anak-anak kesekolah dengan menunggang basikal. Jika ada pun jarak perjalanannya sangat dekat. 

Kebanyakan keluarga di bandar boleh meluangkan masa menghantar anak-anak mereka sendiri hingga ke pintu pagar sekolah.....tetapi di sini (kampong), ibu bapa lebih galakkan anak-anak mereka menaiki basikal atau bas.

Betul...mereka nak pergi kerja....tapi percaya tak jika saya katakan ada dikalangan anak-anak ini berjalan kaki di dalam gelap di subuh sunyi dan berpanas terik di tengahari,  sejauh lebih 5 km semata-mata ingin kesekolah.

Mana perginya sikap sayangkan anak kita, mana perginya tanggung-jawab kita hingga sanggup membiarkan mereka dalam kesusuahan dan kepenatan.

Maut tidak dapat dielak...tetapi kita mampu menjauhkan bahaya ini dengan mengambil sikap lebih peka serta berjaga-jaga, Janganlah kita sebagai ibubapa lebih pentingkan diri sendiri....ada juga seorang anak terpaksa mencuri duit dikelas semata-mata ingin membeli makanan di kantin, bila ditanya oleh guru, jawabnya ayah hanya memberi 50 sen saja sebagai wang saku.....itu iah sikap si ayah...membeli rokok sehari sampai 2, 3 kotak boleh tapi keperluana anak diabaikan.

Oleh yang demikain saya berpesan pada diri saya dan juga kepada ibubapa di luar sana , ubah lah sikap, berfikirlah dahulu sebelum membuat sesuatu..janganlah kita salahkan takdir diatas apa jua kecelakaan yang menimpa. Segala kejadian itu mesti ada sebabnya, tilik lah diri di cermin, kaji lah mana silap kita dalam membesarkan anak-anak. Bak kata perpatah :-

SESAL DULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA LAGI.





2 ulasan:

  1. it is sorry to hear the news above :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Kian Fai Koh....always spent quality times with your little one..

      Padam