Pengikut

Isnin, 5 Disember 2011

HALAL PUN DIHARAMKAN...!!!

Salam & Hi untuk rakan blog semua...terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada pelawat dan pembaca entri saya yang lalu tentang " RM 1 untuk satu Nyawa.." dan kepada mereka yang memberi komen, saya ucapkan ribuan terimakasih kerana menyokong entri tersebut dan akhir sekali kepada mereka yang telah membuat sumbangan, saya doakan semoga diimpahkan rezeki yang banyak serta kesihatan yang berpanjangan oleh Allah....Amin.

Untuk entri kali ini saya ingin mengajak rakan blog semua membuat terjemahan sendiri mengenai perkara yang berlaku di negara kita.....mari kita teliti dan amati tajuk akhbar di bawah ini.....



Apa yang dapat rakan blog  rumuskan agaknya mana yang silap ? Tapi jika tanya saya senag aje...tak tau lah jika rakan bolg semua setuju dengan pendapat saya atau tidak .....!!!

Setelah membaca tajuk,  di negara kita ini membeli nombor ekor rupanya ada juga yang halal...?????!!!!! kenapa saya berkata begitu dan saya percaya semua rakan blog tidak bersetuju dengan apa yang saya rumuskan....tapi itu lah akibatnya jika pihak akhbar tidak berapa peka dengan apa yang di cetaknya,,,,ya lah apa tidaknya...menurut laporan akhbar tersebut...warga tua ini di tahan kerana menjual nombor ekor haram....so ini bermakna di luar sana ada juga mereka yang menjual nombor ekor yang halal. Jadi masyarakat melayu boleh lah membeli nombor ekor yang halal......?????!!!!!

Apa pun laporannya....untuk umat islam...membeli nombor ekor ini samaada yang haram atau yang halal hukumnya tetap HARAM...so diharap semperna tahun baru 2012 nanti....mana-mana rakan blog yang beragama islam dan yang telah " KAYA " dengana cara membeli nombor ekor ini,di harap tanamlah azam tahun baru dengan berhenti membeli nombor ekor ini demi kesejahteraan rumahtangga serta kebahagiaan isteri dan anak-anak tercinta....