Pengikut

Khamis, 3 November 2011

RM500......???!!!


Salam buat rakan blog semua....terlebih dahulu izinkan saya merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang mendoakan kesejehteraan mama saya...moga Allah memberi kesejehteraan kepada mereka. Rasanya lama jugak saya tak menulis..agak rindu juga.

Untuk paparan kali ini, ingin saya berkongsi tentang kesudian pihak kerajaan memberi bantuan RM500 kepada keluarga yang berpendapatan RM3,000.00 kebawah.

Desas-desus yang saya dengar mengatakan, beberapa kriteria perlu ada untuk melayakkan mereka menerima bantuan tersebut, antaranya :-

1. Mesti mempunyai 5 orang anak.
2. Mesti berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
3. Berpendapatan RM3000.00 ke bawah.


Banyak juga yang saya dengar apa yang di perkatakan di sekeliling, dengan bermacam-macam alasan dan andaian...ada yang menerima baik dan tidak kurang juga yang membantah dan memandang sinis.

Pada saya, niat murni ini perlulah di tunaikan dengan niat yang benar-benar ingin membantu. Tak kiralah berapa nilai bantuan asalkan ianya ikhlas dari pihak kerajaan. Bagi mereka yang masih tidak dapat menerima niat kerajaan ini, diharap janganlah mula membahasnya dengan bermacam-macam kritikan...tunggu lah dulu kerana ianya belum dilaksanakan lagi. Kita tunggu dan lihat dulu apa syarat-syaratnya...harap bersabar.


Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik link di bawah :
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2011&dt=1102&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm