Pengikut

Khamis, 10 November 2011

Bingkisan untuk BLOGGER NUFFNANG..!!

Hai rakan blog dihormati....

Rasanya seronok mempunyai peluang menulis melalui blogspot dan dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak nuffnang, rasanya berbaloi-baloi apabila entri kita dihargai.

Tapi saya rasa sedih sikit bila setiap kali membaca salahlaku-salahlaku yang dilakukan oleh segelintir blogger kita, blogger-blogger yang mana entri mereka menyentuh hal-hal peribadi individu tertentu....

Banyak juga blog-blog yang entrinya menceritakan tentang seseorang... Kalau yang membangun tu ok lah tapi bagaimana jika benda yang di tulis tu tak benar....?

Diharap kita lebih bertamadun sikit di masa akan datang...Memang menulis di blog ini mempunyai kebebasan, tapi jangan lah nanti disebabkan perkara-perkara ini, sekatan akan dikenakan keatas semua blog-blog yang ada....dan yang paling teruk bila berakhir dengan kes saman-menyaman.

bahan dari harian metro

Saya percaya pihak nuffnang juga mempunyai garis panduan bagi blogger-blogger  untuk menerbitkan blog mereka masing-masing. Dalam kita bersyukur mempunyai ruang yang disediakan oleh pihak nuffnang dan dapat menjana pendapatan sampingan, janganlah kita menpersia-siakan bakat menulis kita serta ruangan yang sedia ada,  dengan rasa tidak puashati  terhadap seseorang dan menulis tanpa berfikir panjang..

Contohnya macam di bawah ini. Ada individu yang menggunakan medan blog ini untuk memfitnah dan mengaibkan tanpa memikirkan kesannya terhadap orang lain..

bahan dari harian metro

Harap para blogger nuffnang tidak menggunakan medan blog ini untuk menghentam orang lain kerana tak ada faedahnya. Jika nak menulis, silalah menulis dengan penuh berhemah ye.. 

Ikhlas dari saya "New Blogger"

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"