Pengikut

Selasa, 8 November 2011

AKU DAH BAYAR...!!!

Dalam kita mengejar ilmu untuk bekalan masa depan, berbagai rintangan dan ranjau perlu di harungi demi mencapai kejayaan yang di impikan selama ini.

Kerajaan tidak pernah berdiam diri untuk menyalurkan berbagai perkara agar dapat melahirkan pelajar yang benar-benar berjaya sekaligus dapat melahirkan insan yang mempunyai kepakaran yang di perlukan oleh Negara.

Masyarakat baru-baru ini di kejutkan dengan berita yang menyatakan bahawa salah satu bantuan kerajaan akan diberhentikan iaitu bantuan pinjaman melalui tabung PTPTN. Maka banyak lah desas desus berita yang keluar di dada akhbar sama ada menyokong atau pun membantah.

 Saya tertarik dengan keretan akhbar hari ini yang mana  persatuan telah tampil menyuarakan pendapat masing-masing dan secara tak langsung menyuarakan rasa kurang selesa jika perkara memberhentikan pinjaman ini benar-benar terlaksana.

Setahu saya dulunya pinjaman ini di uruskan oleh Bahagian Biasiswa KPM dan kemudian diserahkan kepada PTPTN....kenapa agaknya?...mungkin  Kerajaan , KPM amnya memberi kepercayaan kepada PTPTN dalam mengurusakan pinjaman ini dan yang paling penting menguruskan pembayaran balik pinjaman tersebut. Tapi ternyata PTPTN masih gagal mengajak bekas-bekas pelajar untuk membayar balik pinjaman....(agaknya kena simbah cat merah kot baru boleh bayar).


  Persatuan pelajar melalui Majlis Perwakilan Pelajar dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung sepatutnya mencari alternatif bagaimana boleh bergabung dengan KPM dan PTPTN untuk mengutip balik bayaran pinjaman yang telah dikeluarkan dan bukan menyerahkan bulat-bulat kepada kerajaan.

Bila nak diberhentikan baru tampil kehadapan supaya kerajaan menkaji semula, tapi bila ada dulu,  tak pernah pun mencari jalan bagaimana mereka boleh membantu mendapatkan balik pinjaman dari bekas pelajar.


Apa yang menyedihkan kebanyakan peminjam ini adalah tergolong daripada masyarakat orang melayu kita. Saya percaya semua keterangan dan butir-butir pelajar ini ada dalam simpanan mereka dan untuk mengesan mereka sebenarnya tidak mempunyai masalah langsung.

Jadi tampil lah dan jangan bila ianya benar-benar dilaksanakan baru mengelabah hingga berlaku tunjuk perasaan mengatakan kerajaan tak perihatin.

Untuk mereka yang meminjam...terutama rakan blog yang masih belum menjalankan tanggungjawab, janganlah berdiam diri...masih ramai di luar sana, mereka yang tidak berkemampuan seperti kita dulu-dulu sebelum berjawatan tinggi dan bergaji besar sekarang, memerlukan pinjaman ini.

Bagi pihak Kerajaan, telah lama sangat berlembut dan memberi muka, tibalah masanya membuat tindakan yang sewajarnya demi kepentingan mereka yang amat memerlukan di masa hadapan.

 "HUTANG PERLU DIBAYAR...TIDAK BERKAT REZEKI KITA JIKA HUTANG INI TIDAK DI SELESAIKAN...JANGANLAH KITA DI BEBANI DENGAN HUTANG INI BILA TIBA MASA KITA DI SEMBAHYANGKAN KELAK"