Pengikut

Khamis, 20 Oktober 2011

MY HAPPIEST MOMENT

Dalam kehidupan seseorang, saat yang paling indah adalah apabila bersama keluarga dan dapat menggembirakan mereka, tidak kiralah sama ada keluarga sendiri atau keluarga angkat.

Bagi saya yang hanya berpendapatan rendah, memenuhi permintaan anak-anak apabila mereka berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran adalah merupakan saat dan hadiah yang paling bernilai dan amat berharga. Untuk membawa sebuah keluarga yang besar dan ramai mengunjungi tempat seperti Sunway Lagoon di Kuala Lumpur memang memerlukan peruntukan perbelanjaan yang besar. Tetapi demi anak-anak saya usahakan juga agar mereka gembira dan rasa dihargai. Dengan cara ini saya dapat meluangkan masa dan merapatkan ikatan kemesraan dengan setiap ahli keluarga saya.

Walaupun letih melayan kerenah anak-anak tetapi semuanya terubat apabila melihat riak kegembiraan dan keceriaan pada wajah mereka. Pengalaman percutian dan keseronokan bersama keluarga ini tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

Gambar ini diambil ketika kami bercuti di Sunway Lagoon Kuala Lumpur pada awal tahun 2011 iaitu cuti persekolahan penggal pertama.

BAGUS tidak mestinya TERBAIK

Kerajaan melalui Dewan Bahasa & Pustaka selalu menyeru kita untuk cintakan bahasa kebangsaan. Telah banyak di lakukan mereka untuk memperkayakan bahasa ini lebih-lebih lagi di bangku sekolah.

Kita sering mengambil contoh penggunaan bahasa yang betul samaada melalui pertuturan atau penulisan dari media masa, antara yang terbaik adalah Berita di kaca TV dan akhbar.

Mereka yang terlibat selalu nya amat peka apabila menerbitkan sesuatu rencana. Para penyuting di pertanggungjawabkan dalam menghasilkan berita yang baik.

Tetapi mari kita lihat dan bezakan antara dua akhbar di bawah ini...adakah rakan blog semua dapat mengesan kesilapan yang berlaku di salah satu akhbar ini...?




Jadi di harap pihak berkenaan hendaklah lebih peka lagi. Bukan tak boleh mengunakan perkataan ini, tapi kita kan dah belajar cara penggunaan "..." disekolah dulu untuk nama khas. Mereka yang arif bolehlah terima walaupun hanya menggunakan huruf besar di setiap awalan perkataan..tetapi anak-anak di bangku sekolah yang setiap pagi kita galakkan mereka membaca di pusat sumber akhbar harian ini akan bertanya kepada guru mereka mana yang betul. So fikir-fikirkan lah ya..." CINTAILAH BAHASA KEBANGSAAN KITA "

ISTANA KLASIK BAHARU

Bila bercuti ke negeri Perak Darul Ridzuan, tidak lengkap cuti anda jika tidak meluangkan masa melawat sebuah tugu peninggalan seorang peladang getah terkemuka British iatu KELLIE'S CASTLE.

Istana kota tinggalan Mr. William Kellie's Smith kini sudah pun menjangkau usia 101 tahun dan masih teguh tersergam indah.



Kini kerajaan negeri Perak sedang giat merancang untuk menaik taraf bangunan ini dan menjadikan ia sebuah istana klasik baharu. Kerja-kerja penaikkan dan pengubahsuaian yang menelan belanja RM1.2 juta akan memberi kesan yang besar dan satu daya tarikan kepada pelancOng dalam dan luar negara.

Selain tempat pelancongan, banguana ini dengan keindahan persekitiran yang memukau mata memandang, juga menjadi kegilaan jurugambar-jurugambar dan perancang perkahwinan untuk merakamkan gambar yang indah di hari bersejarah pasangan masing-masing. Pengiat filem dan drama juga sering berkunjung ke sini untuk menmbuat rakaman mereka.
Syabas kepada Kerajaan Neregi Perak...sebenarnya Perak masih banyak tempat-tempat yang indah dengan kehijauan...jadi jika ingin melancung ke utara..singgah-singgahlah ke Perak.

CUTI SEKOLAH SUDAH HAMPIR...JOM BERCUTI..!!!